Bagaimana Menjadikan Blog Sebagai Mesin Duit

Berblogging bukanlah aktiviti yang mendatangkan wang. Kita tidak boleh membuat duit dengan menulis ikut suka dan rasa sahaja. Akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana dewasa ini sudah ramai yang menjana pendapatan daripada blog. Bagaimana caranya? Ada caranya. Yang pasti ia bukan ikut suka-suka dan rasa sahaja.

Banners berbayar, adsense dan seumpamanya boleh mendatangkan wang kepada kita. Tetapi cara itu tidak sebanyak mana. Ia bergantung kepada traffik dan klik yang tinggi. Sementara banners affiliate pula bergantung kepada pembelian. Semua cara ini boleh diguna pakai.

Dalam semua cara ini tentulah kita mahu cara yang boleh mendatangkan wang tetap yang berkekalan dapat pada setiap bulan.

Ada perkara yang patut kita lakukan secara tetap di blog jikalau kita mahukan blog kepunyaan kita menjadi mesin duit. Bukan semata menulis ikut suka dan rasa. Inilah yang dilakukan oleh ramai blogger hebat yang meraih pendapatan besar daripada blog mereka. Kita patut meniru cara ini.

Ini yang mereka lakukan… MENULIS ARTIKEL REVIEW PRODUK AFFILIATE SECARA KERAP.

Dengan kata lain, post di blog kita lebih banyak artikel tentang ulasan produk affiliate yang kita sertai. Ini cara yang paling berkesan. Iaitu mempromosikan produk affiliate menggunakan blog. Bukan setakat letak banner affiliate sahaja dan mengharapkan pembaca klik dan membeli.

Ada 5 perkara penting yang wajib diambil kira semasa menulis review;

1# Tulis artikel yang mesra SEO.

Ini perkara penting ketika menulis artikel. Supaya artikel kekal dan dapat menarik traffic yang tinggi daripada enjin carian. Traffic daripada media sosial tidak akan kekal lama. Traffic semulajadi daripada enjin carian yang akan kekal lama. Dan mengikut pengalaman banyak orang traffic daripada enjin carian lebih membuahkan hasil.

NOTA# Saya ingin mengesyorkan kepada anda ebook Encik Titan. Ebook yang memfokuskan SEO dalam penulisan blog. SEO merah jambu ini dapat membantu anda bagaimana menggunakan teknik SEO dengan cara yang amat bagus! KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKANNYA…

2# Tulis review produk affiliate yang berulang bayaran.

Ini cara terbaik untuk mendapat pendapatan tetap. Dengan mempromosikan produk yang pelanggan perlu bayar berulang kali. Seperti program keahlian yang pelanggan perlu membayar yuran tetap setiap bulan atau tahunan. Setiap kali pelanggan memperbaharui langganan, setiap kali itu juga kita akan mendapat komisen.

3# Tawarkan bonus tambahan.

Sesiapa pun akan sukakan tambahan hadiah (bonus) dalam setiap pembelian yang kita buat. Jangan tidak percaya, ada yang membeli semata-mata ingin mendapatkan hadiah yang mungkin amat diperlukan berbanding produk yang dibeli. Tambahan bonus peribadi kepada setiap produk yang direview akan menjadi nilai tambah yang kuat untuk pembaca membeli produk melalui link peribadi kita. Bonus yang releven dengan produk jualan akan menjadi nilai tambah yang merancakkan jualan.

4# Dapatkan kod diskaun khas.

Pilih produk yang menyediakan diskaun jualan. Hubungi pemilik produk dan dapatkan kod diskaun yang boleh kita letakkan dalam review kita. Apa yang lebih baik adalah kita meminta pemilik produk menyediakan kod diskaun khas yang unik untuk kita sahaja

5# Tulis secara kerap.

Tulislah secara kerap. Lebih kerap kita menulis review produk yang mesra SEO, maka lebih pendapatan yang kita dapat daripada blog. Paling kurang pun, satu artikel setiap bulan adalah mesti.

Sekiranya kita mahu menjadikan blog sebagai mesin duit, kita tidak lagi boleh menulis sambil lewa atau suka-suka sahaja. Menulis artikel yang mesra SEO adalah pembelajaran yang berterusan. ia tidak boleh dibuat separuh jalan atau sekerat-sekerat.

NOTA# Artikel ini bukan hasil pengalaman saya. Artikel ini tulisan orang putih yang saya sudah lupa sumbernya. Saya terjemah secara bebas dan ubah suai bahasanya menjadi bahasa mudah. Ini nota ilmu saya. Ilmu untuk menjadi pakar blogging yang mendapat banyak wang daripada blog. Saya kongsikan di sini supaya anda mendapat manfaat yang sama.

Share

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge