Ekonomi sekarang ini tidak menentu. Seperti yang dipercayai ramai, sekarang ini ekonomi sedang gawat. Bila ekonomi gawat selalunya kebanyakan orang akan turut mengalami apa yang dikatakan … poket gawat!
Poket gawat menjadi bertambah gawat bila dibebani dengan hutang sekeliling pinggang
Bila hidup dibebani hutang, ditambah dengan poket yang sentiasa gawat, sesiapa pun patut mendapatkan bantuan pakar perancangan kewangan bagi menguruskan kewangan bulanan mereka.
Adalah baik jika kita mengetahui tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai perancangan kewangan yang baik, bagi mengelak diri sentiasa mengalami krisis poket gawat.
Jika kita mempunyai 7 tanda di bawah, kita perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menguruskan kewangan bulanan kita.
===
1# Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung soal wang.
Bila asyik bergaduh dengan pasangan hidup mengenai soal perbelanjaan bulanan, itu satu tanda yang kita menghadapi kesulitan kewangan. Jika tidak ditangani dengan bijak, ia mungkin membawa kepada masalah yang berat. Penceraian!
#Isteri yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Bantulah suami dengan menambah pendapatan keluarga tanpa perlu bekerja di luar. KLIK DI SINI dan ketahui bagaimana cara menambah pendapatan hanya dari rumah.
===
2# Nisbah hutang tinggi berbanding pendapatan.
Peraturan wajib yang perlu diikuti bila berhutang adalah kita perlu menanggung hutang hanya kira-kira 1/3 daripada pendapatan bersih bulanan. Gaji bersih selepas ditolak apa-apa yang ‘wajib’ ditolak seperti KWSP, cukai, perkeso dan sebagainya.
Jika gaji bersih sebulan adalah RM3000, nilai hutang bulanan sepatutnya hanya RM1000. Jika gaji bersih sebulan hanya RM1000, nilai hutang bulanan patut hanyalah RM333.
Sekiranya nilai hutang melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan, sememangnya kita berada dalam situasi poket gawat!
===
3# Menggunakan had kad kredit ke tahap maksimum.
Fungsi sebenar Kad kredit adalah untuk memudahkan urusniaga tanpa menggunakan wang tunai. Tapi hakikat sebenarnya pengguna menggunakan kad ini untuk memudahkan berhutang!
Bila had kredit digunakan sepenuhnya untuk berhutang, biasanya ramai akan memohon kad kedua, ketiga dan seterusnya.
===
4# Sekadar membayar had minimum kad kredit.
Had kredit yang diguna sampai ke tahap maksimum tapi bayaran yang dibuat hanyalah pada had minimum. Bukan setakat had selebihnya yang ditanggung sebagai hutang, malah terpaksa menanggung caj faedah.
===
5# Bertanguh dan selalu lewat bayar bil.
Selalu membayar bil bulanan pada saat-saat akhir dan selalu juga melepasi bulan berikutnya. Membayar bil lewat akan dikenakan caj penalty dan sebagainya. Ini akan menambah lagi beban kewangan.
===
6# Banyak berhutang dengan keluarga dan rakan.
Sanggup menebal muka meminjam dari rakan dan keluarga untuk membeli sesuatu barang. Selalu berjanji akan membayar dalam waktu terdekat. Sudahnya asyik minta tangguh.
===
7# Tidur malam tidak lena.
Tanyakan pada diri sendiri. Bila anda tidak dapat tidur malam atau tidak nyenyak tidur, apakah kerana terganggu memikirkan hutang-hutang di sekeliling pinggang atau sebab apa?
Bila tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan hal-hal kewangan. Juga bila mempunyai 6 tanda yang lain, maka sudah sampai saatnya untuk kita berjumpa kaunselor kewangan yang diiktiraf.
Mungkin kita tidak mampu membayar khidmat kaunselor berkenaan. Jangan bimbang ada perkhidmatan percuma yang diberikan oleh AKPK-Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.
Pilihan terletak di tangan kita, sama ada mahu kekal terbelenggu dalam masalah kewangan atau dapatkan pertolongan!
===
Terima kasih di atas perkongsian info… untuk menangani masalah poket gawat ada dua cara…
1. Tambah pendapatan
2. Kurangkan berbelanja
Kena pilih salah satu, atau lakukan kedua2nya sekali.
anuar recently posted..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Tambahkan satu lagi…pengurusan kewangan yang betul..
Memang kena ada pelan kewangan yang baik untuk menguruskan kegawatan poket ni…
Noriza Rahman recently posted..Makanan Terbaik Untuk Tingkatkan Kecerdasan Otak
Yang bagus pelan itu dirangka oleh mereka yang pakar…..
Bab kewangan memang terkadang buat susah hati.. tapi.. kalo diberkati rezeki.. InsyaAllah.. terkadang nilai kecil pun cukup sebelum gaji yang seterusnya.. hehe..
Tapi masih kena usaha untuk merancang kewangan.. yang hakikatnya terfikir nak wat, tapi.. tindakan.. hmmmmm.. haha..
Aretikz recently posted..4 Sikap Muslim Malaysia Di Media Sosial Yang Menjauhkan Non-Muslim Dari Islam
Kalau dirancang bukan sekadar cukup, malah InShaAllah berlebih walau pendapatan kecil…
kena bijak rancang kewangan untuk mengelakkan poket gawat.
musadun recently posted..Tonton Video Gegar Vaganza 2 minggu ke-6
Juga untuk mengelakkan hidup gawat…
kalau sudah tak ada wang satu masalah itu buat gaduh cerai bagai..bahaya kalau tak ada wang dan simpanan betul..betul masa hadapan
suri recently posted..3 Resepi Cara Buat Donut Big Big Apple Montok!
Memang ramai pasangan gaduh cerai kerana masalah kewangan. Kalau gaduh kemudian cari jalan penyelesaian..tidak apalah juga…
Ekonomi malaysia sekarang dah kritikal..poket rakyat pun semakin susut tambah2 lagi lepas ada gst.. huhu
Media Sensasi recently posted..Lelaki Ini Ceritakan Detik Cemas Kerana Lakukan Kesalahan Pada Sultan Johor
Tapi orang atas tidak mengaku yang ekonomi sedang gawat…..pada mereka biasa-biasa sahaja.
hutang dan keperluan bulanan memang nak kena bayar .. tapi nak kena pandai manage..
zik recently posted..Keputusan penuh perlawanan piala malaysia suku akhir pertama 24.11.2015
Hendak tak hendak, memang kena bayar…
itulah.
tak mau la poket gawat-gawat nih..
ohcikgu recently posted..Pelajar bunuh diri sebab tertekan dengan Exam Matematik Tambahan?
Tidak ada siapa yang mahu….
tidak boleh tidak mesti dapatkan juga pendapatan sampingan..sekarang menjadki satu trend baru
mrhanafi recently posted..Kebaikan Magic Sim Yang Terbongkar
Mmg boleh menjadikan hubungan kekeluargaan bertambah teruk jika poket gawat nie..
Hairul Hissam recently posted..7 Keburukan Beli Rumah Depan Sekolah & Testimonial Kek Span Pakej Hairul Menjadi Betul
kena cepat-cepat cari penyelesaian
Raihanah Ahmad recently posted..Kini Anda Juga Boleh Cantik
harini semua orang kena celik kewangan. alhamdulillah tengok banyak sifu sifu financial tampil ke depan untuk rawat masalah ‘kesihatan’ rakyat malaysia harini
Uncle Zuan recently posted..B-Hotel Penang, Hotel Bajet Yang Mudah Di Akses
aku senang jea
semua aku claim
tak gawat sangat pun
ehehe
topijerami recently posted..Promosi Unifi 2015 30 MBPS dan 50 MBPS
memang tak best bila gawat-gawat poket waktu macam nih.
titan recently posted..Pengalaman guna UNIFI 30Mbps selama 2 jam.
Memang pening kalau poket gawat nih. Semua kerja buat tak menjadi
Panduan Malaysia recently posted..Senarai Kolej Di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)