Bahagikan Kerja Pada Orang Lain

Banyak yang hendak kita buat. Namun kita hanya ada dua tangan dan dua kaki. Hanya setakat itu sahaja kerja yang kita boleh buat. Bagaimana pun kita sebenarnya boleh buat banyak dari yang sepatutnya.

Caranya mudah iaitu serahkan sebahagian kerja kita pada orang lain. Biar orang bawahan membuat kerja yang biasa kita buat dan kita boleh buat kerja yang lain. Kemudian kerja itu juga diserah buat pada orang bawahan dan kita buat kerja lain pula. Dan seterusnya…

Ada orang tidak sanggup menyerah kerja yang dianggap penting pada orang bawahan. Mereka takut orang lain tidak boleh buat sebagaimana dia buat. Orang ini menganggap bila dia buat, kerja itu akan sempurna. Bila diserah pada orang lain, kerja itu tidak akan sempurna seperti yang dia kehendaki.

Setengah yang lain pula terlalu mudah menyerah kerja pada orang lain tanpa berfikir panjang, adakah kerja yang diserah buat itu dapat dibuat dengan sebaik dan sepatutnya. Mereka ini hanya mahukan kerja di meja meraka bersih!

john-c-maxwell
John C. Maxwell dalam bukunya Make Today Count, edisi Bahasa Melayu terbitan PTS memberi panduan mudah menyerah kerja pada orang lain atau pada orang bawahan;

“Serahkan kerja pada mereka yang boleh melakukan kerja itu dengan kualiti 80% kerja anda.”

Tahap kualiti 80% sudah cukup bagus. Bagaimana pun jika pekerja itu dimotivasi atau diberi dorongan dan penghargaan sewajarnya, kerja mereka akan bertambah baik. Tidak mustahil pula dalam masa sekejap sahaja kerja itu dapat dibuat dengan tahap kualiti 100% kerja anda. Malah ia mungkin lebih baik dari kerja yang anda buat.

Share

2 comments

  • Perkongsian yang baik! Sedikit perkongsian yang saya garap daripada Puan Ainon Mohd., pengerusi syarikat PTS Publication Sdn Bhd. Kita sebenarnya tidak perlu melakukan banyak kerja.

    Apa yang penting, buat duit banyak-banyak. Kemudian bayar pada mereka yang pandai uruskan kerja kita yang lain. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

    Salam kejayaan tuan! 🙂

  • Terima kasih atas tips yang diberikan. Dah tahu tajuk buku yang nak dibaca seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge