3 BOLEH Tanda Orang Berilmu

Untuk diiktiraf sebagai orang yang berilmu, kita kena buat 3 BOLEH. Bila kita tidak buat 3 boleh ini, kita belum boleh diiktiraf sebagai orang yang banyak ilmu walaupun banyak yang kita tahu. Kita hanya dianggap sebagai orang yang tahu tentang sesuatu perkara tapi tidak diiktiraf sebagai ilmuan tentang perkara itu.

Kalau kita buat satu tinggalkan dua, belum boleh dipanggil orang berilmu. Bila buat dua tinggalkan satu, kita belum mencapai mutu yang dikehendaki.

Kata Dr Tuah Iskandar al Haj, 3 BOLEH itu ialah;

  1. Boleh bercakap.
  2. Boleh menulis.
  3. Boleh buat.

Boleh Bercakap

Boleh bercakap di sini bukan maknanya anda bukan orang bisu. Boleh bercakap di sini maksudnya anda berkebolehan untuk menyampaikan dan menerangkan apa yang anda tahu pada orang lain.

Baik anda menerangkan pada satu orang atau banyak orang, seperti contohnya anda bercakap di dalam kuliah atau seminar. Itu lebih baik kerana anda dapat menerangkan pada banyak orang pada satu-satu masa.

Boleh Menulis

Apa yang anda terangkanĀ  akan dilupakan orang bila masa telah berlalu. Jadi anda tidak boleh terus bercakap. Anda perlu mendokumenkan apa yang anda cakap itu dalam bentuk tulisan. Baik dalam bentuk buku atau yang seumpamanya.

Nama siapa yang anda ingat daripada ulamak-ulamak terdahulu yang hanya bercakap tapi tidak menulis? Sudah tentu kita hanya ingat dan tahu nama ulamak tersebut dari kitab-kitab yang mereka tulis.

Tahukah anda sebenarnya ulamak dan mazhab yang diiktiraf oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih daripada 4 yang kita ketahui sekarang ini, iaitu Mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali oleh Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ibnu Hambal.

Mazhab lain tidak lagi wujud dan tidak ramai tahu siapa ulamaknya kerana mereka tidak menulis ilmu yang mereka miliki dan anak murid mereka juga tidak menulis apa yang guru mereka ajar.

Inilah pentingnya seseorang itu menulis apa yang dia cakapkan.

Boleh Buat

Satu kecelakaan bagi orangĀ  yang bercakap tapi dia tidak buat apa yang dia cakapkan. Ini maksud hadis Nabi. Dimaafkan pada orang yang bercakap sambil berusaha untuk buat. Apa yang lebih afdhal ialah buat baru cakap. Seperti maksud hadis Nabi tadi, celaka pada orang yang cakap sahaja, buatnya tidak.

Jadi, kita mestilah buat apa yang kita cakapkan dan apa yang kita tuliskan.

Dalam 3 BOLEH ini, boleh buat paling penting. Bila tiada kemampuan untuk menerangkan apa yang anda tahu. Bila tidak berupaya untuk menulis apa yang kita terangkan. Dapat mengamalkan apa yang kita tahu, itu sudah cukup bagus.

Biarlah tidak diiktiraf sebagai orang yang berilmu. Paling penting kita mendapat faedah bila mengamalkan apa yang diketahui.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge