8 Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Berat Tapi Tetap Diminati Ramai

 

Seorang yang ingin menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), perlulah tahu peranan dan bidang tugas PTD sebelum memohon jawatan PTD

Sejujurnya, bukan mudah untuk disahkan jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik walau nama sudah tersenarai sebagai calon.

Setiap calon perlu melepasi beberapa peringkat ujian terlebih dahulu sebelum layak menjadi PTD. Salah satunya peperiksaan online PTD.

Jika ada pengambilan pada tahun itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  (SPA), setiap calon terpaksa bersaing dengan beribu calon lain bagi mengisi jawatan PTD yang kekosongan.

Kenapa jawatan PTD ini menjadi rebutan walau setiap calon terpaksa bersaing dengan ribuan calon lain?

KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia yang menjadi buruan graduan baru.

Sebabnya kerana beberapa faktor berikut yang menjadikan kerjaya PTD ini menarik. Antaranya;

1# Kenaikan pangkat bagi mereka yang bagus prestasinya dalam kalangan PTD lebih cepat berbanding jawatan Perkhidmatan Awam yang lain.

2# Gaji PTD juga lebih tinggi termasuk gaji minima jika dibandingkan dengan jawatan lain.

3# Jika bercita-cita untuk sampai ke puncak dalam Perkhidmatan Awam, contohnya mahu menjadi Ketua Pengarah satu-satu agensi kerajaan, maka PTD adalah laluan yang tepat.

Selain daripada 3 itu, antara kelebihan menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik ialah memperoleh manfaat seperti yang diberi kepada penjawat awam lain (dengan sedikit kelebihan berbanding yang lain);

  • Elaun perumahan.
  • Cost of living allowance (COLA).
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka).
  • Menikmati kenaikan gaji setiap tahun.
  • Kemudahan pinjaman untuk membeli komputer dan kenderaan.
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan.
  • Cuti bersalin.
  • Boleh membuat pinjaman perumahan.
  • Caruman KWSP atau pencen.
  • Bersara pada umur 58 tahun.
  • Peluang kenaikan pangkat.
  • Peluang melanjutkan pelajaran.
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa.
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga.

Mereka yang bercita-cita mahu mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik tidak sewajarnya hanya memikirkan gaji dan kemudahan yang akan didapati. Juga patut memikirkan keupayaan diri untuk memikul tugas sebagai PTD.

TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)

Berikut adalah 8 bidang tugas utama sebagai PTD. Antaranya:

  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
  2. Pengurusan Kewangan,
  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
  4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial / Infrastruktur,
  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/ Tempatan
  7. Pengurusan Ekonomi dan
  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Calon PTD wajib memahami dan mengkaji bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Seeloknya dihafal. Mana tahu, di dalam peperiksaan nanti terselit 2-3 soalan berkenaan bidang tugas ini.

PROSES PENGAMBILAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Calon yang lulus peperiksaan bertulis PTD akan menghadiri sesi Panggilan Assessment Center (PAC), panggilan untuk menguji keupayaan fizikal dan mental. Sebagai tapisan siapa yang benar-benar layak untuk dilantik sebagai PTD.

Dari segi fizikal, setiap calon akan dinilai ukuran berat badan, berlari dan aktiviti lain yang melibatkan penggunaan tenaga.

Dari segi mental pula, ujian berbentuk keupayaan menjawab soalan spontan, cara penyelesaian masalah dan pelbagai ujian melibatkan penggunaan akal fikiran atau tahap pengetahuan dan kecerdasan mental.

Untuk sesi ini tiada rujukan yang dapat dirujuk awal. Semuanya bergantung atas keupayaan diri sendiri. Yalah, seperti disuruh berlari! Apa perkara yang hendak dirujuk?

Namun pada 2014, sesi ini ditiadakan! Mana-mana calon yang lulus peperiksaan PTD tahun itu terus dipanggil temuduga, kemudian direkrut sebagai kadet PTD selama setahun.

Jadi fokus utama setiap calon adalah untuk lulus peperiksaan online PTD. Sesi PAC pula bergantung kepada keputusan semasa. Mungkin ada dan mungkin tiada!

RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN ONLINE PTD

Setiap kali ada panggilan untuk exam online PTD, Pihak InfoKerjaya ada mengeluarkan ebook sebagai rujukan setiap calon.

Rujukan Exam Online PTD

Setiap calon memang boleh mendapatkan buku cetakan di pasaran terbuka, seperti buku “MALAYSIA KITA – Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan”.

Buku ini walau tertulis ‘Terkini” tetapi terkini yang dimaksudkan adalah maklumat pada zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri!

Jadi ebook terkini yang dikeluarkan oleh Pihak InfoKerjaya adalah pilihan tepat.

Ebook ini sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini. Ia berbeza dengan ebook yang dikeluarkan sebelumnya. Dan telah terbukti membantu lebih 12,000 calon PTD sebelum ini.

Ebook Rujukan Peperiksaan Online PTD ini tidak dijual sepanjang masa. Ia hanya dibuka untuk jualan sekiranya exam ini akan diadakan. Dan pastinya setelah dikemaskini dengan maklumat terbaru.

Jangan lupa daftar emel anda di bawah untuk terima update terkini tentang peperiksaan online PTD.

Anda akan dimaklumkan sekiranya Peperiksaan online PTD akan diadakan. Dan bila ebook ini dibuka untuk jualan.

Daftar nama dan emel anda di bawah.


Nama Anda:

Email Anda:






Share

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge