Alhamdulillah, aku amat bersyukur pada Allah kerana ahmadyani dotcom sudah berusia 1 tahun.
Mula-mula dahulu bila aku mahu tukar daripada blogspot kepada blog berbayar, ada 2 perkara yang asyik bermain dalam kotak fikiran.
1# Bolehkah aku buat bayaran domain dan hosting bila sampai waktunya?
Perkara ini menjadi persoalan kerana aku tahu ada beberapa pengendali blog (sebahagiannya adalah nama besar) yang meminta sedikit sumbangan dari pembaca untuk membayar hosting. Hai, kenapa sampai macam tu sekali! Orang yang ‘hebat’ pun ada masalah bayar hosting. Aku pula macamana nanti?
Ada blog dengan domain nama orang terkenal yang bertulis begini…’this domain maybe for sale’. Adakah dia terlupa mahu perbaharui? Adakah dia tidak minat lagi untuk berblog? Atau poketnya tengah kempis? Bolehkah aku perbaharui domain dan hosting ahmadyani.com pada setiap tahun sedangkan poket aku selalu kempis?
2# Apa aku nak tulis?
Kalau mahu tulis perkara yang cincai-cincai atau yang remeh temeh, guna yang percuma sudah cukup, buat ‘perabih’ duit sahaja guna blog berbayar.
Sesetengah orang mempunyai cara tersendiri bila mahu berbuat sesuatu. Kalau mahu buat…buat sahaja. Jangan fikirkan masalah. Jangan fikirkan tahu atau tidak tahu.
Sesetengah orang yang lain mahu menghitung untung dan rugi dahulu sebelum buat sesuatu. Dan ramai dalam perhitungan akhirnya, rugi yang banyak maka perancangan hanya tinggal atas kertas sahaja.
Blog ini dibina kerana terkesan dengan satu komik yang aku baca. # Selain baca buku aku juga suka baca komik # Guo Chung kawan rapat Yi Tzeling, 2 watak utama dalam komik Pahlawan Naga Kembar berkata,
” Buat sahaja tanpa fikirkan apa-apa. Jangan fikirkan masalah, masalah hanya perlu dirisaukan bila masalah itu muncul. Kalau masalah belum muncul, buat apa susah-susah fikirkannya.”
Saya mahu tambah, jangan fikir tahu atau tidak tahu. Pengetahuan akan lebih mudah dikuasai bila kita sudah berbuat. Sebanyak mana juga pengetahuan teori yang kita tahu, ia tidak begitu mengujakan berbanding pengetahuan yang didapati hasil praktikal.
Keterujaan inilah yang mengembirakan aku bila pengetahuan semakin bertambah bila sudah memiliki ahmadyani.com. Pengetahuan aku tentang blog tidaklah sebanyak mana. Tapi ilmu tentang blog yang makin bertambah dari hari ke hari amat menyeronokkan.
Aku berdoa pada Allah, semoga blog ini terus kekal dan terus berkembang. Dan terus memberi manfaat pada mereka yang membaca nota-nota di sini.
saya dahulu pun begitu juga, satu persoalan adalah “mahu tulis apa?”, sekarang dah x risau dah bila dah biasa menulis, cuma samada ada idea atau tidak, malas atau tidak, itu sahaja, akan tetapi boleh menulis, syukur, tahniah bro sebab dah setahun.. 🙂
Juan recently posted..Cara Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Untuk Pilihan Raya Umum
Bila sudah lama, cabaran yang datang ialah bagaimana mahu menulis bukan lagi apa mahu tulis.
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kerana pencapaian ini. Didoakan semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kelapangan dalam mengharungi dunia blogging. Amin.
Salam kejayaan. 🙂
Hadi Rofiee recently posted..Kebaikan Hidup Bebas Tanpa Rokok
Amin. Terima kasih kerana doa itu. Begitu juga doa saya untuk hadirofiee.com
Tahniah sebab dah cecah setahun. Semoga berterusan utk tahun2 berikutnya
shraqs recently posted..Tutorial Penggunaan W3 Total Cache Plugin
Terima kasih.
Tanniah menyambut ulang tahun yang pertama. Ramai juga sahabat-sahabat blogger yang berkubur mengunakan hosting tapi kemudiaannya. Terpulang samada mengunakan hosting percuma dan berbayar bergantung kepada selera masing-masing.
akubiomed recently posted..Perasaan pertama kali menjadi Babah
Benar! Saya setuju, tidak penting percuma atau berbayar. Apa yang penting kita ada sesuatu ingin disampaikan pada pembaca.
Teruskan menulis bro. Duit boleh dicari, kalau simpan sebulan rm10, setahun boleh bayar hosting ngan domain. RM10 je pun sebulan..
Cikgu Hairul recently posted..Godaddy Coupon Code Terbaru Mac 2012
tahniah, tahniah. dah setahun dah rupanya. 🙂
titan recently posted..Kekacakan Ultrabook Toshiba Portege Z830
Tahniah Bro!
budakserius recently posted..Gambar Panas Ariel dan Luna Kembali Tersebar