7 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Secara Sambilan Untuk Menambah Pendapatan

Perkongsian ini untuk memberikan kalian beberapa idea bisnes yang boleh dilakukan dari rumah. Bisnes ini boleh dilakukan secara sambilan sahaja.

Siang kalian bekerja dengan kerja sekarang ini. Jadi pada malam hari, kalian boleh tumpukan hanya satu dua jam untuk bisnes ini.

Suri rumah sepenuh masa boleh luangkan masa lebih sikit untuk bisnes ini.

Bantu-bantu suami menambah pendapatan. Bukan apa yang diberikan suami itu tidak cukup, tapi bila isteri turut membantu pendapatan keluarga, kehidupan akan menjadi lebih baik.

Perkongsian ini panjang sedikit. Apa pun perhatikan senarai yang saya kongsikan di bawah. Pilih mana yang sesuai untuk kalian dan bertindaklah segera.

1# Jadi Ejen Affiliate

Kalian boleh menambah pendapatan dengan menjadi ajen affiliate. Kalian tidak perlu pening mencari produk untuk dijual, tidak perlu simpan stok, tidak perlu membuat penghantaran dan tidak perlu pening-pening melayan pelanggan.

Boleh pilih sama ada affliliate digital atau affiliate fizikal. Komisen  affiliate digital lazimnya lebih tinggi berbanding affiliate fizikal.

Affiliate digital seperti ebook, software, video dan sebagainya selalunya memberikan komisen melebihi 50% sehingga 70% daripada harga jualan.

Sementara komisen affiliate fizikal seperti tudung, buku bercetak, dan sebagainya hanya sekitar 6% hingga 12% sahaja.

Semua urusan bisnes akan dilakukan oleh pemilik produk. Pembeli akan membayar kepada pemilik produk dan pemilik produk akan menguruskan penghantaran, layanan dan khidmat susulan kepada pelanggan

Kalian hanya promosikan link affiliate yang mempunyai kod. Bila ada yang membeli melalui link ini, kalian akan mendapat komisen.

[+] KOLEKSI PRODUK BOLEH JUAL SEBAGAI AJEN AFFILIATE

2# Jadi Ejen Dropship

Bisnes dengan konsep dropship selalunya melibatkan produk fizikal sahaja. Jarang produk digital dijual dengan kaedah dropship.

Jika kalian suka menjual produk fizikal, inilah cara terbaik bagi memulakan bisnes di rumah.

Cuma kalian kena buat kerja lebih sikit dan kena sediakan modal sedikit. Kalian hanya tidak perlu simpan stok dan tidak perlu buat penghantaran stok. Tapi yang lainya kalian kena uruskan.

Pembeli akan membayar harga jualan kepada kalian. Kemudian kalian membayar kepada pemilik produk dengan harga borong, jadi untungnya kalian ambil siap-siap. Berikan alamat pembeli kepada pemilik produk. Kerja selebihnya iaitu membungkus dan mengepos produk akan dilakukan oleh pemilik produk.

Jika kalian menjual melalui platform online seperti Shopee dan lazada, duit kalian akan ‘ditahan’ sementara. Jadi kalian kena keluarkan modal dulu untuk membayar kepada pemilik produk. Setelah produk sampai kepada pembeli, baru kalian akan dapat duit daripada Shopee atau Lazada.

cara daftar akaun shopee

Kiranya kalian ingin belajar macam mana cara hendak berniaga atau buat bisnes shopee secara dropship, boleh rujuk ( klik >) PANDUAN LENGKAP BISNES SHOPEE, atau klik banner di bawah:

3# Buat Servis Penulisan

Kalau kalian ada skill penulisan yang baik dan bagus, kalian boleh cuba menawarkan servis penulisan artikel.

Pemilik bisnes yang ada web sendiri atau blog, kadang-kadang tidak sempat menghasilkan tulisan atau konten terkini dalam laman web atau blog mereka. Mereka mencari orang yang boleh menghasilkan tulisan ini.

Kalau kalian ingin membuat servis ini, (klik >) PANDUAN BUAT DUIT DENGAN MENULIS ini boleh membantu kalian bagaimana untuk bermula.

4# Jual Tudung Online

Kalian boleh memulakan bisnes tudung tanpa perlu membuka kedai atau kios. Cukup menjual dari rumah sahaja.

Ramai yang suka menjual tudung kerana antaranya: kos tudung yang tidak mahal, boleh buat jualan ulangan kerana wanita lebih kerap menukar tudung berbanding baju dan tudung mudah untuk pos kerana tudung tidak berat.

Sudah terbukti ramai berjaya buat bisnes tudung dari rumah ini. Seorang darinya ada mengeluarkan panduan, (klik >) RAHSIA BISNES TUDUNG DARI RUMAH untuk membantu usahawan yang lain. Bukan sedikit untung yang dapat dengan menjual tudung dari rumah, RM15,000 sebulan! (Klik gambar di bawah)

cara buat bisnes tudung dari rumah

5# Buat Duit Dengan Kemahiran Memasak

Jangan sia-siakan bakat memasak yang ada, terutama jika pandai membuat produk bakeri seperti kek, muffin, pastry dan sebagainya.

Jika membuka kedai bakeri di luar, banyak kos perlu dikeluarkan dengan pelbagai alatan yang mesti disediakan, terutama kos sewa. Dan risiko yang perlu ditanggung terutama bila produk tidak laku.

Tidak begitu bila buat bisnes bakeri dari rumah. Gunakan alatan rumah sedia ada. Mungkin yang patut dibeli hanyalah oven sahaja jika masih tiada di rumah. Produk pula hanya dibuat bila ada tempahan. Jadi tiada risiko tidak laku.

ebook panduan mulakan bisnes bakery dari rumah

Kalian boleh dapatkan (klik >) PANDUAN MEMULAKAN BISNES BAKERI DARI RUMAH kalau mahu mengatur kerja lebih tersusun untuk buat duit melalui bisnes bakeri dari rumah ini.

6# Beri Tuisyen Di Rumah Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Macam bisnes bakeri juga, kalian tidak perlu menyewa ruang untuk membuat kelas tuisyen. Cukup adakan di rumah sahaja. Sediakan satu bilik khusus di rumah kalau ada, atau cukup satu sudut di ruang tamu.

Kalian boleh membuatnya setiap minggu untuk subjek yang kalian mahir atau mungkin beberapa ketika sebelum musim peperiksan.

7# Buat Sewaan Bilik

Sekarang ini ramai orang mendapatkan rumah kedua untuk dijadikan homestay. Mereka lebih suka buat homestay berbanding sewaan tetap, kerana bisnes homestay boleh memberikan lebih duit berbanding sewaan tetap bulanan.

Kalian yang tidak ada rumah kedua pun boleh buat duit dengan menyewa bilik kosong di rumah kalian. Cukup untuk disewakan beberapa hari sahaja seperti di hujung minggu. Atau mungkin hanya semalaman sahaja.

Ada orang yang ingin pergi kenduri di satu-satu tempat hanya memerlukan satu bilik untuk tidur semalam sahaja dengan kadar yang murah sedikit berbanding bilik hotel. Mereka tidak perlukan rumah besar. Kalian boleh mengambil kesempatan ini.

Lebih-lebih lagi bila tempat kalian tinggal dekat dengan tempat pelancongan yang dikunjungi ramai. Ada pelancongan berseorangan atau pasangan berdua yang hanya memerlukan bilik.

Walaupun (klik >) PANDUAN BISNES HOMESTAY ini untuk rumah homestay, mungkin beberapa idea kalian boleh gunakan untuk sewaan bilik di rumah.

Ini sedikit sebanyak perkongsian idea bisnes dari rumah. Dapatlah memberi idea untuk kalian jika mahu memulakan bisnes dari rumah.

Insya-Allah kalian akan beroleh kejayaan.

 

2 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Banyak rupanya cara boleh tambah pendapatan hanya dari rumah. Kalau pandai memasak, boleh koloborasi dengan syarikat penghantaran. Dengan COVID dan bulan puasa sekarang ni, permintaan home delivery memang meningkat.

    Dapat tampung kos perbelanjaan bulanan rumah pun sudah dikira bagus.
    Zaini recently posted..9 Tips Pasangan Baru Berkahwin Ingin Membeli RumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge