Bagaimana cara mendapat idea dan ilham menulis?

Bagaimana seseorang itu mendapat ilham dan idea untuk menulis?

Apa-apa jenis penulisan, baik buku, ebook, rencana majalah, artikel blog, malah sepatah dua coretan faebook pun datang datang daripada ilham dan idea.

Setiap orang ada caranya tersendiri. Anda bagaimana?

Tuan Rahimidin Zahari menjadikan tabiat membaca sebagai sumber ilham. Begitu juga dengan Puan Siti Rosmizah Semail. Begitu juga dengan Tuan Mohd Fudzail Mohd Nor. Begitu juga penulis-penuis yang lain. Selain mereka menjadi pemerhati yang cekap akan keadaan di sekeliling mereka.

Dalam satu perkongsian Page di Facebook, Bonda Nor, penulis novel setebal 640 halaman, ‘Saya Tunggu Awak’ mencatatkan, “Untuk yang berhajat menulis, mintalah ilham dan idea dari Allah. Hanya Dia yang berkuasa menunaikan segala permintaan kita sebagai hamba-Nya.”

Bonda Nor mengamalkan bangkit jam tiga pagi untuk menulis novel itu. Mungkin beliau mengikut amalan Prof Muhd Kamil Ibrahim, penulis ‘Anekdot Madinah, Bersyukur Saat Diuji, Ilmu Kehidupan: Ringkas Tapi Signifikan’.

Kata Prof Kamil, “Kalau saya nak buat kursus penulisan, saya akan tekankan supaya penulis bangun pukul tiga pagi dan minta idea menulis daripada Allah.”

Tuan Zakaria Sungib, editor buku di Galeri Ilmu menyatakan patutnya seseorang yang ingin menulis meminta ilham dan idea daripada Allah. Lebih patut lagi penulis yang berhajat untuk menghasilkan karya dakwah, yang menulis untuk mengajak orang kepada Allah, atau ringkasnya berdakwah melalui penulisan.

Kalau ada satu disiplin yang penulis patut jadikan rutin, khususnya sewaktu menghasilkan karya, ia adalah rutin bangun malam untuk menulis.

Tidak kiralah kia menulis untuk apa. Untuk suka-suka, untuk berdakwah atau untuk manfaat kewangan seperti yang dianjurkan dalam ebook karya Tuan Aqif Azizan ini, mungkin kita patut cuba bangun malam untuk menulis.

Share

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge