5 Cara Anak-Anak Boleh Buat Untuk ‘Kawal’ Panas Baran Ayah Mereka

 

Setiap anak pasti tertekan hidup mereka bila mempunyai seorang ayah yang panas baran. Suka menyalahkan orang lain, susah pula mengakui kesalahan sendiri.

Anak-anak harus sedar bukan sahaja mereka tertekan dan menjadi mangsa panas baran ayah. Ibu mereka juga adalah mangsa!

Anak-anak perlu berani dan perlu kuat untuk bersabar sebagai sokongan kepada ibu mereka.

Orang yang panas baran, sebenarnya bukanlah orang yang kuat atau gagah. Mereka orang lemah! Lemah kerana tidak mampu mengawal perasaan mereka sendiri.

Jadi untuk tunjukkan  mereka itu hebat, terpaksalah tunjuk sikap panas baran. Kononya supaya orang lain takut dan pandang tinggi kepada mereka.

Orang yang panas baran ini hanya akan sedar diri bila mereka dipulau, tidak dipedulikan orang. Atau terlantar sakit. Barulah hendak insaf.

Tetapi anak-anak tidaklah boleh memulau ayah mereka. Dan tentunya anak-anak tidak mahu ayah mereka sakit.

Ada beberapa cara yang anak-anak boleh buat untuk ‘mengawal’ sikap panas baran ayah mereka;

1# Bersolat malam.

Amalkan solat tahajud dan solat hajat. Mohon kepada Allah agar panas baran ayah dihilangkan Allah dan ketenangan turun kepada keluarga.

Berdoa selepas solat biasa juga boleh. Akan tetapi solat tahajud dan solat hajat adalah ikhtiar khusus.

2# Amalkan surah alSyura:19

Baca ayat 19 surah alSyura sebanyak 19 kali setiap kali membasuh beras. Sesiapa yang membasuh beras dialah yang amalkan ayat ini. Basuh beras bersih, kemudian ramas perlahan beras ini dengan air terakhir untuk masak beras sambil baca ayat ini 19 kali.

3#Jangan buat apa yang ayah tidak suka.

Bila ada satu perkara tidak elok anak-anak buat yang boleh membangkitkan panas baran si ayah, Inilah masa untuk tinggalkan perbuatan itu. Ia bukan sahaja menghindarkan kemarahan, malah dapat tinggalkan perbuatan sia-sia.

Bila perbuatan baik pun mendatangkan kemarahan, buatkan senyap-senyap jangan sampai ketahuan.

4# Tunjukkan kesatuan keluarga

Mangsa panas baran ayah iaitu anak-anak dan ibu perlu bersatu hati. Jangan pula bila ayah melepaskan panas barannya kepada seorang anak, anak yang lain mengejek padan muka.

Jika anak melakukan kesalahan hingga menimbulkan panas baran si ayah, anak-anak yang lain bersama si ibu menasihati dan berusaha agar kesalahan itu tidak dibuat lagi. Bukan bersatu hati membenarkan si anak yang melakukan kesalahan.

5# Eratkan kemesraan

Cari jalan atau cara untuk menguatkan kemesraan adik beradik. Selalu bersolat Jemaah. Makan bersama. Buat bersama adik beradik dan si ibu. Lambat laun bila ayah melihat situasi ini, mungkin dia akan turut sama.

Walaupun ayah bersikap panas panas, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meraikan ayah. Belikan ayah sesuatu. Baju atau seluar contohnya. Boleh juga kain pelikat. Raikan hari jadi ayah dengan sesuatu hadiah.

Untuk menghilangkan seratus peratus sikap panas baran mungkin mustahil. Sikap panas baran ini mungkin sudah berakar dalam urat saraf. Ia akan mengambil masa.

Namun sekurang-kurang bila 5 cara ini diikuti oleh anak-anak, akan mengurangkan sikap panas baran ayah mereka.

Share

8 comments

  • kadang banyak kes ibu pulak yang panas baran haha
    azam recently posted..Fungsi #hashtag power untuk apps instagramMy Profile

  • Kadang2 susah juga kan. Ada pihak yang asyik salahkan anak je tapi kadang2 mereka dapat gaya2 dari negatif dari ibu bapa.

    Contoh la ibu bapa balik2 nasihat kata jangan merokok tak bagus untuk kesihatan, tapi ibu bapa merokok boleh. Tak perlu orang yang bijak pun boleh tahu apa kesan jangka panjang kepada anak kalau nasihat tapi sendiri buat.

    Kecelaruan.. kecelaruan minda. Yang mungkin boleh menyebabkan masalah mental.

    Budak2 ni kadang2 dia tak dengar cakap tapi dia ikut perbuatan dan contoh ibu bapa berikan pada mereka.

    *Setuju dengan solat malam tu. Kena solat dengan kusyuk dan sempurna baru la doa cepat makbul. Banyak lagi rahsia solat ni kan
    Dedaun Comel | Buat Duit Online recently posted..Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan ?My Profile

  • Zaman sekarang ramai orang yang panas baran, sama-sama kita berdoa agar kita tidak diuji dengan ujian yang berat
    Khairul Zamri recently posted..Balung Herbal TehMy Profile

  • Tips terbaik. kalau diamalkan pasti kurang sifat marah tu
    Saps Ibu Bapa recently posted..Semakan SAPS Ibu Bapa OnlineMy Profile

  • aslm,sya umur 16..sya ad mslh dmna ayah sya seorng yg sngt panas baran..maki,mencarut,naik kaki tangan tu bnda biasa yg sya dpt dri kecil..ayh sya seorng yg kuat solat,mengikuti ceramah,dan ambil berat psal kami..tpi sikap panas bran dia buat sya sedih..dh brtahun sya bdoa agar ayh sya berubah..dia slalu memalukan sya x kira di depan spa skalipun..sedih sngt..malu hanya tuhan ja tahu..sya pnh kena maki,malukan dpn guru tuisyen hanya kerana x sahut panggilan dia (sebenarnya sy dh sahut,tpi dia yg xdngar) dia slalu kata sya x guna kata mnyusahkan hidup dia..dia x mngaku sya ni anak dia ..sya sabar dan sabar..sya nk berseronok dngn kwn dkt luar pon dia xbnrkn (walaupun sya minta nk kluar hnya di hadapan rumah untuk sembang dngn kwn prmpuan)…dia juga marah sya krna sya sakit(antibody sya lemah jdi penyakit mudah serang)..disebabkan masalah ini sya mula terikut dngn sikap ayah sya..bukn sikap panas baran dia tpi sikap maki…sya mula putus asa dn mula putus untuk berdoa..sya juga seorang yg less social…sya btul2 nk minta nasihat yg positif..maaf andai sukar faha apa yg saya ulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge