4 Cara Tuan Rahman Basri Buat Duit Menggunakan Internet

 

Perkongsian 4 cara buat duit melalui Internet oleh Tuan Rahman Basri boleh diguna oleh semua orang. Cara ini terbukti berkesan kerana itulah caranya yang Tuan Rahman Basri gunakan sepanjang beliau berkecimpung dalam bisnes online.

Sebenarnya, 4 cara itu jugalah yang diguna oleh usahawan bisnes online yang lain.

Cara Buat Income Di Internet Gaya Rahman Basri

Jadi cara ini bukan teori, ia terbukti memberi income kepada ramai orang.

Ini 4 cara buat duit melalui Internet:

1# Pilih satu produk untuk dipromosikan.

Produk ini mungkin produk sendiri atau produk orang lain.

Sebaik-baik jika anda baru mahu mencuba menjual di Internet, disarankan untuk menjual produk orang lain dahulu cara affiliate.

2# Buat Squeeze Page.

Squeeze Page ini gunanya untuk kumpul emel. Iaitu untuk mengumpul senarai emel mereka yang berminat dengan produk yang dipromosikan.

Selain emel, termasuk juga nama panggilan atau mungkin nama penuh pemilik emel.

3# Hantar emel secara berkala.

Kata orang, kalau sudah dapat alamat hantarlah suratnya. Begitulah, kalau sudah dapat alamat emel hantarlah ‘emel’nya.

Itulah tujuannya kita mengumpul alamat emel.. untuk menghantar emel.

Emel yang dihantar bukan sekali, tetapi secara berkala. Sekurang-kurangnya 5-10 kali emel tetap yang telah diset awal. Termasuk emel lain ikut keperluan.

Perlunya emel dihantar secara berkala kerana, lumrahnya orang tidak membeli bila menerima emel pertama.

Menurut kajian..

3% akan membeli bila mendapat emel pertama. Mereka ini bukan berminat dengan produk tetapi memang sudah berniat lama untuk mendapatkan produk.

47% hanya mula membeli setelah menerima beberapa emel. Mereka ini berminat dengan produk tetapi perlukan beberapa maklumat tambahan. Pengetahuan tentang produk.

50% lagi hanya senyap. Mereka hanya ingin mengetahui tentang produk. Mungkin produk itu tidak bersesuaian dengan mereka. Jadi mereka tidak membeli.

4# Bawa trafik (pelawat) ke Squeeze Page.

Ada banyak cara boleh dibuat supaya pelawat ‘datang’ ke Squeeze Page dan mendaftarkan nama dan emel mereka.

Ada cara percuma dan ada cara berbayar. Cara percuma, lambat! Berbayar lebih mudah dan cepat keputusannya. Iklan berbayar di facebok (FB Ads) adalah cara biasa dan popular.

Selepas semua 4 cara di atas, kita hanya perlu monitar jualan yang masuk.

Sesekali, kita mungkin perlu adjust email yang dihantar.

Target pengumpulan email ini adalah 10 daripada 100 orang akan membeli produk. Jika satu produk mendatangkan keuntungan RM50..RM50x10=500

Bayangkan jika anda dapat kumpul 500-1000 email dalam sebulan?

Dengan melakukan 4 cara di atas, seperti mana yang dilakukan oleh ramai usahawan online, jumlah angka ini (jumlah senarai email dan jumlah keuntungan) tidak lagi mustahil untuk anda perolehi.

Bagaimana pun bagi mereka yang baru, 4 langkah mudah ini (terutama step 1-3), tidaklah mudah!

Kerana itu, Tuan Rahman Basri menghasilkan Sistem Jualan Pro (SJP).

Dengan SJP, anda hanya perlu fokus kepada step 4 sahaja, iaitu membawa trafik. Step 1-3, biar Sistem Jualan Pro yang uruskan untuk anda.

Akan tetapi sebelum itu, anda perlu melanggan Sistem Jualan Pro dahulu.

KLIK DI SINI bila anda mahu gunakan SJP sebagai salah satu platform untuk anda buat duit melalui Internet.

[+] KLIK DI SINI

Semoga bermanfaat!

Share

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge