Tuan Hadi Rofiee telah mencatat visi dan misi untuk blog HadiRofiee.com, mengambil pengajaran dari tulisan Tuan SmartZul tentang visi dan misi perniagaan. Blog juga perlu ada visi dan misi.
Maka saya juga mahu mencatat visi dan misi untuk blog ini yang belum mencecah usia setahun. Visi dan misi ini tidaklah tetap, ia bergantung kepada keadaan juga yang mungkin akan berubah visi dan misinya.
Saya berpendapat, visi dan misi untuk perniagaan atau untuk apa juga tidaklah kekal tanpa berubah. Saya tidak tahu kalau ada yang berpendapat visi dan misi itu mesti tetap tanpa boleh diubah.
Ini Visi dan Misi blog ahmadyani.com;
VISI;
- Menjadi satu blog umum yang sering dilawati dan bermanfaat kepada ramai pembaca.
MISI;
- Menulis paling kurang 1 artikel seminggu.
- Menulis dengan menggunakan bahasa Melayu sempurna.
- Menulis artikel yang berkualiti termasuk catatan peribadi tanpa ayat cabul.
- Hanya menulis hal-hal peribadi yang boleh mendidik pembaca.
- Mengutamakan 3 topik penulisan; motivasi, bisnes dan agama.
Apa visi dan misi blog anda? Bila anda tidak tahu apa itu visi dan misi, sila lawati blog Tuan SmartZul.
Alhamdulillah. Seronok saya apabila kita beramai-ramai menetapkan visi dan misi.
Saya setuju pendapat tuan. Visi dan misi perlu berubah mengikut peredaran masa, ataupun setelah visi dicapai, maka visi baru perlu diwujudkan.
smartzul recently posted..Perbezaan Marketing, Promotion dan Selling
Alhamdulillah. Artikel tuan banyak membantu.
Terima kasih tuan kerana pautan yang diberikan. 🙂
Didoakan semoga bersama mencapai kejayaan. Amin. 😉
Hadi Rofiee recently posted..Visi dan Misi Blog hadirofiee.com
Amin…
Keliru bila blogger mula mempunyai Visi dan Misi untuk blog.
Visi dan Misi ialah matlamat yang ditulis. Tentu tuan ada matlamatnya bila menjadi blogger.
Ya betul. Perubahannya tidaklah boleh kerap. Untuk berubahpun mungkin makan masa bertahun.
Insya Allah tuan, moga Allah memandu hala tuju blog ini ke arah kebaikan dan bermanfaat kepada pengunjungnya seperti saya.
‘Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lain’
muhammad fakhruddin recently posted..Tentang Intelektual: Intelektual Anti Sosial?