8 Manfaat Yang Kita Dapat Bila Selalu Makan Betik

Dahulunya ada sepohon betik di tepi bilik air rumah keluarga. Tidak ingat pula, betik ini arwah ayah tanam atau tumbuh sendiri. sebiji dua sahaja yang diambil untuk makan dan yang lainnya jatuh buruk atau buruk atas pokok. Akhirnya ia ditebang.

Dan tidak ada sesiapa pun yang mahu menanamnya semula atas tanah di sekeliling rumah. Yang ada pun, ia tumbuh sendiri daripada biji benih yang dibuang. Saya tidak kenal sesiapa pun yang menanam betik di sekeliling rumah. Selalunya ia tumbuh sendiri. Bila tumbuh, baharulah ia dijaga.

Saya sendiri pun sebenarnya sudah lama tidak makan betik. Bila melihat potongan buah yang dijual, selalunya akan ambil tembikai, mangga, jambu air atau sengkuang. Patutnya betik menjadi pilihan kerana betik punya banyak vitamin dan nutrient yang teramat bagus untuk kesihatan.

Patutnya betik menjadi makanan ringan pada bila-bila masa kerana ia buah-buahan tempatan dan harganya yang murah.

Berikut adalah 8 sebab terbaik untuk kita selalu makan betik:-

1 # Betik mengandungi chymopapin dan papain, dua enzim protein untuk proses pencernaan. Juga tinggi vitaminA, vitaminC dan karotena. Semua ini membantu melindungi kita daripada rheumatoid arthritis, iaitu sakit sakit sendi dan radang kulit, iaitu kulit merah, bengkak, sakit dan gatal.

2 # Ubat antibiotik yang diguna untuk mengawal kuman boleh menjadi bahan yang bahaya kepada badan kerana ia bukan sahaja membunuh kuman berbahaya, ia juga boleh membunuh kuman atau bakteria berfaedah yang ada dalam perut dan usus. Betik yang dijadikan jus boleh menambah kuman ‘baik’ ini. Jadi semasa atau selepas mendapat rawatan antibiotik, cuba makan banyak betik atau jusnya. Ia murah berbanding minuman kultur dalam pasaran.

3 # Orang selalu berkata…”tak lalu nak makan, tekak rasa loya”. Loya bukan datang dari tekak. Rasa loya disebab makanan dalam perut yang tidak dihadam dengan sempurna dan asid dalam perut yang tidak seimbang. Betik boleh membantu mengurangkan rasa loya atau rasa mahu muntah-muntah. Terutamanya rasa tidak selesa perut pada awal pagi. Mungkin sepotong betik boleh dijadikan menu sarapan pagi?

4 # VitaminA dan beta karotena dalam betik juga bagus untuk mata. Menghalang mata daripada merosot fungsinya. Jus betik lebih murah daripada jus berry yang juga bagus untuk penglihatan. Jadi kita ada pilihan untuk memilih berdasarkan kemampuan kewangan.

5 # Kerja yang teruk boleh mendatangkan stress kepada seseorang. Apa kata selepas teruk bekerja, akan sepotong betik. Ia bagus untuk menngawal hormone tekanan, sekaligus mengurangkan stress.

6 # Ini berita baik untuk wanita yang ada senggugut. Ia bukan sepotong betik atau sebiji betik. Ianya daun betik. Lagi berita baik ialah, rebusan pucuk betik walaupun kelat pahit tapi amat disukai oleh orang di sebelah nusantara ini. Sesiapa yang tidak menyukainya, kenalah menyukainya selepas ini.

7 # Papain, salah satu enzim dalam betik sedang dikaji sebagai mungkin dapat dijadikan ‘bahan bantu’ untuk menghilangkan kesan rawatan kanser atau kesan selepas kemoterapi seperti keguguran rambut, kesukaran menelan makanan. Ini juga bermakna makan betik dapat membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

8# Pengambilan ubat perancang kehamilan dan tabiat merokok memungkinkan seseorang itu mendapat strok atau saluran darahnya menjadi beku. Tabiat suka makan betik boleh membantu menghalang darah menjadi beku. Fibrin yang terdapat dalam betik ialah enzim yang dapat membantu mencegah darah menjadi beku. Akan tetapi antara memakan betik dan merokok, saya syorkan untuk berhenti merokok sebagai cara mengelak diri dari terkena strok.

Sebenarnya terdapat banyak manfaat kesihatan memakan betik. Antara lainya betik dapat merawat tumit kaki pecah. Lenyek betik dan sapu pada tumit yang pecah. Biarkan seketika sebelum membasuhnya dengan air suam.

Adakah anda tahu manfaat betik yang lain? Komen untuk berkongsi pendapat anda. Juga jika anda mendapati nota ini bermanfaat, apa kata kongsikannya dengan orang lain dengan klik butang share di bawah!

Share

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge