Abang Sado Jual 1,000 Kek Gedik Hanya Dari Rumah

Abang Sado mengusahakan bisnes pastry dari rumah di Kampung Tengah, Kuala Sungai, Yan Kedah selepas berhenti kerja sebagai pekerja pelantar minyak di Terengganu setahun yang lalu.

Mulanya dia dipanggil dengan panggilan kakak atau ‘sis’ oleh pelanggannnya yang menempah kek menerusi aplikasi WhatsApp kerana menyangka dia seorang wanita. Dan mereka terkejut bila menyedari dia seorang lelaki ketika menghantar tempahan pelanggan.

Ya..memang ramai wanita yang mengusahakan bisnes pastry dan kek dari rumah. Jarang ada lelaki yang menceburi bisnes ini. Padanlah kalau ramai salah sangka.

>>KLIK DI SINI UNTUK BELAJAR CARA BUAT BISNES PASTRI DARI RUMAH<<

Azrul Nizam Azali memilih nama Sado kerana nama itu menarik dan mudah melekat pada ingatan pelanggan selain dirinya memang gemar ke gymnasium. Dan kini pelanggan memanggilnya, Azrul Abang Sado.

Azrul Abang Sado mengusahakan pastry dan pelbagai jenis kek. Pada musim perayaan, tempahan kek mencecah hampir 1,000 tempahan terdiri daripada kek karamel gedik, kek lapis pandan, kek lapis masam manis, kek marble dan kek brownies.

panduan bisnes pastri dari rumah

Kek gedik diberi sempena lapisan pudding lembut yang diletakkan atas kek tersebut. Kek ini dijual dengan harga serendah RM15 hingga RM45 bergantung kepada saiz. Kek gedik ini adalah produk yang paling mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Menurut Azrul, dia belajar membuat kek di kelas berbayar selain di YouTube.

Memang sangat bijak untuk mereka yang berminat dalam bisnes kek dan pastry untuk memulakan bisnes ini bermula dari rumah.

>>DAPATKAN PANDUAN LENGKAP MULAKAN BISNES PASTRI DARI RUMAH<<

Memulakan bisnes pastry dan kek dari rumah bukan hanya boleh dimulakan oleh wanita, malah lelaki juga. Boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja yang berminat. Azrul Abang Sado telah membuktikannya.

Share

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge