Antara Satu-Satunya Kedai Orang Melayu Di Tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur

Kedai roti dan kek di Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (HQ Majlis Amanah Rakyat Malaysia –MARA) dikatakan satu-satunya kedai roti dan kek kepunyaan seratus peratus Melayu Islam di tengah pusat Bandar Kuala Lumpur.

Mengikut tinjauan saya, kedai-kedai roti dan kek di pusat Bandar Kuala Lumpur adalah kepunyaan bukan Bumiputera, bukan Islam dan bukan Melayu kecuali jika ada yang saya terlepas pandang.

Bukannya tidak ada kedai roti dan kek kepunyaan Bumiputera Melayu, tetapi kebanyakannya  beroperasi di pinggir pusat Bandar.

Kedai Safa Bakery & Café di Medan Mara ini boleh dikatakan sama usianya dengan Bangunan Medan Mara itu sendiri. Sudah lebih daripada 23 tahun. Ketika kedai ini memulakan operasi, bangunan Sogo dan Maju Junction berdekatan Medan Mara belum lagi ada. KLCC dan Menara KL pun belum ada lagi. LRT dan KL Monorel belum nampak bayangnya lagi.

Roti yang dijual di sini dibuat segar pada setiap hari. Buat hari ini, jual hari ini. Diuli dan dibakar di kedai ini juga. Bukan datang dari dapur berpusat. Bau roti yang dibakar itulah yang menarik pelanggan datang.

Video Panduan Bagaimana Anda Boleh Buat Bun, Pau dan Pizza Seperti Chef Hotel

Kedai ini telah melalui banyak cabaran sepanjang operasinya. Pemiliknya memulakan kedai ini tanpa pengetahuan tentang bisnes. Kosong pengetahuan tentang roti dan kek. Dalam tanpa pengetahuan itu, ekonomi suram ketika tahun memasuki alaf baharu, kos bahan mentah yang asyik naik tidak turun-turun. Karenah pekerja juga isu-isu penyewaan kedai.

Seteruk mana pun cabaran yang dihadapi, kedai ini masih kekal. Yang tidak kekal hanya namanya. Dulu dikenali sebagai Ikhwan Cake House. Mungkin kerana nama Ikhwan sudah banyak diguna dan pemiliknya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak, maka nama Safa Bakery & Café digunakan.

kedai roti kek biskut murah

Sempena dengan nama baru ini, kedai Safa Bakery & Café di Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut juga diubah suai menjadi serba baharu. Bagaimana pun Safa Bakery & Café tahu, pelanggan tidak mahu semuanya ‘serba baharu’.

cara buat roti

Pelanggan masih mahukan roti yang dibuat segar pada setiap hari, sama seperti dahulu. Bila menjelang raya, pelanggan masih mahukan biskut yang biasa mereka beli dan makan, sama seperti dahulu sebagai juadah hari raya.

Safa Bakery & Café masih mengekalkan jualan roti sebagai jualan utama. Roti yang diuli dan dibakar setiap hari. Sama juga dengan biskut. Semua produk yang dijual di Safa adalah dibuat sendiri. Kecuali makanan-makanan ringan yang tidak dapat dibuat sendiri. Safa Bakery & Café akan mendapatkannya dari pembekal luar.

tip buat roti

Buat masa sekarang Safa Bakery & Café beroperasi di ruang luar bangunan Medan Mara. Kerana selain kedai yang sedang diubah suai, MARA juga sedang mengubah suai bangunan miliknya.

Safa Bakery & Café menjemput pelanggan datang untuk mendapatkan roti yang dibuat segar setiap hari. Roti yang diusahakan oleh Bumiputera Melayu Islam. Jemput datang ke Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur ( HQ MARA ). Bersebelahan dengan Komplek Pertama. Bersambung dengan bangunan Busana MARA. Berdekatan SOGO dan Maju Junction.

Share

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge