Aiskrim Pulut Kampung Baru Memang Sedap

Bila balik kerja, tidak sah kalau tidak singgah di gerai aiskrim pulut ini. Tambahan pula memang ini laluan saya setiap hari bila balik kerja. Kalau pun tidak setiap hari, sekali dua dalam seminggu mesti menikmati aiskrim buatan sendiri ini.

Ini Pak Yusuf. Beliau hanya menjual dua pilihan aiskrim pulut. Dalam cawan dan dalam belahan roti. Harganya Cuma RM2.

1aiskrim-pulut-kg-baru

Aiskrim pulut buatan sendiri ini cukup popular di kalangan penduduk Kampung Baru

KLIK DI SINI untuk dapatkan PANDUAN BAGAIMANA BERNIAGA AISKRIM

Pak Yusuf akan menceduk dua skop aiskrim durian , kemudian diselitkan dengan pulut dan disudahi dengan dua skop aiskrim vanilla. Selepas itu akan dtambah susu cair dan ditabur kacang ke atasnya sebagai penyudah hiasan.

Hanya sesiapa yang pernah merasai aiskrim ini akan tahu bagaimana nikmat rasanya dan betapa segarnya aiskrim buatan sendiri ini. Lebih daripada aiskrim buatan kilang yang dijual di pasar raya.

Mesin Memproses Aiskrim

Mesin Memproses Aiskrim

Dahulunya, Pak Yusuf akan tawaf sekeliling Kampung Baru dengan basikal tua roda tiga menjual aiskrim. Namun atas faktor kesihatan dan usia yang sudah mencecah 67, kini beliau hanya ‘berkampung’ di simpang empat Jalan Raja Uda dan Jalan Daud.

Beliau mula berniaga lebih kurang dari jam 4/5 petang hingga jam 10/11 malam.

Saya tidak makan sangat aiskrim kilang yang dijual dengan pelbagai jenama di pasar raya kecuali aiskrim yang ada kesan nostalgia zaman kecil seperti aikrim potong.

Pak Yusuf sendiri pun ada berkata, beliau menjual aiskrim buatan sendiri kerana mahu generasi kini merasai aiskrim buatan sendiri yang popular zaman kanak-kanaknya dahulu.

8aiskrim-pulut-kg-baru

Saya lebih minat aiskrim buatan sendiri seperti aiskrim yang dijual oleh Pak Yusuf. Atau jenis aiskrim lain seperti aiskrim Malaysia! Tidak kisahlah, asalkan buatan sendiri.

Kalau datang ke Kampung Baru atas apa-apa urusan juga, singgahlah ke gerai Pak Yusuf untuk menikmati aiskrim buatan sendiri yang segar dan nikmat.

Tetapi untuk pengetahuan semua, semenjak dua menjak ini, Pak Yusuf agak jarang kelihatan. Kebanyakkan masa, anak dan menantunya yang mengambi alih tugas. Ini disebabkan kesihatan Pak Yusuf pun bukanlah baik sangat.

5aiskrim-pulut-kg-baru

Apa pun ia adalah aiskrim yang sama sedap dan segarnya. Yalah! Kalau tidak anak yang mewarisi, nanti pupuslah aiskrim buatan sendiri yang cukup nikmat ini.

Share

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge