Ayah Telah Pergi Mengadap ALLAH

Bila ketentuan ALLAH sudah datang, maka kita perlu bersedia menghadapi dan mengharungi ketentuan itu dengan sabar dan redha. Siapa kita untuk menghalang ketentuan-NYA? Kita hanya menerima apa yang telah ditentukan-NYA.

ALLAH telah menentukan setiap yang bernyawa akan kembali pada-NYA. Masa dan tempatnya, juga apa caranya adalah dalam pengetahuan ALLAH jua. Tidak ada apa dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang atau mengubahnya.

Dan takdir telah ditentukan untuk ayah (Bahrom Azhar bin Hj Musa) kembali kepada-NYA pada sebelum subuh, Selasa 17 JAN 2012.

Selesa sebelumnya, ayah masuk wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan kerana jantungnya tidak kuat lagi. Isnin sebelum hari kematian, ayah pulang ke rumah walau tidak sesihat mana. Sepertinya ayah mahu ‘pergi’ di rumah bukan di hospital dan di sisi mak.

Ayah kini telah arwah. Ayah adalah yang terakhir antara adik beradiknya. Tapi bukan yang terawal dalam keluarga kami. Sebelum itu telah ‘pergi’ adikku Asrul. Kini tinggal mak dan 11 adik beradik termasuk aku. Kami 12 bersaudara dari seorang mak.

‘Urusan’ ayah di dunia telah selesai. Kami yang tinggal ada urusan masing-masing yang perlu diteruskan walaupun hati bersedih. Hidup perlu diteruskan dengan sabar dan redha. Urusan kami di dunia belum selesai. Dan kami wajib menjalankan urusan ini dengan sebaik-baik perbuatan agar setiap pahalanya memberi kesan pada ayah di alam sana.

Ya ALLAH, masukkan arwah ayah (Bahrom Azhar bin Rahmah) dan arwah adik Asrul ke dalam golongan hamba-MU yang soleh. Jadikan kubur mereka sebahagian dari taman-taman syurga. Ampunkan segala dosa mereka dan masukkan mereka ke dalam Jannatul Firdaus. Amin….

AL FATIHAH.

Sebarkan

6 thoughts on “Ayah Telah Pergi Mengadap ALLAH

  1. wan aziz says:

    Innalillah wainna ilaihi rooji’uun…
    Setiap permulaan ada detik pengakhirannya.
    Semoga Allah menempatkan almarhum di kalangan orang2 yang soleh.
    Salam takziah dari kami warga kerja KL Server Studio..
    wan aziz recently posted..New Affiliate BannersMy Profile

  2. akubiomed says:

    Al Fatihah dan takkziah kepada keluarga bro. :-(

  3. Hadi Rofiee says:

    Cukuplah mati itu menjadi suatu peringatan.

    Takziah diucapkan dan al-fatihah.
    Hadi Rofiee recently posted..Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah al-KahfiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge