Bagaimana Cara Membaca Buku

Ada penulis buku menulis satu bab atau sub-bab, selalunya dalam bahagian prakata berkenaan… Bagaimana Cara Membaca Buku Ini.

Cara membaca ini bukan sahaja untuk membaca buku tersebut malah termasuk juga untuk semua buku yang pengarangnya tidak menulis cara-cara membaca buku yang ditulisnya.

Lain penulis, lainlah caranya. Bagaimanapun sebahagian besar caranya adalah sama dan tujuannya juga adalah sama iaitu supaya pembaca mendapat manfaat dari buku yang dibaca itu.

Maka kerana itu, pembaca yang ingin memperoleh manfaat dari sebuah buku yang dibacanya ‘Bagaimana Cara Membaca Buku Ini’ patutlah diikuti.

Bagaimana cara membaca buku adalah seperti berikut;…

  1. Baca seluruh isu buku. Dari kulit depan hingga kulit belakang.
  2. Fahami apa yang mahu disampaikan oleh pengarang.
  3. Buat garis penting pada fakta-fakta penting atau ayat-ayat yang ingin diingati.
  4. Buat penambahan fakta pada ruang kosong tepi buku.
  5. Buat nota pada buku nota, idea-idea yang timbul dari pembacaan itu yang dapat memecah masalah sedia ada.
  6. Jika ingin berhenti membaca, berhenti pada penamat bab. Jangan berhenti di tengah-tengah bab.
  7. Baca sekali lagi setelah habis membacanya.. selalunya akan ada kefahaman baru dari fakta yang sama yang kadang-kadang lebih baik dari kefahaman pada bacaan pertama. Begitulah pada bacaan seterusnya.
  8. Selang beberapa waktu, baca buku itu kembali. Setiap kali kita membaca, kita akan dapat kefahaman yang berlainan.
  9. Akhir sekali dan ini yang paling penting iaitu mengamalkan apa yang patut diamalkan daripada isi kandungan buku tersebut.

Membaca buku ada seninya. Bacalah seolah-olah buku itu ditulis oleh sahabat karib kita yang menulis buku itu semata-mata untuk kita seorang sahaja.

Share

5 comments

  • Saya selalu baca ringkasan terdahulu dan kemudian selak beberapa muka surat secara rawak.
    akubiomed recently posted..Moroccan Pavillion @ Astaka Morocco aku datangMy Profile

    • Cara baca sebenarnya bergantung pada pembaca itu sendiri. Bagaimana pun cara dia baca, dia sendiri yang tahu bagaimana untuk memahami buku yang dibacanya.

  • Fahmi Raazali

    Saya selalunya akan baca ringkasan di kulit belakang ataupun baca isi kandungan dahulu. Kemudian baru baca satu buku dari awal sampai akhir. Jarang baca buku langkau-langkau. Tapi saya jarang buat catatan. Nanti kena praktis bab buat catatan.
    Fahmi Raazali recently posted..Bahasa Inggeris Rosak a.k.a Broken EnglishMy Profile

  • Lama benar tak singgah ke mari 🙂

    Memang benar ada pelbagai cara untuk menelaah sesuatu buku. Saya pernah kongsikan secara bersiri kaedah membaca oleh M. J. Adler.

    Buku yang bagus untuk kita yang berhasrat untuk menjadi pembaca yang kritis dan mendekati subjek-subjek bacaan berat. Tak silap pernah diterjemah oleh DBP 30 tahun lalu.
    muhammad fakhruddin recently posted..Menikmati Buku-Buku TerjemahanMy Profile

  • Saya selalu guna scanning dahulu untuk memilih bahan bacaan. Contohnya di kedai buku, saya akan baca tajuk, sinopsis, indeks isi kandungan, dan cetakan ke berapa buku tersebut. Kemudian barulah saya akan beli kalau saya rasa inya kena dengan minat saya.
    Buku yang saya beli pula saya hadkan kepada lima atau enam sahaja. Sebelum membeli judul baharu, saya akna pastikan buku yang telah dibeli terlebih dahulu dibaca sepenuhnya.
    Azwan recently posted..TIGA TEKNIK MEMBACA YANG PATUT DIAMALKAN.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge