22 Perkara Yang Patut Anda Fikirkan Dulu Sebelum Berhenti Kerja Untuk Buat Bisnes Sepenuh Masa

Ramai antara kita sebenarnya bercita-cita mahu bekerja sendiri. Sepertinya sekarang juga mahu berhenti kerja dan buat bisnes sepenuh masa.

Kita tidak mahu bekerja di bawah boss lagi. Kita mahu menjadi boss kepada diri sendiri.

Tuan Abd Hakim Awang, tuan punya jenama dan CEO rangkaian bisnes D’Apple menaik status dalam wall Facebook beliau, memberi pesanan kepada bakal-bakal usahawan yang masih bekerja yang sedang berkira-kira untuk berhenti kerja.

Sebelum buat keputusan tinggalkan kerjaya sekarang ini semata-mata untuk buat bisnes sepenuh masa, pertimbangkan 22 keadaan di bawah ini dahulu. Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ini.

22 perkara yang patut anda timbang dan fikirkan sebelum berhenti kerja untuk buat bisnes sepenuh masa:

(#Saya ubah suai mana yang patut)

1# Corak hidup tidak tentu arah. Haru biru. Asyik runsing je. Kata orang asyik lorat semacam je…

2# Mungkin kawan-kawan akan pinggirkan. Keluarga sendiri pun dan keluarga mertua mungkin menjauhkan diri. Maklumlah, tiada lagi gaji tetap.

3# Akan ada perselisihan pendapat hingga mungkin berbalah antara suami dan isteri.

4# Dihambat pemungut hutang hampir setiap hari.

5# Adakalanya duit simpanan habis diguna. Pokai! Hari ini poket penuh. Besok boleh terus kosong.

6# Banyak benda hendak fikirkan dan dikerjakan sampaikan waktu tidur jadi kurang. Tidur pula tidak lena.

7# Dalam facebook nampak OK dan tenang je. Hakikat sebenarnya, susah untuk mendapat hari yang tenang. Hampir setiap hari ada sesuatu yang membuatkan diri stress.

8# Kepenatan dan keletihan yang kadang seperti ingin tidur berhari-hari tidak mahu bangun.

9# Kadang-kadang terpaksa berbalah dengan pekerja sendiri, tidak puas hati dengan pembekal dan seperti mahu bergaduh dengan pihak bank.

10# Hidup sehari-hari seperti dalam kepura-puraan. Terpaksa mempamerkan senyuman, tetapi di dalam…menangis!

11# Sukar mendapat pinjaman untuk membesarkan bisnes atau apa-apa keperluan. Pihak berkaitan tidak percaya dengan kemampuan kita dan bisnes yang kita jalankan.

12# Usaha kita tidak dapat sokongan sewajarnya. Idea kita diperlekeh dan dicemuh.

13# Walau ada bisnes, pendapatan kekadang seperti kata orang…kais pagi makan pagi, kais petang makan malam.

14# Bajet yang ada selalu tidak cukup. Apa yang ada cukup untuk menutup kekurangan di sana sini. Kekadang terpaksa berhutung untuk membayar hutang lain. Gali lubang untuk tutup lubang yang lain.

15# Masa untuk anak-anak menjadi kurang.

16# Terpaksa menangguhkan banyak keinginan seperti membeli barang tertentu kerana duit yang ada terpaksa digunakan untuk barang atau keperluan yang lebih penting.

17# Terpaksa mencipta banyak alasan untuk membuat pinjaman, semata-mata hendak selamatkan perniagaan.

18# Siangnya boleh menjadi orang yang gembira tapi malam pula menangis. Malam gembira tapi siang boleh jadi kita menangis.

19# Terpaksa berhutang. Terpaksa tahan malu, merayu berhutang dengan kawan atau adik beradik semata-mata hendak bayar bil itu dan bil ini.

20# Guna kereta sendiri untuk bisnes kerana kereta bisnes nak kena Tarik.

21# Kita ke hulu dan ke hilir membuat urusan bisnes. Nampak seperti orang kaya. Hakikatnya poket kosong.

22# Tiada lagi istilah gaji akhir bulan atau gaji awal bulan. Jika kamu tidak ‘bergerak’ kamu tidak akan makan…

Begitu apa yang ditulis oleh Tuan Abd Hakim Awang. Apa yang ditulis ini, pasti pernah dihadapinya. Tapi saya percaya ia bercampur dengan apa yang dihadapi oleh rakan bisnesnya yang lain.

Pada saya, menghadapi semua ini sekaligus bila memulakan bisnes sendiri adalah mustahil. Akan tetapi pasti salah satunya atau sebahagianya akan dihadapi oleh sesiapa sahaja yang mahu memulakan bisnes sendiri.

Sama ada salah satu atau sebahagiannya atau mungkin semuanya, jika sanggup dihadapi kerana yakin mampu mengatasinya… maka teruskan niat berhenti kerja dan mulakan bisnes sendiri.

Semoga mereka yang mengambil keputusan ini akan berjaya.

== == ==

Anda boleh fikirkan bagaimana memulakan bisnes secara part-time, tanpa perlu berhenti dari kerja sekarang ini.
Salah satunya dengan berniaga online, khususnya berniaga di platform ebay.
Boleh pilih 2 cara untuk menjalankan perniagaan ebay. Klik link di bawah:
>>CARA 1. BISNES EBAY DROPSHIP. ANDA TIDAK PERLU MENYIMPAN DAN MENGEPOS PRODUK. PIHAK PEMBEKAL AKAN URUSKAN<<
>>CARA 2. BISNES EBAY FIZIKAL. ANDA YANG PILIH BARANG DAN MENGEPOS PRODUK. PILIH BARANG RUNCIT BERDEKATAN ANDA<<
Share

6 comments

  1. betul tuan.. mmg byk perkara yang perlu dipertimbangkan untuk jadi ceo sendiri..
    pada saya.. apa yang penting ialah kalau kita dapat utamakan mana satu yang penting dgn yang tak penting… insyaAllah blh jadi ceo dan manage bisnes kita sendiri.. silap je yang ni mmg akan habis berterabur bisnes yang kita buat nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge