7 Sebab Kenapa Bagusnya Air Kelapa Muda

Rasa air kelapa muda sangat sedap. Rasa yang tersendiri. Ada yang suka minum begitu sahaja. Sebahagiannya suka menambah gula. Bersama ais atau tanpa ais sama sahaja enaknya. Ada yang suka dikisar bersama ais.

Betapa sukanya orang akan kelapa muda melalui tanda lakunya jualan air kelapa pada bulan puasa. Hari-hari biasa juga begitu. Di pasar Chow Kit ada sebuah gerai menjual minuman termasuk kelapa muda. Gerainya berdepan dengan Hotel Regency.

khasiat air kelapa

Stok kelapa mudanya menggunung! Tidak sampai seminggu stoknya habis.

Selain menikmati rasa enak air kelapa muda atau untuk menghilangkan dahaga, air kelapa muda juga sebenarnya mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan.

Mungkin bila kita tahu khasiat air kelapa muda ini, kita akan selalu meminumnya.

1# Kandungan lemak yang rendah. Lemak dikaitkan dengan penambahan berat badan jadi tidak usah takut minum air kelapa banyak sikit kerana kandungan lemaknyanya rendah. Kita tidak akan gemuk dengan meminum air kelapa.

Cuma kurangkan penggunaan santan kerana air santan kelapa banyak lemak.

2# Lebih bagus daripada air isotonic. Air kelapa mengandungi 5 elektrolit penting yang ada dalam tubuh manusia. Bahan kandungan asli yang alami bukan bahan industry. Seperti kalsium, magnesium, sodium, potassium dan fosfor.

Kadang-kadang ada ahli sukan yang tidak boleh minum air isotonic seperti 100 Plus. Disebabkan komposisi bahan atau jumlah kandungan bahan yang tidak serasi antara satu sama lain. Akan tetapi komposisi 5 elektrolit dalam air kelapa adalah ciptaan tuhan! Jadi individu yang mempunyai tahap kesihatan yang berbeza boleh minum air kelapa.

3# Air kelapa mengandungi serat yang tinggi jadi ia membantu sesiapa yang ada masalah dengan system pencernaan. Kalau ada masalah sembelit, cuba-cuba minum air kelapa.

4# Walaupun tiada pengesahan sah daripada doktor, ramai yang berkata dengan meminum air kelapa, dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5# Selepas senamam, tubuh akan kehilangan mineral melalui peluh. Minum air kosong tidak cukup untuk menampung jumlah mineral yang hilang. Begitu juga dengan minuman tenaga yang rendah mineral tapi hanya banyak gula.

Air kelapa mempunyai mineral yang banyak sedangkan kandungan gulanya sedikit. Kecualilah jika anda menambah gula semasa meminumnya.

6# Sifat air kelapa sama dengan plasma darah manusia. Di negara-negara miskin, air kelapa dimanfaatkan untuk menyelamatkan nyawa manusia. Dalam keadaan darurat, air kelapa boleh digunakan sebagai penganti plasma.

7# Air kelapa boleh membersihkan kulit dari dalam jika kerap meminumnya. Air kelapa juga melembabkan kulit. Sebab itu banyak produk kosmetik yang mengandungi ekstrak air kelapa.

Permintaan yang banyak dan berterusan membuatkan kelapa muda semakin mahal harganya. Harga paling murah sekarang ini adalah RM3. Tidak tahulah jika ada yang paling murah daripada itu.

Duduk di Kuala Lumpur ini susah sedikit untuk selalu meminum air kelapa muda. Kerana mahalnya. Sekali sekala bolehlah.

Duduk di kampung tidak ada masalah untuk selalu meminumnya. Bekalan banyak. Cuma masalahnya kalau pokok kelapa sudah banyak ditebang untuk mendapatkan umbut kelapa buat masak gulai kenduri kendara.

Share

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge