Bagaimana Membaca Buku Oleh Shiv Khera

Shiv Khera, seorang guru, mentor bisnes, penceramah pembangunan diri dan penulis buku mengatakan:…

“Isi kandungan buku tidak memberi apa-apa faedah kalau sekadar membelek dan membacanya secara sambil lalu.”

Shiv Khera menyarankan kepada mereka yang membaca (terutama buku yang beliau tulis) supaya ‘meratah’ buku dengan bersungguh melalui cara:…

1# Dibaca dengan perlahan dan teliti,  satu persatu.

2# Faham bab yang dibaca sebelum beralih membaca bab yang lain. Jangan baca bab baru sebelum faham bab sebelumnya.

Ini kerana sebahagian besar buku, setiap babnya berturutan dengan bab yang lain. Sangat sedikit buku yang setiap babnya ‘berdiri’ sendiri, tiada kaitan dengan bab lain.

3# Tulis nota tambahan atau fakta baharu yang bersesuaian dengan apa yang dibaca.

Boleh sahaja tulis dalam buku nota yang lain. Atau tulis diruang tepi buku yang kosong. Usah takut ‘menconteng’ buku. Apa yang diconteng adalah contengan ilmu.

4# Tandakan ayat atau kata-kata penting.

Gunakan pen penanda berwarna. Gariskan perkataan, ayat atau peranggan yang dirasakan penting atau khusus yang dapat dikaitan dengan diri anda.

Jika tidak kesempatan untuk ulang baca keseluruhan buku, boleh rujuk apa yang sudah ditanda.

5# Bincangkan konsep dalam setiap bab bersama teman membaca.

Mungkin bersama suami/isteri, kawan-kawan atau bersama grup membaca yang anda sertai. Bincangkan bagaimana konsep itu dapat diambil tindakan secepatnya.

===

Sebenarnya tiada istilah teknik pembacaan yang bagus. Ada banyak kaedah atau cara untuk membaca buku.

Cara membaca bergantung kepada tabiat dan kehendak diri yang membaca.

Setiap orang yang ‘kaki buku’ atau ‘ulat buku’ punya cara tersendiri bagaimana membaca buku. Baik membaca secara biasa-biasa atau normal, juga bagaimana membaca secara pantas atau membaca laju.

Bagamana cara kalian membaca buku?

# Petikan & olahan sendiri dari buku: YOU CAN Win oleh Shiv Khera

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge