Ustaz Don Daniyal berkongsi 7 amalan Sunnah melalui rancangan popular beliau di TV alHijrah, 30 Minit Bersama Ustaz Don. Ia dikongsi ramai di facebook dan group whatsapp.
Saya kongsikan di blog ahmadyani.com ini dengan olahan sendiri untuk manfaat semua pembaca. Yang baik itu memang patut disebar luaskan.
….
Dalam kehidupan sehari-hari, kelakuan kita mungkin melampui batas tanpa kita sedari. Pemikiran kotor. Percakapan yang terlepas kata dan perbuatan yang mungkin membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.
Itulah manusia. Berusaha berbuat baik namun kerap kali terlangkah ke dalam lembah kesilapan.
Mujur ALLAH Maha Pengasih. DIA bukan sahaja membuka luas pintu taubat untuk hambaNYA malah membuka jalan yang bila hambaNYA melalui jalan itu, ia mendekatkan hambaNYA kepada DIA.
7 amalan yang merupakah Sunnah Nabi ini bila diamalkan bukan sahaja menjadikan kita Muslim hebat, yang penting akan mendekatkan diri kita kepada ALLAH.
7 amalan ini bukan untuk diamalkan sekali sekala, usahakan untuk diamal setiap hari secara berkala.
Amalan #1 Solat Tahajud.
Bagi yang sukar bangun selepas tengah malam untuk solat tahajud pada waktu yang afdal, memadailah bangun awal sebelum subuh untuk solat tahajud. Itu lebih baik daripada tidak buat langsung.
Amalan #2 Baca alQuran.
Sebelum mata melihat dunia, alangkah baiknya bila mata itu melihat ayat suci alQuran. Sebelum telinga mendengar hiruk pikuk dunia, alangkah baik bila telinga itu mendengar bacaan ayat suci alQuran yang kita sendiri baca.
Ambillah kesempatan sekejap selepas solat subuh untuk membaca sepotong dua ayat alQuran sebelum matahari terbit.
Paling tidak jika tergesa mahu cepat ke tempat kerja, bacalah ayat kursi dan 3Qul. Pasanglah CD bacaan alQuran di dalam kereta ketika memandu. Bacalah apa-apa ayat alQuran yang dihafal semasa menaiki bas ke tempat kerja.
Kenapa pasang lagu?
Amalan #3 Jangan Tinggalkan Masjid
Sebelum masuk ke mana-mana bangunan terutamannya bangunan tempat kerja, masuklah ke ‘rumah’ ALLAH dahulu. Maka sebaiknya solat Jemaah subuh di masjid.
Tidak semua orang mampu melakukan ini. Solat berjemaah itu boleh, tapi untuk selalu berjemaah di masjid itu sukar sikit. Kerapnya hanya dapat berjemaah di surau sahaja.
Buatlah apa cara untuk sekali dalam sehari dapat masuk ke dalam masjid. Selepas balik kerja, singgah dahulu di masjid. Kalau pun sudah solat asar, masuklah untuk sekadar solat sunat tahiyatul masjid.
Masjid adalah pusat barakah. Masuklah ke sana bukan hanya sekadar menyahut panggilan azan tapi untuk memakmurkan rumah ALLAH. Memakmurkan rumah ALLAH bukan sekadar waktu solat.
Amalan #4 Solat Dhuha.
Kunci rezeki ada pada waktu dhuha.
Untuk membuka gedung rezeki, jangan lupakan kuncinya. Jika tidak rezekinya hanya sedikit, tidak berpadanan dengan kuatnya kita bekerja.
Kalau pun dapat banyak tanpa solat dhuha. Banyaknya itu seperti tidak berkat. Asyik tidak cukup.
Jika kuat berusaha tapi rezeki masih tidak memadai, carilah masa untuk mulakan solat dhuha.
Amalan #5 Banyakkan Sedekah.
Sedekah tidak mengurangkan harta, malah menambahnya. ALLAH akan membalasnya berlipat kali ganda. Janji ALLAH itu benar.
ALLAH suka hambaNYA yang suka bersedekah untuk hambaNYA yang lain. Malaikat pula selalu mendoakan mereka yang suka bersedekah.
Gandingkan solat dhuha dan sedekah, InShaALLAH, ia ‘kuasa’ yang kuat untuk mendatangkan rezeki.
Amalan #6 Kekalkan Wudhu.
Saidina Ali bin Abu Thalib ada berkata, “orang yang selalu berwudhu, senantiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan dia selalu didoakan dengan dua doa oleh malaikat, ampunilah dosa dan sayangilah dia ya ALLAH.”
Sewaktu kita bekerja, memang sukar untuk selalu berwuduk terutamanya untuk kerap membuka kasut. Caranya bila kita berwudhuk untuk solat, cubalah untuk mengekalkan wudhuk itu selama yang boleh.
Atau bila kita ke tandas sewaktu kerja, pergilah ke tandas berdekatan surau. Ada selipar di surau untuk kita buka kasut dan memudahkan kita berwudhuk selepas keluar tandas.
Mulanya memang leceh, namun ia mudah kalau sudah dibiasakan.
Amalan #7 Selalu Istighfar.
Amalkan istighfar setiap ketika, bukan sekadar selepas solat sahaja.
Kita beristighfar supaya ALLAH ampunkan dosa kita, perjalanan hidup kita dipermudahkan, rezeki kita bertambah dan yang pentingnya kita menjadi manusia yang dekat dengan ALLAH.
Bila tidak mampu untuk beristighfar panjang-panjang, sependek ‘astaghfirullah al azdim’ pun sudah cukup.
Itulah 7 perkara yang dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal dalam rancangan terkenalnya di TV alHijrah. Di sini saya ingin menambah amalan ke8 yang tidak patut ditinggalkan.
Amalan #8 Selalu Selawat.
Seperti sedekah yang dibalas ALLAH berlipat kali ganda, begitu jugalah dengan selawat. Sekali kita selawat ke aras Nabi Muhammad, ALLAH akan membalas selawat itu ke atas kita berlipat kali ganda.
Kita berselawat ke atas kekasih ALLAH, apakah ALLAH tidak akan membalasnya?
Sama seperti istighfar, kita berselawat ke atas nabi bukan untuk kesejahteraan nabi. Nabi Muhammad sudah ada kedudukan yang mulia di sisi ALLAH. Kita tidak berselawat pun, kedudukan nabi tidak berubah.
Selawat ke atas nabi sebenarnya untuk diri kita, supaya kita dekat ALLAH, supaya kita mendapat syafaat nabi diakhirat nanti, supaya ALLAH ampunkan dosa kita, supaya rezeki kita bertambah dan supaya perjalanan hidup kita dipermudahkan.
Berusahakan untuk amalkan 7+1 amalan ini semoga ia menjadi saham kita di akhirat nanti.
Jangan lupa untuk ‘share’ dengan orang lain, jika artikel ini bermanfaat.
Terima kasih di atas perkongsian info.. Alhamdulillah, ada sebahagiannya yang saya amalkan.. ada sebahagiannya pula, kadang2 saya amalkan, kadang2 tak..
anuar recently posted..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Begitu jugalah saya, bukan semua yang diamalkan selalu. Tapi alhamdulillah ada 1-2 yang jadi amalan harian tidak pernah tinggalkan khususnya selawat. Yang lain cuba usahakan…
Terima kasih atas perkongsian ini. Umur pun semakin meningkat dan mahu jadi lebih baik terutama beribadat.
akubiomed recently posted..Asing sampah dahulu baru buang.
lebih baik daripada hari semalam…
Kejayaan yang di cari bagi manusia adalah milik orang-orang yang bertaqwa. Dan kemenangan itu adalah kesudahan bagi orang-orang yangg sabar.Keselamatan hanya ada selepas titian al shirat dan kalfiatan itu hanyalah di dalam syurga.
DON TRADER recently posted..Wasiat 40: Wasiat Ehwal Bahawa Menguap Berasal Dari Syaitan
YUp.
kene usaha buat semua amalan nih, baru kita leh jadi lebih hebat.
titan recently posted..Asingkan SAMPAH dengan bijak. Baru BUANG dengan penuh hemah.
Mula-mula memang susah, lama kelamaan ia mudah dan seronok mengamalkannya…
rata rata ramai di antara kita tahu semua ini, tapi gagal mempraktikkan termasuk saya sendiri.
terima kasih atas peringatan dan perkongsian 🙂
Uncle Zuan recently posted..Penang War Museum, Museum Paling Menyeramkan Di Asia
ya..memang betul la..amalan begini memang hebat dan lebih hebat dari buku 7 Tabiat Hebat Manusia..
mrhanafi recently posted..Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak
semoga jadi tabiat kita. insyaAllah
Raihanah Ahmad recently posted..Tudung Sekolah Awning Lembut Terhangat
terima kasih atas perkongsian , moga dapat istiqamah saya amalkan ..
selain usaha, 7 perkara ini juga harus diamalkan 🙂
Sync recently posted..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Nak mula amalakan memang Nampak mudah tapi untuk istiqamah itu yang beratnya. Moga Allah swt berikan kita kekuatan untuk kekal melaksanakannya, kerana hidayat itu milik Nya.
Sani recently posted..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
dah ada panduan bagaimana kita menjadi seorang muslim yang sejati yang hebat dalamannya. tapi bila nak laksanakan tu, amat payah.mungkin juga sebab kita dah hanyut dengan arus dunia yang melekakan ni.
permohonan upu recently posted..Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017
boleh start slow2. biar amalan itu nampak mcm kecil, yang penting berterusan.