10 Wajib Undi

Berikut di bawah ialah 10 perkara yang ‘wajib’ menjadi keutamaan pengundi ketika ingin memilih bakal kerajaan yang akan mentadbir Malaysia untuk 5 tahun akan datang pada 5hb Mei ini.

Perkara itu ialah 10 perkara yang aku faham tentang resolusi Program Nadwah Ulama dan Kepimpinan NGO Islam Kedah;…

PRU131 # Wajib memilih kerajaan yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup rakyat dan panduan mentadbir kerajaan. Islam bukan sekadar slogan.

2 # Wajib memilih kerajaan yang benar-benar memegang amanah harta rakyat dan pemilikan negara. Kerajaan yang tegas memisahkan antara harta kerajaan (hak rakyat) dan harta parti yang memerintah.

3 # Wajib memilih kerajaan yang mampu memberikan pendidikan percuma dan berkualiti pada rakyat. Kerajaan yang tidak mengambil untung daripada ilmu yang diajar pada rakyat.

4 # Wajib memilih kerajaan yang akan menyediakan rawatan berkualiti dan percuma pada rakyat yang sakit tanpa menjadikan soal kesihatan rakyat satu bisnes yang memberi untung.

5 # Wajib memilih kerajaan yang mengagihkan kekayaan untuk dirasai oleh semua orang bukan segelintir golongan sahaja.

6 # Wajib memilih kerajaan yang tidak mahu rakyatnya berhutang secara melampau hingga menyulitkan kehidupan untuk membayarnya dan kerajaan yang tidak melakukan pemborosan dalam urus tadbirnya.

7 # Wajib memilih kerajaan yang ingin menstabilkan harga barang pada kadar sepatutnya yang mampu dibeli semua rakyat. Kerajaan yang ingin memastikan semua kedai di Malaysia ialah kedai harga patut.

8 # Wajib memilih kerajaan yang mahu membenteras gejala lucah, jahat, fitnah dan rasuah. Kerajaan yang mengawal dan membenteras bukan kerajaan yang menganjurkan gejala-gejala tersebut.

9 # Wajib memilih kerajaan yang mahu menghapuskan sikap rasis dan memberikan keadilan sepatutnya kepada semua bangsa mengikut peruntukan perlembangan.

10 # Wajib memilih kerajaan yang yakin dengan kemampuan sendiri. Benar-benar bebas berdaulat dari nasihat dan pengaruh asing.

Mengundi pada 5hb Mei ini adalah tanggungjawab!

Share

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge