Apa Yang Aku Mahu Tulis Pada Minggu Ini?

# satu monolog peribadi #

Aku telah berazam sebelum ini untuk mencatat nota dalam blog ini, paling sedikit 1 minggu sekali. Sekarang 1 minggu sudah cukup tempohnya dan aku masih terkial-kial mahu mencari ‘apa’ yang aku mahu tulis pada minggu ini.

Aku tahu sesuatu. Aku ada idea tentang banyak perkara. Pengetahuan dan idea ini bermain-main dalam kepala, membuatkan kepalaku kadang-kadang ‘pusing’.

Aku mahu tulis apa yang aku tahu itu dalam blog ini. Aku mahu catat idea dan mengarkibkannya dalam blog ini. Tapi aku masih bertanya (bertanya pada diri sendiri) apa yang aku mahu tulis pada minggu ini.

Aku dilanda Sindrom Ketandusan Bahasa. Adakah ini termasuk dalam kategori mental block? Aku tidak punya bahasa untuk menggambarkan idea dan pengetahuanku.

Bila aku gagahkan diri mencatat idea dan pengetahuanku di atas kertas (aku biasa tulis atas kertas dahulu sebelum menulis dalam komputer) dalam situasi belum kebah dari Sindrom Ketandusan Bahasa, aku akan ketawa dalam duka.

Aku ketawakan bahasaku yang aku rasakan tidak sepatutnya ditulis oleh seorang aku.

Bahasaku kaku seperti ditulis oleh tuan kecil darjah rendah, malah mungkin tuan kecil darjah rendah itu dapat menulis dengan bahasa yang lebih baik dari aku. Jadi aku tidak ‘berani’ mencatatnya dalam blog ini.

1 minggu sudah menghampiri tempohnya dan aku masih bertanya, “Apa Yang Aku Mahu Tulis Pada Minggu Ini?”

Share

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge