Akhirnya setelah 3 tahun beroperasi…Parkson ditutup!

Pagi Isnin berjalan di depan Maju Junction. Begitulah pagi-pagi waktu bekerja, aku lalu di depan Maju Junction bila berjalan dari Kampung Baru ke bangunan sebelah tempat bekerja.

Dan aku lihat logo Parkson di pintu utama sudah dibuang.

Ramai terkejut. Manakan tidak, nama sebesar Parkson boleh tutup operasi.

Oppps! Jangan salah sangka. Bukan syarikat parkson ditutup, tetapi operasi niaganya di bangunan Maju Junction telah ditamatkan.

Sebelum ini Syarikat Maju sendiri yang menguruskan operasi ruang niaga dibangunannya. Banyak juga nama-nama besar yang menyewa seperti Starbuck, The Body Shop, wakil niaga Maxis, Secret Recipe, Dapur Penyet, New Image, Guardian  dan Pasaraya Giant.

Kemudian Parson ambil alih termasuk pasaraya dengan ubahsuai yang baru.

parkson ditutup | ahmadyani.com

Nama-nama besar sebahagiannya keluar dan sebahagiannya masuk balik setelah siap ubahsuai. Namun ruang niaga sudah ditukar dari GF ke LG. Ini sedikit sebanyak menjejaskan kunjungan pelanggan. Banyak pengunjung yang hanya suka berlegar-legar di Ground Floor. Malas turun lebih bawah. Malas pula naik lebih atas.

Berita Parkson akan tutup di Maju Junction sebenarnya sudah kedengaran berminggu-minggu sebelum itu.

‘Pakar-pakar’ ekonomi yang tidak bertauliah pun memberikan pendapat masing-masing sebab musabab bakal ditutup.

Termasuk aku sendiri!

Dan biasalah, faktor ekonomi adalah sebab yang diberi.

Ketika pihak di atas membentangkan maklumat tentang ekonomi negara yang bagus dan semakin meningkat. Mereka yang di bawah melihat tempat niaga yang kurang pengunjung. Mall banyak lot yang kosong dan dikosongkan. Pengunjung yang ramai hanya berlegar-legar, menengok-nengok tanpa membuat pembelian.

Aku sendiri, bila setiap kali berbelanja di Pasaraya Parkson (FoodPark Supermarket by Parkson) dan melihat pelanggan selain aku, maka aku selalu berbisik sendiri…bagaimana Parkson boleh untung dengan jumlah pelanggan sebanyak ini?

Bagi  banyak orang, Parkson di Maju Junction sudah terkena tempias ekonomi semasa. Kerana itu ditutup.

Tetapi melalui cakap-cakap mereka yang bekerja di Parkson, operasi ditutup kerana Parkson ‘membantah’ kenaikan sewa pajakan.

Aku bukannya pakar ekonomi yang pandai menilai dan membahas situasi ekonomi semasa. Aku tidak pandai ‘membaca’ tindakan seseorang usahawan atau setiap keputusan yang diambil sesebuah syarikat.

Apa yang aku tahu, hati ini seperti ‘dijentik’ bila melihat satu-satu perniagaan itu bungkus!

Aku tidak kisah pada pemilik bisnes. Pemilik bisnes yang tulen berhati kering. Satu bisnes tutup, mereka akan buka di tempat lain. Atau buka bisnes yang baru.

Aku hanya kisahkan pada pekerjanya. Bagaimana mereka akan meneruskan langkah seterusnya.

Bagi pengurusan Mall yang bungkus dan menutup operasi, akan dipaksa bungkus juga perniagaan lain yang menyewa di Mall terbabit. Perniagaan ini mungkin berjalan lancar kerana ada pelanggan tetap yang ramai.

Bila Parkson Maju Junction tutup operasi, terpaksa pindah operasi atau tutup juga Guardian, New Image, Dapur Penyet, Kenny Rogers, Secret Recipe dan lainya.

Yang paling terkesan adalah pekerja. Kepada merekalah aku berasa kasihan.

Parkson dikatakan, tidak mampu menyaingi SOGO yang lebih ramai pengunjung. Memang SOGO dengan ubah suai baru menarik lebih ramai pengunjung. SOGO hanya ‘beberapa langkah’ dari Parkson Maju Junction.

Namun ramai yang tidak tahu saham SOGO banyak dipegang oleh Parkson!

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge