Apa yang Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional Patut Buat Pasca PRU14?

Pilihanraya umum ke 14 (PRU14) sudah berlalu. Keputusan siapa yang menang dan siapa yang kalah sudah diketahui. Keputusannya mungkin sudah tidak boleh diubah lagi.

Walau PRU sudah berlalu dan barisan kabinet kerajaan sudah mula dirangka oleh Perdana Menteri, masih ada yang ‘bising-bising’ seperti masih mahu berkempen.

Seperti masih ada yang menyeru untuk memilih dan tidak memilih parti itu dan parti ini. Masih mahu mengajar haram mengundi yang itu, wajib undi yang ini.

Semuanya sudah berlalu. Rakyat Malaysia sudah membuat keputusan dan Allah sudah mentakdirkan.

Gambar Dari Google

Patutnya, sekarang ini semua memandang masa depan yang lebih baik. Apa-apa yang tidak baik, sekiranya ada di masa hadapan, biarlah keadaan tidak baik itu muncul dulu.

Kalau mahu risau pun, biarlah risau pada masanya. Kenapa bebankan diri untuk risau sekarang?

Namun yakinlah, tiada yang buruk atas takdir Allah. Segalanya ada kebaikan jika kita sentiasa berfikir untuk mencari dan memberi kebaikan

= = =

PH mempunyai tugas besar untuk membersihkan ‘sampah sarap’ yang menggunung, tinggalan penguasa sebelumnya dan membawa Malaysia ke landasan sebenar. Tugas mereka adalah cabaran yang besar. Rakyat menjadi hakim yang akan menghukum pada PRU15 nanti. Bagus akan kekal. Tidak bagus akan ditendang ke tepi.

PAS sudah diamanahkan dengan dua negeri. Jika keduanya diurus dan ditadbir mengikut apa yang digariskan agama, kemungkinan Allah akan memberi amanah untuk mentadbir negara pula, InShaAllah.

BN perlu belajar dari bawah. Selama ini mereka memandang dari atas. Kerut muka rakyat yang menderita di bawah, tidak nampak jelas dari atas. Dari atas, muka yang berkerut mungkin dianggap senyuman. Dan rakyat telah membalas. BN kini mempunyai peluang dan ruang yang besar untuk mendengar suara hati rakyat dari dekat. Jika peluang dan ruang ini tidak digunakan…BN tidak akan bangkit lagi.

= = =

Kita berharap sangat-sangat…

Yang menang akan merendah diri dan bersikap lemah lembut.

Yang kalah berlapang dada dan muhasabah diri.

Kalau ada luka, mari kita sapu ubat bersama-sama. Kita bersatu sesama kita membina agama, bangsa dan negara.

Kepada mereka yang menang dan kepada mereka yang kalah, ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul.

 

Share

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge