2 Sebab Utama Terpengaruh Dengan Militan

Faktor utama yang mempengaruhi dan mendorong seseorang itu terjebak menyertai kumpulan militan adalah kerana jahil dan taasub.

Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Jahil bermaksud kurang ilmu. Kurang ilmu kerana tidak pernah belajar. Selalunya jahil dikaitkan dengan ilmu agama. Orang yang mempunyai ilmu juga boleh dianggap jahil bila ilmu itu tidak tepat atau silap. Kalau tepat pun, mungkin ia tidak mencukupi untuk menjelaskan sesuatu isu dengan sejelas-jelasnya.

Taasub bermaksud fanatik kepada sesuatu atau seseorang. Bila terlalu taasub atau terlalu fanatic, keterlaluan itu akan menghalang seseorang untuk ambil tahu dan memahami perkara yang lain. Akalnya tidak dapat mempertimbangkan sesuatu yang lain selain apa yang dia fikirkan. Apa yang difikirkannya, itulah yang dirasakan paling betul. Yang lainya salah! Orang yang disukainya, hanya orang itulah yang betul. Orang lain salah!

Ketaasuban yang melampau dan kejahilan yang dibiarkan tanpa ditutupi dengan ilmu akan melahirkan sifat keras hati.

Mungkin kerana sifat keras hati inilah yang membuatkan kumpulan yang mengaku berjuang atas nama Islam tidak mengikut panduan perang cara Islam yang digariskan oleh Rasulullah SAW.

perang dunia

Rasul melarang pembakaran, tapi itulah yang mereka buat. Membakar kemudahan awam bila terpaksa berundur daripada kawasan yang dikuasai. Mereka membunuh pekerja bantuan sedangkan membunuh wanita, kanak-kanak, ahli ibadah mereka yang tiada kaitan denganĀ  perang telah dilarang bunuh oleh Rasulullah.

Mereka berbuat sesuatu yang dilarang buat oleh Rasulullah. Larangan nabi bererti larangan Allah juga.

Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui. Kebenaran pasti akan terserlah.

#Sumber nota daripada Harian Metro. Sumber gambar daripada Google.

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge