14 Petua Dr Hamid Arshat Untuk Hindari Nyanyuk

Bolehkah mengelak penyakit nyanyuk ketika usia tua?

Nyanyuk ini disebut dalam bahasa orang putih sebagai Alzheimer. Dalam bahasa Melayu, nyanyuk juga dipanggil penyakit lupa atau hilang ingatan.

Lupa apa yang patut dilakukan dalam urusan seharian. Seperti anak-anak belum cukup umur yang belum mengerti mengerjakan sesuatu.

Nyanyuk sering mengancam warga emas. Walau pun begitu, tidak mustahil yang penyakit nyanyuk ini boleh menyerang pada usia muda.

Mereka yang tidak ditimpa dengan penyakit nyanyuk ini sepanjang usianya, patut bersyukur panjang kepada Allah.

Rumit sedikit kalau mahu diterangkan, bagaimana terjadinya nyanyuk ini dalam bahasa sains. Kerana saya bukan ahli sains.

Jadi kita terangkan dalam bahasa mudah faham.

Nyanyuk terjadi bila otak manusia dan saluran darah ke otak mengecut dengan meningkatnya umur.

Jadi bekalan darah dan oksigen tidak dapat disalur dengan sempurna ke otak. Kesannya, sel-sel otak yang tidak menerima darah dan oksigen dengan sempurna ini akan musnah.

Bila ada sel-sel otak yang musnah, signal atau isyarat tidak dapat dihantar antara satu sel ke satu sel yang lain dengan baik.

Bila sel tidak dapat berhubung sesama sel, akan mengakibatkan gangguan fungsi-fungsi penting seperti pertuturan, ingatan dan gerakan anggota atau mungkin terus lumpuh sebelah badan (mati sebelah badan).

Bagaimana untuk hindari nyanyuk daripada menyerang?

Dr Hamid Arshat ada menulis dalam status facebook beliau, 14 langkah yang beliau amalkan untuk menjauhi penyakit-penyakit yang sering menjenguk warga emas. Dalam statusnya, beliau memberitahu umurnya kini 72 tahun

14 LANGKAH (PETUA) HINDARI PENYAKIT WAKTU TUA OLEH DR HAMID ARSHAT

Dasar kepada 14 petua ini adalah doa. Ya, kita berdoa supaya petua-petua yang diamalkan ini akan memberi kesan yang diharapkan.

1# Baca alQuran

Amalkan setiap hari walau sepotong ayat. Sehari satu ayat, atau satu ‘ain’, atau satu muka surat. Lama-lama kita akan khatam. Dapat baca ayat kemudian dapat hayati maknanya, lagi bagus. Bertambah bagus bila dapat hafal.

Kaedahnya, jangan baca sekali lalu begitu sahaja. Baca dengan bertajwed dan taranum (berlagu). Tajwed dan taranum itu memberi getaran kepada otak

2# Atasi stress dengan menenangkan fikiran

Tekanan emosi, mental dan tekanan fizikal yang keterlaluan dan berpanjangan mencetuskan hormone atau bahan kimia yang boleh merosakkan sel-sel otak (ada istilah atau namanya dalam bahasa sains) yang ada kaitan dengan simpanan ingatan dan memproses pemikiran.

Akibatnya, sukar untuk mengingat dan tidak tahu membuat sesuatu.

Tenangkan fikiran dan atasi stress dengan 4 cara mudah:

Cara 1 – Amalkan zikir, tasbih dan selawat kepada nabi.

Amalan ini bukan untuk dibuat ketika di masid atau atas tikar solat sahaja, tapi dimana-mana dan bila-bila masa.

Cara 2 – Amalkan bernafas melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut.

Sesekali tarik nafas panjang hingga udara memenuhi paru-paru dan hembus perlahan-lahan. Amalkan ketika duduk. Ulang selama 5 minit.

Cara 3 – Cari cara untuk mengeluarkan peluh.

Senaman mengeluarkan peluh untuk kesihatan itu perlu. Tapi yang ini bukan senaman khusus.

Ini aktiviti fizikal berbentuk hobi, seperti berkebun, berbasikal dan sebagainya. Kalau berjoging atau pergi ke gym itu satu hobi, tidak mengapalah.

Aktiviti berbentuk hobi ini lebih kepada menenangkan fikiran dan jiwa.

Cara 4 – Senyum selalu dan ketawa.

Senyum itu sedekah. Pahala dapat, hati pula riang dan ceria. Sesekali berjenaka dengan kawan-kawan bukan sahaja memeriahkan suasana, boleh mengeratkan persaudaraan juga.

3# Terus menerus belajar bidang baru

Cara mudah adalah dengan membaca. Usah hadkan pembacaan pada buku yang disukai sahaja. Kalau suka novel, asyik baca novel sahaja.

Luaskan pembacaan dalam semua bidang. Selepas habis baca novel, baca pula buku agama. Selepas itu baca buku motivasi dan seterusnya. Ulang semula pembacaan.

Sesekali masuk kelas yang bukan bidang kita. Sebaiknya kelas berbentuk hobi seperti fotografi, melukis, bertukang, bermain alat muzik dan sebagainya. Jika tiada masa untuk masuk kelas lama, pilih kelas intensif.

4# Kekal aktif bekerja

Tiada aktiviti fizikal lebih mempercepatkan otak mengecut.

Elak diri untuk ‘bersara’ penuh setelah bersara. Libatkan diri dengan aktiviti masyarakat atau gunakan kemahiran ketika bekerja untuk bekerja sendiri.

Lakukan sesuatu untuk mengelak diri ‘terperap’ di rumah.

5# Lakukan aktiviti fizikal

Cara 3 lebih kepada aktiviti hobi untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Yang ke 5 ini semata-mata aktiviti mengeluarkan peluh secara fizikal.

Sesuaikan dengan kemampuan fizikal. Mungin sekadar berjalan-jalan sekitar taman perumahan atau kampung selepas solat subuh. Atau membersihkan kawasan rumah dengan menebas rumput dan sebagainya.

Amalan yoga, latihan silat atau tai chi juga bagus.

Aktiviti fizikal untuk memastikan badan dapat menyalurkan oksigen kepada otak.

6# Cukup tidur

Tidur seawal yang boleh. Sebaiknya jam 10 atau 11 sudah tidur dan bangkit awal jam 4 atau selewat jam 5.

Dikatakan 1 jam antara jam 10 dan jam 2 bersamaan 3 jam waktu tidur. Jika tidur dalam keadaan tenang fikiran dan badan yang rehat. Kira sendiri berapa jam kita tidur.

Selepas bangun, buat sedikit senaman fizikal. Kemudian boleh buat sesuatu yang bermanfaat sebelum masuk subuh. Membaca alQuran, baca buku, menulis dan sebagainya.

Selain itu, tidur sekejap pada siang hari. Selalunya orang tidur selepas zohor. Itu bukan cara yang betul. Sebaiknya tidur setengah jam sebelum zohor. Tidur jam 12 dan bangun jam 12.30 .

7#Ambil Omega3 DHA

Otak mengandungi 60% lemak dan 25% dari lemak itu adalah Omega3 DHA.

Sumber terbaik Omega3 DHA adalah minyak ikan salmon, tuna, mackeral jugak minyak krill. Selain itu kekacang seperti walnut, badam dan flexseeds juga sumber baik untuk Omega3 DHA.

Sukar untuk ambil Omega3 DHA dari sumber aslinya secara konsisten. Apa yang terbaik adalah dengan mengambil supplement. Cukup sebiji 1000mg sehari. Yang terbaik adalah minyak krill kerana ia lebih mudah diserap berbanding minyak ikan.

8# VCO – minyak kelapa dara

Otak memerlukan insulin. Insulin berfungsi menukar glucose menjadi tenaga untuk otak.

Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Namun bila usia meningkat, pengeluaran insulin ini tidak ‘aktif’ seperti waktu usia muda. Tenaga untuk otak tidak dapat dijana sepenuhnya.

VCO adalah sumber insulin yang baik. 2 sudu besar VCO cukup untuk satu hari. Sekarang ada dalam gel lembut. Sesuai untuk mereka yang tidak dapat menelan dalam bentuk cecair.

9# Vitamin D3 – vitaD3

Vitamin D3 untuk pertumbuhan sel-sel baru tubuh termasuk sel-sel otak.

Tubuh boleh membina vitaD3 secara semulajadi melalui pancaran matahari pagi. Kerana itu elok berada di luar rumah setiap pagi untuk dedahkan diri kepada cahaya matahari pagi.

Akan tetapi, kehidupan bekerja pada hari ini terutama di bandar tidak memungkinkan kita terdedah kepada matahari pagi. Keluar sebelum matahari terbit. Kemudian duduk dalam pejabat. Matahari yang terkena tubuh kita adalah cahaya petang sewaktu balik.

Solusinya, ambil supplement vitaD3. Sebaiknya yang diadun dengan kalsium.

10# Vitamin B12

Selain vitaD3, kita perlukan juga vitaB12 untuk kesihatan terutama untuk fungsi otak. VitaB12 menghalang otak daripada mengecut.

Sumber utama vitaB12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Seperti juga Omega3, kita tidak akan mampu memakan sumber asli vitaB12 ini secara konsisten. Naik muak tekak kalau makan hari-hari.

Jadi solusinya adalah supplement juga.

11# Jaga perut dan usus

Perut dan usus, dikatakan sebagai penentu sihat atau sakit kita.

Makanan untuk tenaga dan sambungan hayat kita, di perut tempatnya. Ubat untuk sakit kita, di perut juga tempat yang paling baik berbanding ubat sapu di luar.

Jadi, perlu jaga kesihatan perut dan usus dengan makanan berzat. Jauhi makanan proses, gula berlebihan, garam berlebihan dan sebagainya. Makan lebih makanan yang ‘asli’ dan dimasak sendiri dan probiotik.

12# Makan lebih buah dan herba

Terdapat banyak jenis buah, sayur dan herba yang merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan dapat meningkatkan ‘hubungan’ antara sel. Seperti pelbagai jenis buah berry dan kismis

Sementara herba seperti ginko, rosemary, sage, mint, basil dan sebagainya membantu menghalang kimia-kimia ‘jahat’ yang boleh merosakkan sel-sel otak.

13# Kawal ‘punca’ angin ahmar

Serangan angin ahmar mudah menyerang mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, gemuk dan sebagainya.

Kawal pemakanan dan turuti saranan doktor untuk mengelak penyakit-penyakit  ini.

14# Rangsang dan sentiasa aktifkan otak

Di samping amalkan pemakanan berkhasiat dan berzat, senaman, ambilan supplement tertentu, tambahan herba dan sebagainya, kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak secara ‘luaran’.

1 > Dengar muzik dan lagu yang ‘diiktiraf’ terbaik boleh menenangkan jiwa dan minda terutama lagu klasik yang berseni tinggi. Bukan lagu dan muzik sekadar seronok di telinga. Kalau dapat belajar memainkan alat muzik lagi bagus.

2 > Elak terperap di rumah. Keluar bersosial. Eratkan silaturahim. Zirah keluarga, kawan-kawan. Anjurkan perjumpaan. Berbual dan berbincang. Jangan bergosip!

3 > Pelajari satu kemahiran baru. Jadikan sebagai hobi. Kekal dengan kemahiran ini. Pelajari dengan mendalam melalui buku atau internet. Kemahiran lain sekadar untuk pengetahuan sahaja. Yang satu ini kalau dapat dijadikan bisnes lagi bagus.

4 > Pergi berjalan-jalan melawat ‘kawasan’! Dalam negara sudah cukup. Lawati tempat bersejarah yang boleh membuatkan kita mengingat dan berfikir.

5 > Jika pandai menulis, menulislah di facebook dengan lebih kerap. Jika ada blog lagi bagus. Tulis sesuatu yang bermaklumat, yang memerlukan kita membuat research. Elak menulis luahan perasaan yang tiada makna kepada orang lain.

6 > Jika ada kemahiran atau pengetahuan, tawar diri sebagai penasihat, perunding atau sebagainya pertubuhan atau NGO tertentu. Jangan terlalu mengira ganjaran kewangan pada waktu usia emas ini. Pentingkan pahala.

= = =

Demikian cara atau petua menghadapi hari tua, supaya kita tidak dihinggap penyakit-penyakit yang biasanya dihadapi warga tua atau warga emas.

Walau petua ini disarankan oleh seorang Dr. yang sudah berusia 75 tahun, tidak bermakna ianya tidak boleh diamalkan oleh orang muda.

Kerana 14 petua ini memang patut diamalkan sejak muda lagi!

.

.

.

… Share jika artikel ini bermanfaat untuk anda supaya orang lain juga mendapat manfaat yang sama…

Share

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge