Antara Banyak Sebab Boleh Terkena Angin Ahmar

Setiap tahun penghidap angin ahmar meningkat jumlahnya.

Statistik peningkatan ini amat membimbangkan.

Apa itu angin ahmar? Ia adalah kecederaan otak akibat gangguan bekalan darah. Ada dua keadaan gangguan bekalan darah ini.

1# Pendarahan saluran darah di dalam otak.

2# Saluran darah ke bahagian otak tersumbat.

Peningkatan penghidap angin ahmar disebabkan saluran darah tersumbat lebih tinggi berbanding akibat pendarahan darah dalam otak. Rawatan untuk kedua-dua sebab ini pula adalah berbeza walaupun kesan penyakit angin ahmar ini adalah sama.

Gambar Google

Salur darah tersumbat disebabkan oleh beberapa factor.

1# Ini faktor utama. Tekanan darah terlalu tinggi yang boleh membuatkan salur darah tercedera.

Cuba bayangkan paip getah salur air. Bila aliran air normal, paip getah tidak akan bergerak. Tetapi bila aliran air terlalu kuat, paip getah akan bergerak-gerak. Begitu juga dengan salur darah.

Bila salur darah cedera, sel-sel pembeku akan bertindak menutup kecederaan itu. Akibatnya bekalan darah akan terganggu kerana sel pembeku ini menghalang aliran darah.

2# faktor penyakit berangkai seperti kencing manis, kolesterol tinggi, kegemukan dan penyakit jantung. Lebih buruk bila penghidap penyakit berangkai ini seorang perokok!

Symptom angin ahmar bergantung pada lokasi salur darah tersumbat. Gelaja biasa yang pesakit alami adalah;

  1. Lemah sebahagian anggota badan.
  2. Muka menjadi senget.
  3. Gagal bertutur dengan sempurna.
  4. Kebas pada kawasan tertentu badan.
  5. Hilang imbangan badan.
  6. Selalu pening atau loya.
  7. Langsung tidak boleh bercakap.
  8. Penglihatan menjadi kabur.
  9. Tidak boleh menutup mata dengan sempurna.
  10. Hilang deria bau dan rasa.
  11. Dan pelbagai lagi kemungkinan yang membabitkan saraf otak.

Jangan bertangguh bila symptom seperti di atas berlaku. Pemeriksaan klinikal dan ujian awal hendaklah dilakukan serta merta agar rawatan dapat dilakukan segera.

Jika dilewatkan, risiko symptom menjadi kekal dan sudah sukar dirawat adalah tinggi.

Rawatan awal yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan symptom yang berlaku bukan disebabkan masalah lain seperti kanser.

Angin ahmar yang disebabkan saluran tersumbat, lebih tinggi keberangkalian untuk pulih berbanding kerosakan saluran darah di dalam otak.

Apa yang penting ialah pencegahan sebelum gejala berlaku. Penjagaan kesihatan dan juga amalan hidup sihat amat penting.

Nota# saya bukan pegawai perubatan. Artikel ini adalah olahan dan susunan semula tulisan DOKTOR KECEMASAN dalam ruangan khas METRO AHAD.

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge