4 Langkah Mudah Mulakan Bisnes Di Ebay Yang Menguntungkan

# “Bagaimana nak mula menjual di ebay?”

# “Banyak mana modal untuk mula berniaga di ebay?”

# “Boleh berniaga ke di ebay kalau tak pandai bahasa orang putih?”

# dan banyak lagi soalan….

Banyaknya soalan yang ditanya, terutamnya oleh penjual baru di ebay yang mereka masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay.

InShaAllah, artikel ini sedikit sebanyak akan dapat membantu peniaga ebay yang masih baru untuk faham dengan jelas… bagaimana mahu bermula di ebay.

PERKARA ASAS SEBELUM MULA BERNIAGA DI EBAY

Sediakan 5 perkara asas ini untuk memulakan bisnes di ebay;

1 # Komputer

Mesti ada computer. Apa jenis pun. Tidak kira mahal atau murah. Yang penting ada disk simpanan dan memori yang cukup.

Gunakan browser Firefox atau Chrome kerana lebih stabil dan boleh gunakan windows yang terkini. Windows sesuai kerana boleh buat banyak ‘multiple user windows’ untuk siapa yang ada banyak akaun ebay.

2 # Internet

Bisnes ebay adalah bisnes Internet, jadi kenalah ada talian Internet. Internet mesti broadband sendiri. Hindari talian Internet kongsian ramai. Di rumah pun elak, lebih lagi hindari talian Internet awam/wifi.

Ini untuk mengelak akaun ebay anda bercampur dengan akaun ebay orang lain dengan IP address yang sama.

Jika menggunakan talian Internet awam atau wifi di rumah dan anda yakin anda seorang yang mengakses akaun ebay, tiada orang lain….ya boleh. Dipersilakan. Tetapi sebaiknya dielakkan, jangan ambil risiko.

Begitu juga berhati-hati bila ada orang lain menggunakan computer anda, dikhuatiri yang meminjam itu mendaftar akaun ebay menggunakan computer anda yang telah anda gunakan untuk mendafar akaun ebay.

3 # Kad Debit / Kad Kredit

Sebaik-baiknya gunakan kad yang mempunyai logo Visa. Elakkan kad yang menggunakan logo MasterCard. Sebelum ini banyak masalah timbul dari kad yang ada logo MasterCard.

Kad ini penting untuk mendaftar ‘bank digital’ paypal, juga untuk membayar ‘yuran jualan’ di ebay bila produk anda terjual.

Setiap satu kad adalah untuk satu akaun ebay sahaja. Untuk buka akaun baru kena guna kad baru.

#Pastikan kad ini boleh membuat belian dan jualan antarabangsa. Hubungi pihak bank dan tanya cara-cara untuk: activation of international online purchase

4 # No.Tel / simkad

Anda perlu daftar no.tel di ebay dan paypal. Kadang-kadang ebay dan paypal akan hantar kod atau membuat panggilan untuk pengesahan diri. Ini adalah cara ebay dan paypal untuk memastikan peniaga di ebay adalah ‘manusia’.

Setiap satu no.tel adalah untuk satu akaun ebay sahaja. Untuk buka akaun baru kena guna no.tel baru.

5 # Modal pusingan

Tiad kos yang dikeluarkan untuk pemasaran di ebay, ini kerana kita menggunakan trafik sedia ada di ebay. Untuk pengetahuan anda, trafik di ebay sangat tinggi.

Jika produk anda dilihat oleh 10 orang sahaja, kemungkinan produk itu akan terjual. Kerana orang yang berkunjung ke ebay memang dengan niat untuk membeli.

Anda memang perlukan sedikit modal untuk bermula di ebay. Bezanya ia tidak sebanyak seperti menjual offline. Bagi akaun ebay yang baru, yang belum ada sejarah pernah menjual barang lagi di ebay, maka ebay akan ‘tahan’ duit yang masuk ke dalam paypal.

Jadi kita perlu keluarkan duit sendiri dulu untuk membayar kepada pembekal dropship.

APA YANG PERLU DIBUAT SETELAH ADA 5 PERKARA ASAS INI?

1 # Buka akaun email

Email perlu untuk daftar di ebay, juga untuk daftar paypal. Setiap satu akaun ebay dan paypal perlukan satu email yang tidak oleh diguna lagi untuk akaun ebay dan paypal yang lain.

Disaran untuk guna ‘Gmail’. Jangan sesekali guna akaun email syarikat tempat bekerja atau tempat belajar. Gunakan email awam seperti Gmail, Yahoo atau Hotmail.

2 # Daftar akaun di ebay

tip mulakan bisnes ebay

Email dan no.tel sudah ada, maka bolehlah daftar di ebay. Email dan No.Tel ini sudah tidak boleh digunakan untuk akaun ebay yang lain. Jika mahu daftar akaun ebay baru (gunakan windows user lain) create email baru dan No.Tel baru.

Daftar di ebay Malaysia, www.ebay.com.my.

Kalau mahu menjual di ebay USA atau negara lain, hanya buka ebay di negara terbabit dan LOG IN menggunakan username dan password yang kita daftar di ebay Malaysia.

Saya ada 2-3 akaun ebay, tapi saya daftar di ebay USA. Kerana bila daftar di ebay.com, ebay terus ‘luluskan’ akaun tanpa perlu pengesahan diri. Bila daftar di ebay Malaysia, selalunya ebay akan hantar kod atau dail kita untuk pengesahan diri.

Untuk yang baru bermula, cukup dengan 1 akaun dulu.

3 # Daftar akaun bank digital di paypal

tip buat untung di ebay

Anda wajib ada akaun ‘bank digital’ ini. Pembeli akan membayar produk yang mereka beli di ebay melalui paypal. Dari paypal ini, anda oleh withdraw duit ke dalam bank tempatan.

Cukup hanya memilih akaun basic dulu. Ia boleh diupgrade di masa hadapan. Akaun basic ini sudah cukup untuk memulakan bisnes ebay dari rumah sahaja.

4 # Link akaun ebay & paypal

Setelah mendaftar akaun ebay dan paypal, anda perlu link kedua-dua ebay dan paypal antara satu sama lain (sambungkan).

Paypal adalah penerima bayaran jualan di ebay.

5 # Verify akaun paypal dan update seller fees (create ebay seller account)

Akaun paypal ini perlu disahkan (verify). Ada 2 cara untuk sahkan akaun paypal ini:

1# Submit dokumen (kad kredit/debit) ke paypal. Paypal akan hantar kod pengesahan melalui akaun bank/kad

2# Paypal akan potong RM10 dari akaun bank masuk ke dalam akaun paypal anda.

Selepas selesai verify paypal, anda perlu create ebay seller di akaun ebay dengan cara update automatic ebay seller fees.

= = =

Anda perlu lakukan semua perkara paling asas di atas dahulu sebelum mulakan bisnes di ebay.

Selain itu, masih ada yang perlu anda belajar, terutamanya mengenai:

1# Bagaimana mencari pembekal produk.

2# Bagaimana buat kajian produk ada yang menjadi permintaan.

3# Bagaimana mahu membuat iklan yang betul di ebay supaya produk mudah dan cepat terjual.

4# Dan banyak lagi…

BILA WAKTU TERBAIK UNTUK MULAKAN BISNES DI EBAY?

Sekaranglah! Bila lagi? Bila anda mulakan sekarang, 5-10 tahun akan datang anda tidak akan menyesal sebab telah memulakan langkah membina bisnes di ebay pada waktu sekarang.

Tujuan artikel ini bukan untuk mengaburi mata anda dengan Duit! Duit! Duit! Cuma ingin berkongsi dan memberi kesedaran… pentingnya kita memiliki bisnes sendiri.

Dengan gaji yang statistik, kos hidup yang tinggi, hutang yang perlu dibayar…mustahil untuk kita selesaikan kecuali jika kita mempunyai sumber pendapatan ke#2

Di bawah adalah salah satu akaun ebay saya. Ia memberikan pendapatan setiap bulan kepada saya. Walau tidak banyak tapi cukup untuk tamping kehidupan sebagai seorang pelajar.

Dan akaun ini cukup untuk membuktikan bisnes di ebay adalah real dan proven case study. Bisnes di ebay bukan cerita dan angan-angan kosong!

JIKA ADA MODAL, DI MANA PATUT DILABURKAN?

Jawapannya….labur pada diri sendiri, dengan cara menambah ilmu. Dengan ilmu itu, skill diri dan ilmu pengetahuan meningkat. Skill dan ilmu ini akan ‘menarik’ duit!

Sesiapa pun boleh melakukannya. Buktikan sekarang! Dan mulakan bisnes online ebay anda.

Harap artikel ini dapat membuka minda dan memberikan inspirasi untuk anda menambah pendapatan.

Jika anda mahu belajar bagaimana hendak hasilkan duit online secara separuh masa atau sepenuh masa dengan modal yang sangat-sangat rendah. Ebay adalah jawapannya.

#kredit; perkongsian artikel ini adalah dari Tuan Zul Ariffin.

= = =

Anda berminat untuk belajar menjual di ebay? Tuan Zul Ariffin ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie…bagaimana mahu mulakan bisnes di ebay dengan menggunakan kaedah dropship.

>> BOLEH KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN PAKEJ EBAY INTELLIGENCE <<

p.s/ Jika anda rasa ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan USD yang bakal diperolehi dari ilmu ebay yang anda dapat daripada ebook ini. Bayangkan juga jumlah RM selepas ditukar dari USD. Income anda mungkin berganda daripada nilai pelaburan ini.

Share

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge