7 Cara Tingkatkan Jumlah Pengambilan Air Untuk Tubuh

Tubuh manusia terdiri daripada 60% air. Jadi penting untuk memastikan 60 peratus air itu kekal dalam tubuh. Tidak berkurang.

Bila air yang kita minum untuk tubuh itu kurang berbanding air yang keluar, kita boleh mengalami dehidrasi. Minum air yang secukupnya setiap hari untuk memastikan badan kita berfungsi dengan betul.

Air membolehkan toksin dalam badan disingkirkan dan membantu otot-otot badan mendapat tenaga yang diperlukan. Seperti pokok yang kekal tegak walau tiada air, tetapi ia tegak layu.

Malangnya, tidak ramai yang mudah minum air secukupnya setiap air. Kita bosan dengan air putih kosong dan mengidamkan air berkarbonat atau air bergula yang sejuk.

Semak 7 perkara ini yang membolehkan kita berminat dan suka mengambil air dalam jumlah yang cukup setiap hari.

1# Tambah buah-buah segar

Memang membosankan bila hanya minum air putih kosong sahaja. Jadi mengapa tidak perisakan ia? Tambah buah yang anda suka makan dalam air kosong.

Rasulullah saw suka minum air rendaman kurma atau kismis. Ia direndam semalaman. Tapi jangan rendam lama sangat, dikhuatiri akan menjadi air masam seperti tuak atau arak yang haram diminum.

Usah dikisar buah ini. Kita tidak mahu ia menjadi jus buah. Cukup buah ini sekadar dihiris halus. Jangan tambah gula. Kita hanya mahu air kosong yang diperisakan sahaja.

Boleh tambah hirisan lemon, timun, isi limau bali dan buah lain yang anda suka.

2# Jadikan air mudah dilihat dan mudah diambil

Jika dalam peti ais anda ada 5 botol coke manis dan hanya ada 1 botol air mineral, botol manakah yang anda akan capai bila kehausan? Jawab sendiri.

Jadi penting untuk meletakkan sesuatu yang berkaitan dengan air ‘di hadapan’ mata di dalam rumah. Supaya secara automatik kita akan mengambil air itu bila mahu minum. Jadikan ia mudah dicapai.

Letak lebih botol air kosong dalam peti ais, bukan air manis. Beli system penulen air dan beberapa botol kosong.  Penuhkan botol ini dengan air yang ditapis, jadi bila keluar rumah, hanya capai botol ini.

3# Jangan minum banyak sekaligus

Disarankan untuk minum 8 gelas air sehari. Jangan pula 8 gelas ini diminum sekaligus! Bukan begitu cara mengambil air untuk tubuh. Ia boleh merosakkan system tubuh. Kita minum untuk sihat, tapi bahaya minum sekaligus!

Mungkin boleh amalkan seteguk air untuk setiap jam. Ikut kesesuaian anda. Jangan tunggu hingga dahaga, baru mahu minum.

4# Guna botol air yang boleh diisi semula

Kembali pada tip no.2 tadi.

Jika tidak suka asyik kembali ke dapur atau buka peti sejuk untuk minum, cuba lakukan perkara berikut. Isi air dalam beberapa botol atau bekas minum dan letak di beberapa tempat dalam rumah. Di ruang tamu, dalam bilik tidur, bilik bacaan dan sebagainya di beberapa tempat.

Anda akan mempunyai peluang untuk minum air lebih kerap daripada biasa.

air putih kosong

5# Bekalan air yang tersedia

Sekali lagi kembali pada tip no.2 tadi.

Bila ada botol-botol air yang sudah disediakan di beberapa tempat dalam rumah. Ia bukan sahaja memudahkan kita minum tanpa perlu ke dapur. Ia juga memudahkan kita untuk membawa air bila mahu keluar rumah.

Hanya ambil botol yang sedia ada air dan letakkan dalam bag!

6# Minum sebelum makan

Minum segelas air putih kosong 30 minit sebelum makan. Cara ini memberikan kesan positif kepada kesihatan.

Pertama, ia mengurangkan pengambilan kalori. Kedua, membantu mengelakkan makan berlebihan. Tapi tidak perlu minum berlebihan sangat sebelum makan. Terlalu banyak air yang diminum sebelum makan, tidak baik untuk kesihatan.

7# Makan buah yang mengandungi banyak air

Satu cara mudah meningkatka pengambilan air seharian untuk tubuh adalah dengan mengambil lebih banyak makanan atau buah yang kaya dengan air.

Buah dan sayuran seperti tembikai, timun, tomato dan sebagainya. Ia bukan sahaja meningkatkan pengambilan air, juga kesihatan meningkat secara keseluruhan melalui mineral dan vitamin daripada makanan dan buah tersebut.

Air adalah sebahagian utama struktur badan manusia. ia membantu kita sihat dan juga boleh membuatkan kita sakit.

Adakah anda minum air yang cukup setiap hari? Apa yang anda lakukan untuk meningkatkan pengambilan air anda? Kongsi tip atau cara ada di ruang komen.

Share

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge