6 Cara Minum Air

Minum air pun ada cara dan tekniknya? Tentulah kerana air yang saya maksudkan di sini ialah air kosong. Minum air kosong memang tidak menyelerakan dan memboringkan bagi sesetengah orang. Tetapi umum mengetahui air penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Kita perlu minum.

Tubuh kita terdiri dari 60% air. Bila air yang masuk ke dalam badan kita kurang berbanding dengan air yang keluar dari badan (melalui kencing dan peluh), kita boleh mengalami masalah kesihatan akibat dehidrasi. Badan tidak dapat berfungsi dengan betul kerana kekurangan air.

Bayangkan engsel pintu yang kering? Payah bila kita nak buka pintu. Pintu berbunyi keriuk macam ada hantu nak masuk dalam rumah (dalam cerita seram, pintu pasti berbunyi bila dibuka atau terbuka sendiri). Begitulah otot badan kita. Pergerakan kita akan bermasalah bila otot kering kerana kurang air. Dan toksin dalam badan tidak dapat dikeluarkan kerana air kurang untuk membuangkan. Macam pinggan mangkuk kotor yang dibasuh dengan air yang kurang, ia tidak bersih!

Minum air secukupnya untuk membantu badan berfungsi dengan betul. 8 gelas air cukup untuk sehari kecuali jika kita seorang yang aktif yang mengeluarkan banyak peluh, perlukan lebih air lagi. Dan amat jelas supaya tidak terlalu berlebih-lebihan pula minum air. Air sungai penuh yang mengalir tenang memang memberi banyak kebaikan, tapi bila air melimpah ruah? Tidak ada sesiapa pun yang sukakan banjir!

Malangnya, tidak mudah untuk minum air kosong yang cukup setiap hari. Kita sering bosan! Kita lebih mengidamkan air manis atau air bergas. 6 cara di bawah ini boleh membantu kita untuk konsisten minum air kosong.

1# Tambah buah-buah segar.

Cuba masukkan setitik dua perahan lemon atau limau nipis atau limau kasturi dalam air kosong. Tidak perlu banyak sangat nanti mahu tambah gula pula. Atau ricih halus-halus timun, kisar pun boleh dan tambah dalam air kosong. Orang selalu buat air kisaran timun yang manis. Bagus cara ini tapi manis sangat itu yang memberi masalah.

Begitu juga buah-buah lain seperti kurma, kismis dan sebagainya. Buah yang manis ini tidak perlu tambah gula.

2# Mudahkan.

Agak menyusahkan bila setiap kali mahu minum air kita terpaksa ke dapur. Kerana itu kita ambil selang masa yang lama untuk minum air. Kita patut sediakan cara mudah untuk kita dapat selalu minum air, antaranya;

Letakkan banyak botol berisi air kosong di dalam peti ais. Kalau anda atau ahli keluarga membuka peti ais untuk mendapatkan minuman dan dalam peti ais itu ada 3 botol minuman gas dan sebotol sahaja air kosong, agaknya botol air mana kita akan ambil?

Dapatkan satu penapis air atau penulen air yang boleh dipasang di sinki. Ketika sibuk memasak atau membasuh, kita boleh terus minum tanpa perlu memasaknya. Letakkan botol atau jag berisi air di dalam bilik tidur, ruang tamu atau di mana sahaja dalam bahagian rumah. Jadi kita boleh terus minum tanpa perlu pergi ke dapur. Dan pastikan ada botol berisi air dalam kenderaan anda.

3# Minum sedikit tapi berterusan

Adalah berbahaya untuk minum air yang banyak sekaligus. Pokok hiasan dalam pasu boleh mati kalau kita curah air sebaldi dengan alasan tidak ada masa untuk siram banyak kali.

Kalau otot boleh mengalami kegagalan berfungsi kerana kekurangan air, ia juga boleh mengalami kegagalan berfungsi kalau ‘disiram’ terlalu banyak air sekaligus. 8 gelas air yang patut diminum sehari bukan untuk diminum sekaligus!

 Rahsia Menyembuhkan Sakit Dengan Segelas Air Kosong

Cara yang baik ialah minum segelas untuk setiap 1 jam atau setiap 2 jam bergantung betapa aktifnya badan kita mengeluarkan peluh.

4# Sediakan bajet bulanan untuk air

Setiap keluarga ada sediakan bajet tertentu untuk kegunaan bulanan, contohnya bajet dapur. Mungkin patut peruntukkan sedikit bajet untuk air mineral. Bila dahaga sewaktu di luar rumah kita akan mendapatkan sebotol air mineral dari kedai.

Sebotol kecil mungkin harganya RM1 dan botol besar RM2. Kalau di kedai ternama harganya mahal lagi. Sekali beli tidak akan terasa kosnya, tetapi kosnya tentu mengejutkan bila kerap kali kita membeli di kedai. Bila ada bajet untuk beli sekotak di pemborong kita mungkin dapat sebotol kecil Cuma RM0.50 sahaja.

Sesetengah orang tidak ada kesempatan, mungkin kerana ‘kelam kabut’ untuk mengisi air dalam botol dan membawanya ke luar rumah. Dengan meletakkan sekotak air di tempat tertentu, kita mudah mengambil semasa keluar rumah.

5# Minum air sebelum makan

Minum segelas air 30 minit sebelum makan amat baik untuk kesihatan. Pertama, Ia boleh mengurangkan pengambilan kalori semasa makan. Kedua, ia membantu mengelak makan berlebihan. Akan tetapi jangan minum lebih dari segelas air.

Rahsia Kesembuhan Dengan Hanya Segelas Air6# Makan buah yang banyak air

Salah satu cara untuk membanyakkan pengambilan air adalah dengan mengambi lebih banyak buah dan sayuran yang kaya dengan air. Seperti, tembikai, timun, tomato, jambu air dan sebagainya. Boleh dimakan mentah atau dijadikan salad.

Makan banyak buah dan sayur banyak air ini lebih baik kepada mereka yang ‘tiada selera’ untuk minum air kosong daripada minum banyak air manis dan bergas. Dengan cara ini, kita akan meningkatkan pengambilan air dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Air adalah sebahagian komponen utama badan. Ia membantu membuat kita terhidrat dan juga sihat. Tanyakan pada diri sendiri…”adakah saya minum air yang cukup setiap hari?”

Apa yang anda lakukan untuk meningkatkan pengambilan air pada setiap hari? Berkongsi tips anda di bawah untuk kebaikan bersama.

Share

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge