10 Tip Jadi Jutawan

10 Tip Jadi Jutawan

Dr Thomas J. Stanley mencatatkan 10 tip untuk menjadi jutawan di dalam bukunya The Millionaire’s Mind. Seseorang yang mahu dinobatkan sebagai seorang jutawan mestilah memiliki 10 ciri ini dalam dirinya.

ThomasStanley10 tip atau 10 ciri atau 10 faktor ini adalah hasil survey yang beliau lakukan ke atas beribu orang jutawan.

Berikut adalah 10 perkara tersebut:…

1 # Jujur dengan semua orang

Mereka yang jujur disenangi semua orang. Tidak ada sesiapa pun yang mahu berurusan dengan orang yang tidak jujur. Usahawan yang tidak jujur akan ditinggalkan pelanggan. Tiada pelanggan yang mahu berurusan sekaligus tidak mahu ‘memberikan’ duit kepada usahawan yang tidak jujur.

2 # Berdisiplin

Usahawan tiada boss yang boleh memantau kerja-kerja mereka kerana mereka adalah boss kepada diri dan perniagaannya sendiri. Merekalah yang bertanggungjawab kepada bisnes mereka. Tiada siapa yang dapat mendisiplinkan mereka kecuali diri sendiri.

Tanpa disiplin, pengurusan perniagaan tidak dapat dijalankan dengan betul dan lancar. Sukar menjadi jutawan bila perniagaan diurus dalam keadaan kucar kacir.

3 # Mudah mesra dengan orang lain

Mudah mesra dengan orang ramai akan memudahkan perhubungan sesame insan dan membuatkan orang ramai mudah menerima kehadiran kita.

84% kejayaan seseorang sebenarnya bergantung kepada bantuan mereka yang berada di sekeliling. Tidak banyak jutawn yang menjadi jutawan dengan hanya bergerak seorang diri. Dia perlukan kerjasama orang lain. Orang lain pula hanya mahu memberikan kerjasama bila mereka dilayan dengan mesra.

4 # Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Behind every successful man, there is a women – kata pepatah yang benar kenyataannya. Perjalanan menuju kejayaan akan ‘terganggu’ malah mungkin terbantut langsung bila tiada sokongan daripada pasangan hidup. Pasangan hidup ini mungkin isteri, suami atau anggota keluarga.

Sokongan orang yang rapat dalam hidup kita ialah pemangkin semangat untuk terus berjuang walau dilanda badai ribut kehidupan.

5 # Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Mereka yang ingin menjadi jutawan tidak boleh bekerja sama seperti orang lain. Dia mesti bekerja lebih berbanding orang biasa-biasa kerana jutawan bukanlah orang yang biasa-biasa.

Orang kebanyakkan menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam melakukan kerja-kerja mereka. Orang yang bergelar jutawan akan bekerja lebih daripada masa itu sehingga 60-70jam seminggu.

6 # Mencintai karier dan perniagaan

Jutawan menyukai bidang kerja yang mereka ceburi dan itu menjadikan mereka ghairah bekerja dan memburu kejayaan tanpa mengira penat lelah. Bukan sekadar suka mereka mendalami bidang kerja mereka dengan menambah ilmu yang berkaitan. Keghairahan berpandukan ilmu akan memudahkan perjalanan mereka dalam memburu kejayaan.

7 # Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Seperti yang disebut sebelum ini, seorang jutawan tidak menjadi jutawan bila bergerak seorang diri. Setidak-tidak, kalaupun tidak ramai, dia mesti memiliki seorang dua kakitangan yang membantu menguruskan operasi perniagaannya.

Dan sekalipun memiliki hanya seorang dua kakitangan, dia mestilah memiliki kualiti kepimpinan untuk memimpin. Lebih-lebih lagi bila kakitangannya ramai. Orang hanya sanggup bekerja di bawah ketua yang memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi.

8 # Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Persaingan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Selain bersaing dengan usahawan yang lain, persaingan yang paling penting ialah bersaing dengan diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi berbanding kejayaan yang dimiliki sekarang ini.

9 # Cekap dalam pengurusan

Tanpa disiplin perniagaan akan kucar kacir. Dan selalunya ketiadaan disiplin dalam perniagaan ada kaitan dengan kecekapan dalam pengurusan. Mereka yang cekap dalam pengurusan ialah seorang yang berdisiplin.

Usahawan jutawan ialah seorang yang cekap menguruskan diri, pentadbiran perniagaan dan juga cekap mengurus kakitangan. Pengurusan yang cekap dan teratur akan menentukan segala perkara yang berkaitan perniagaan akan berjalan dengan lancar.

10 # Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Apa yang penting perlu ada pada seorang usahawan yang mahu menjadi jutawan ialah kebolehan menjual idea dan produk keluaran syarikat. Kebolehan menjual memerlukan seseorang itu pandai berkomunikasi. Pandai menulis juga boleh kita katakan sebagai pandai berkomunikasi kerana pada zaman IT ini, banyak orang menjual idea dan produk melalui Internet. Penerangan melalui Internet ialah dengan menulis tentang idea dan produk yang kita jual.

Nota # Ebook ini boleh membantu kita menjadi usahawan jutawan!

(# Sumber nota ini ialah kandungan emel Dr.Irfan Khairi. Ia dicatat semula tanpa mengambil 100% dari sumber.)

Share

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge