Bila pergi ke kedai buku besar, pernahkah anda lihat situasi ini;
Ada beberapa orang ‘menyorok’ di satu sudut, sedang membaca sambil mengambil nota dari buku yang dibacanya secara percuma itu.
Memang jelas yang mereka ini telah menemui fakta atau maklumat dalam buku itu yang difikirkan menarik dan berguna dan mereka mencatatnya. Lebih mudah difahami, mereka tahu buku itu amat bermanfaat.
Akan tetapi, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan mereka tidak membeli buku tersebut. Jadi mereka hanya mengambil catatan dan berharap dapat memperoleh manfaat dari buku itu tanpa membelinya. Maklumat percuma!
Apakah cara ini berkesan. Adakah maklumat yang mereka catat dari bacaan percuma itu dapat dimanfaatkan?
Apa yang saya pasti, cara ini tidak berkesan! Sesiapa pun akan dapat menjamin bahawa maklumat yang mereka ambil itu tidak berguna walau pun maklumat itu berharga.
Saya tidak tahu bagaimana caranya anda mendapatkan manfaat dari buku yang anda baca. Saya ada cara tersendiri. Walaupun tidak menjadi tabiat sepenuhnya, saya pasti 4 cara ini amat berkesan untuk mengutip manfaat dari buku yang dibaca.
4 Cara Berkesan Mendapat Manfaat Dari Buku
1# Buku mesti dibaca sekurangnya-kurangnya 3 kali. Ya! Paling kurang 3 kali. Kenapa? Sebabnya kerana anda akan lebih faham isi kandungan buku dan anda akan berjumpa point-point penting yang terlepas pandang pada bacaan sebelumnya.
2# Anda perlu menanda point-point penting sepanjang pembacaan. Tanda point itu dengan garisan atau warnakan. Kenapa? Cara ini akan memudahkan anda. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga bila membaca buku itu semula.
Jangan risau jika tanda itu kelihatan mencomotkan dan mengotorkan buku anda. Buku ialah untuk diguna bukan untuk dijadikan bahan hiasan.
3# Selepas mengetahui point-point penting dari buku yang dibaca, anda perlu bertindak atas maklumat yang anda dapat itu. Pengetahuan hanya berkuasa bila diamalkan.
Bila anda baca buku semata-mata untuk tahu bukan untuk mengamalkannya, anda akan menjadi ‘ilmuan yang tak berguna’. Anda tahu banyak tapi pengetahuan itu tidak berguna langsung. Paling bagus pun anda akan mendapat tempat #1 dalam pertandingan membaca buku terbanyak!
4# Akhir sekali, anda wajib mengulang baca buku itu, mungkin 1 tahun sekali. Hanya itu caranya untuk anda terus ingat maklumat berharga dan seterusnya mendapat manfaat dari maklumat itu.
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari buku yang anda baca, anda mestilah memiliki buku itu. Membaca sekali di perpustakaan dengan seimbas lalu dan membaca secara tergesa-gesa dengan percuma di kedai buku tidak akan berkesan. Tiada manfaat yang anda akan dapat kerana anda akan lupa apa yang anda baca.
Untuk memiliki buku, anda perlulah membelinya. Purata biasa harga buku di Malaysia antara RM30-40. Dengan harga ini semua orang boleh membeli buku paling kurang 1 naskhah sebulan. Anda mungkin rugi RM40 duit makan sebulan, akan tetapi pengetahuan dari buku yang anda beli itu dapat memberi ilmu untuk ‘cari makan’ sepanjang hidup anda.
Apa yang perlu anda buat ialah membeli dan membaca buku kepunyaan anda sendiri. Fikirkan ini sejenak! Adakah anda tahu seseorang yang menjadi kaya, gembira, sihat, berjaya dan sebagainya hasil dari membaca buku secara percuma? Setahu saya tidak ada! Tidak ada! Tidak ada!
Akhir sekali untuk sekali lagi. Belilah buku, kemudian anda mesti baca dan baca dan baca untuk mendapat manfaat darinya.
Terima kasih atas artikel ini. Saya suka perkongsian tuan.
Firdaus Latib recently posted..Apa Sebenarnya Yang Google Mahukan Daripada Kita?
Terima kasih kembali. Tahu sedikit, kongsikan sedikit. Tahu banyak, kongsikan banyak.
Andai kata masih tidak mampu, boleh sahaja dicari dan meminjam dari perpustakaan terdekat.
Pasaran buku ‘second hand’ di negara kita masih suram, sedangkan di UK saya boleh membeli sebuah novel kulit keras dengan harga lebih kurang RM0.50 sahaja!
nota: perkara tersebut hanya boleh didapati di carboot sale. Kedai-kedai kebajikan menjualnya sekitar GBP 1- belasan pound, bergantung kepada jenis buku.
Nota di atas tidak bermaksud kita mesti membeli untuk membaca buku. Amat berbeza mencatat maklumat dari buku di perpustakaan atau buku pinjam dengan mencatat dari buku jual di kedai.
Saya berpendapat buku second hand di malaysia ini dalam kategori ‘mahal’ juga.
Saya ini mempunyai tabiat kalau membaca mesti ada nota ringkas kalau tidak saya tidak faham apa yang dibaca.
Setiap individu mempunyai kemampuan yang tidak sama iaitu VAK(Visual/Auditory/Kinesthetic). Saya ada golongan Kinesthetic.
Ada juga saya mencatat nota bila membaca. Kadang-kadang penerangan satu muka surat saya ringkasakan menjadi nota satu perenggan.
Saya suka perkongsian tuan ini. Khususnya dengan membaca buku sebanyak 3 kali. Mungkin entri selepas ini tuan boleh berkongsi pengalaman tuan dalam speed reading. 😉
Aqif Azizan recently posted..Rezeki Penulisan – Mampukah Kita Menjadi Seorang Jutawan?
Saya belum mahir dalam speed reading, cuma tahu teori sahaja.
aku baca buku selalu tak ikut turutan..,
aku suka ambil bab bab yang menarik dahulu.. 😀
Persada recently posted..Sakit Jantung – Penyakit Jantung atau Sindrom Koronari Akut
Apa pun cara kita membaca buku, kalau ia memberi manfaat kepada pembacanya, itulah cara yang terbaik baginya
Saya suka membaca dan tidak pernah kesal untuk menconteng mana-mana isi penting di dalam buku. Bagi saya, ia sesuatu yang menyeronokkan. 🙂
Walaupun minat membaca, namun saya jarang mengulang kembali mana-mana buku yang telah dibaca kecuali beberapa buah sahaja. i’Allah saya akan berusaha memperbaiki perkara ini.
Terima kasih kerana perkongsian ini. 😉
Hadi Rofiee recently posted..12 Cara Mengekalkan Motivasi
Sebenarnya saya juga memilih buku-buku untuk diulang baca.
betul. Dulu kalau baca buku, jumpa maklumat menarik, mesti catat. Sekarang ni, catat kat blog ajelah jawabnya. hehe..
titan recently posted..Komisen kedua dari PakarCoklat.com
salam;
buku adalah himpunan ilmu tertentu, di sana ada sistemnya, tanpa buku ilmu sukar dipelajari turun temurun, alangkah baiknya sikap suka membaca dan amalkan seperti yang dianjurkan di atas, tahniah.
musi recently posted..Bagaimana berdoa agar dikabulkan oleh Allah SWT