Blog ahmadyani.com kena godam. Ujian dari Allah selepas seronok beraya di Luat, Lenggong.
Sekarang baru dapat menyelami perasaan Tuan Aqif Azizan bila blognya kena godam dahulu. Bila seseorang ditimpa ujian, banyak orang lain memandang sepintas cuma. Buat endah tidak endah. Dan selalu menganggap ujian itu ‘terlalu jauh’ dari kita. Namun bila ujian itu datang menimpa, baharulah bangkit kesedaran dari dalam diri.
Apakah ini kebiasaan kepada pemilik-pemilik blog jenama sendiri? Blog mereka pasti kena godam!
Apa pun ini adalah pengajaran pada diri. Selepas ini perlu berhati-hati kerana sebelum ini langkah berjaga-jaga tidak diambil dengan semaksima mungkin.
Pengendali hosting yang menghoskan ahmadyani.com memberikan sebab utama kenapa blog ini digodam iaitu bertangguh untuk mengupdate versi WP yang terkini.
Mereka juga memohon ambil perhatian perkara berikut:
1# Tukar password cpanel sekerap yg boleh, 1 minggu sekali atau setidaknya sebulan sekali
2# Tukar password wordpress, 1 minggu atau sebulan sekali
3# Pastikan pc atau laptop menggunakan antivirus
4# Scan mana-mana fail terlebih dahulu sebelum uplod ke hosting
5# Pastikan blog & plugin wordpress sentiasa dikemaskini setiap kali ada update terbaru.
Berdoa pada ALLAH agar kejadian ini tidak berlaku lagi selepas ini. Saya mengambil iktibar atas kejadian ini. Dan saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Blog aqifazizan.com bertambah terkenal selepas digodam. Apakah ahmadyani.com akan mengalami situasi serupa?
Mendengar berita ini mengggusarkan saya. Mungkin saya perlu upah mereka yang pakar untuk kemaskini blog sebulan sekali. Risau!
Firdaus Latib recently posted..Bank Idea – Kaedah Mengumpul dan Mendapatkan 1001 Idea Menulis Blog
Berbanding tuan saya sebenarnya lebih risau kerana saya tiada kepakaran langsung tentang laman web. Hanya tahu masuk, isi entri dan keluar.