5 Sebab Kenapa Bisnes Bakeri Elok Dimulakan Dari Rumah

Ini khusus untuk isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini tak bermaksud mereka tidak boleh buat sesuatu untuk dapatkan duit sendiri. Betul tak?

Sebenarnya macam-macam kerja boleh dibuat oleh suri rumah sepenuh masa untuk dapatkan duit sebagai tambahan pendapatan suami bagi menyara keluarga.

Sambil jaga anak, sambil buat duit. Tidaklah terlalu bergantung sangat kepada suami. Beban suami mencari nafkah boleh dikurangkan.

Jadi apa cara terbaik yang boleh dibuat oleh suri rumah sepenuh masa untuk mencari duit tambahan bagi membantu pendapatan keluarga?

Buat pastry, kek dan roti di rumah kemudian jual kepada mereka yang suka produk ini tapi tidak berkesempatan membuatnya.

Inilah bisnes bakeri dari rumah yang menjadi cara terbaik bagi suri rumah menjana pendapatan.

Bukan tidak bersyukur dengan belanja yang diberikan suami. Tetapi bila isteri dapat berganding bahu menambah pendapatan keluarga, kebaikannya akan dapat dinikmati seisi keluarga. Kehidupan akan menjadi lebih baik.

[+] PANDUAN LENGKAP BISNES BAKERI DARI RUMAH

Ini beberapa perkara yang boleh difikirkan oleh suri rumah, kenapa bisnes bakeri ini sesuai dilakukan di rumah:

1 – Kos Mula Kecil

Hanya gunakan peralatan sedia ada di rumah. Yang perlu difikirkan hanya kos bahan mentah atau mungkin tambahan kos membeli oven jika masih tiada oven di rumah.

Buat secara kecilan, jadi tiada kos pekerja. Buat di dapur rumah, jadi tiada kos sewa kedai. Gunakan ruang dapur yang ada, jadi tidak perlu nak besarkan ruang dapur dan sebagainya. Mulakan dengan apa yang ada.

2 – Promosikan Produk Cara Online

Sudah tentu kita ada kemudahan online. Jadi ambil gambar produk dan tetapkan harga. Promosikan di wall Facebook kita, promosikan di grup Whatsapp juga Instragram. Tetapkan kawasan sasaran. Jika mereka suka, mereka akan order.

3 – Orang Tempah Baru Buat

Ini kelebihan bisnes bakeri dari rumah! Tidak perlu buat banyak-banyak, kemudian menunggu orang datang beli seperti bila kita buka kedai.

Bila mulakan bisnes bakeri di rumah, kita hanya perlu buat pastry, kek dan roti selepas mendapat tempahan dan bayaran sahaja. Jadi tiada risiko, produk tidak laku.

4 – Urusan Rumahtangga Tetap Terjaga

Kerja rumah tangga masih boleh diteruskan seperti biasa. Keperluan suami dapat diuruskan dan anak-anak dapat dipantau. Inilah faedah buat bisnes dari rumah.

Suami pasti lega perasaannya kerana dia mungkin takut keperluan dirinya dan urusan anak-anak terabai bila isteri sibuk berniaga di luar.

Keluar hanya untuk menghantar pesanan. Suami pun boleh tolong hantarkan ketika dia cuti. Atau bagi sedikit diskaun untuk mereka yang datang sendiri ke rumah untuk mengambil pesanan mereka.

5 – Permintaan Produk Bakeri Tinggi

Cupcake, muffin, aneka tart, coklat leleh, kek lapis dan produk bakeri lain memang dicari-cari orang.

bisnes bakeri dari rumah

Produk bakeri ini dicari untuk jamuan minum petang, majlis keraian, majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis korporat, hari keluarga dan sebagainya.

Permintaan tinggi terutama setiap hujung minggu terutama bila masuk musim perayaan dan cuti sekolah.

Bila cukup dikenali, pasti tidak cukup tangan untuk membuatnya. Malah mungkin sebahagian pesanan terpaksa ditolak.

Gunakan kemahiran memasak untuk buat duit. Jangan risau jika tidak pandai memasarkan produk yang dibuat. Ada pandaun lengkap yang boleh diikuti.

Untuk panduan yang lengkap memulakan bisnes bakeri dari rumah ini, klik gambar di bawah:

ebook panduan mulakan bisnes bakery dari rumah

 

 

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge