10 Yang Boleh Mematikan Bisnes eBay

10 PERKARA YANG BOLEH MEMATIKAN BISNES EBAY ANDA
Oleh; John Lagoudakis – Usahawan Internet Antarabangsa

Sekiranya kita tidak berhati-hati, perkara yang kita anggap kecil sebenarnya boleh mematikan bisnes ebay yang kita jalankan. Maksudnya produk yang kita jual tidak dibeli orang.

Kita perlu memberi perhatian kepada 10 perkara berikut yang bila kita lakukannya, ia akan memberi impak negatif kepada produk yang kita jual malah kepada kita sebagai penjual.

1 # Tidak bersikap jujur (menipu) tentang produk yang dijual.

Memberitahu produk berfungsi dengan baik sedangkan tidak! Memberitahu item dalam keadaan sempurna sedangkan ada kerosakan. Pelanggan yang merasa tertipu akan membenci kita.

2 # Lambat menghantar produk.

Membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu, tidak tahu bila produk akan dikirim dan tidak tahu bila produk yang mereka beli akan sampai ke tangan mereka.

3 # Tidak mengambil kira bila waktu listing tamat.

Kadang-kadang pelanggan akan melihat apa barangan yang akan tamat biadaannya pada waktu yang biasa mereka online. Apakah barangan kita akan terlihat pada pandangan mereka kalau tempoh tamatnya ketika mereka sedang tidur?

4 # Lambat melayan emel pelanggan

Tidak menjawab pertanyaan tentang barangan yang kita jual. Menganggap menjawab emel atau pertanyaan pelanggan sebagai membuang masa.

Walaupun ebay boleh dianggap ‘bergerak sendiri’ tetapi membalas emel atau pertanyaan pelanggan perlu kita buat sendiri.

5 # Menjual ‘sampah!’

Memang benar di ebay anda boleh menjual apa sahaja. Akan tetapi apa pandangan pembeli bila anda menjual produk yang boleh didapati di mana-mana sahaja dengan harga murah sedangkan anda menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal.

6 # Tidak mahu memberi diskaun yang diminta.

Anda tahu kos barangan, juga tahu keuntungan yang akan didapati tetapi anda masih tidak mahu bertolak ansur untuk memberi diskaun yang diminta. Memberi kepada pelanggan diskaun akan membuatkan pelanggan berasa suka dan akan kembali terus membeli dari anda.

7 # Listing yang kelihatan ‘buruk’ pada pelanggan.

Mungkin pada pandangan anda listing yang dibuat adalah cantik tetapi pada pandangan pelanggan ianya buruk! Terlalu banyak warna, animasi yang tidak perlu, gerlipan ‘lampu’ yang akan membuatkan mata pelanggan ‘sakit’ memandangnya.

8 # Tiada gambar.

Ini yang paling buruk dan teruk! Apa yang pelanggan ingin beli kalau mereka tidak tahu apa yang akan mereka beli?

9 # Menulis deskripsi yang pendek dan ringkas

Bukan itu sahaja, malah perkataan juga menggunakan ringkasan. Kononnya ini memperlihatkan yang anda seorang yang cool.

10 # Menggunakan harga simpanan.

Walaupun harga simpanan disaran guna oleh sebahagian penjual ebay, namun hakikat sebenarnya pelanggan akan ‘lari’ daripada membida barangan yang diletakkan harga simpanan. Pada mereka ‘membuang masa’ membida kerana akhirnya tidak berjaya kerana biadaan tidak sampai ke tahap harga simpanan.

Elakkan dari melakukan 10 perkara yang boleh mematikan bisnes ebay anda ini. insyaALLAH jualan anda akan berjaya!

Share

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge