8 Makanan Yang bagus Untuk Otak!

Berat otak hanya 2 % dari berat keseluruhan badan manusia, akan tetapi menggunakan 20 % dari tenaga metabolisma badan (sumber; Jurnal Fisiologi)

Otak dikaitkan dengan kecerdikan seseorang. Ada yang cerdik dan ada yang bodoh. Hakikat sebenarnya yang wajib diketahui ialah tidak ada sesiapa yang bodoh. Yang ada hanyalah otak yang tidak mempunyai tenaga yang secukupnya untuk berfungsi dan kecacatan otak yang kekal secara fizikal.

Bila seseorang itu payah membuat matematik. Sukar membuat keputusan. Perlu mengeja bila membaca dan seumpama yang lain sedangkan otaknya sempurna tanpa kecacatan fizikal atau penyakit. Itu bukan bermakna orang itu bodoh, hanya kerana otaknya tidak dapat ‘beroperasi’ dengan sempurna kerana tidak mempunyai tenaga yang cukup.

Seperti enjin yang perlukan minyak sebagai tenaga untuk beroperasi dan perlukan minyak jenis terbaik untuk prestasi enjin yang maksimum, begitulah juga dengan otak manusia.

Otak perlukan tenaga dari makanan kita untuk beroperasi dan perlukan jenis makanan yang sesuai dan terbaik untuk prestasi otak yang maksimum.

Selepas ini kita perlu meneliti apa yang kita makan supaya makanan itu benar-benar dapat memberi 80% tenaga pada badan dan 20% tenaga pada otak.

Mari kita lihat apa makanan yang bagus terutamanya untuk otak!

1 # Kopi

Kopi segar adalah ‘bahan bakar’ yang bagus untuk otak. Kafein dalam kopi boleh membantutkan proses penuaan dan meningkatkan keupayaan ingatan jangka pendek.

Bagaimanapun, seperti kata-kata yang sering diungkap; ‘perkara baik yang dibuat secara berlebih-lebihan selalunya akan menjadi perkara buruk’. Begitulah, minum secawan kopi pada pagi hari adalah bagus, namun minum 3-4 cawan kopi sehari amat tidak bagus untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi kopi campuran!

2 # Buah Blueberry

Kalau kopi bagus untuk ingatan jangka pendek, blueberry pula bagus untuk ingatan jangka panjang.

Bahan antioksidan dalam blueberry membantu…
– melindungi otak dari kecederaan akibat bahan-bahan radikal makanan lain.
– mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer dan Parkinson.
– meningkatkan proses keupayaan berfikir (kognitif)

3 # Ikan Salmon atau Ikan Kembung Belang.

Asid lemak Omega-3 yang terdapat dalam ikan berlemak merupakan bahan utama yang diperlukan bagi membina tisu-tisu otak. Adanya banyak tisu otak akan menguatkan keupayaan berfikir dengan pantas.

Berhati-hati dengan makanan yang mengandungi lemak tepu. Lemak tepu boleh menyumbat saluran darah dan menghalang khasiat makanan dan darah ke otak.

Salmon juga kaya dengan Niasin yang membantu menghindarkan penyakit nyanyuk.

4 # Salad Berprotein Dengan Kuah Minyak Zaitun

Buat campuran salad sayuran bersama ayam atau telur. Buatkan sos berasaskan minyak zaitun. Minyak zaitun akan melambatkan proses penghadalam protein dan karbohidrat dalam salad dan ini akan menstabilkan gula dalam darah dan menyebabkan kadar tenaga kekal pada paras tinggi.

5 # Yogurt Rendah Lemak atau Kekacang Campuran

Ini makanan yang sesuai untuk otak yang berserabut dan kacau! Yogurt rendah lemak atau kekacang dapat menenangkan fikiran.

6 # Teh Pudina

Bau pudina telah dikaji dan terbukti mampu membuatkan otak lebih fokus pada sesuatu dan menambah keupayaan otak untuk berfikir.

7 # Bayam

Selalulah makan sayur bayam yang mengandungi khasiat-khasiat yang boleh membina hormon-hormon yang boleh mendatangkan rasa gembira.

8 # Coklat Gelap

Coklat gelap juga boleh membuatkan seseorang itu rasa gembira melalui bahan kimia yang terdapat di dalam koko tersebut. Hindari coklat putih. Coklat putih tidak mengandungi pepejal koko, jadi ia bukan coklat sebenar.

Sebenarnya terdapat lebih dari 8, makanan yang boleh memberi tenaga pada otak sekaligus menyihatkannya.

Selepas ini bila kita pergi membeli belah barangan dapur, jangan lupa untuk membeli salah satu dari 8 makanan terbaik ini.

Share

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge