Bahaya Makan Kurma Ini!

Bila datang ramadhan, kurma mengambil tempat sebagai buah yang paling banyak dijual. Ramadhan dan kurma tidak boleh dipisahkan. Nama saintifik kurma ialah Phonex Dactylifera.

Daripada semua fakta ini, ada dua fakta mengejutkan iaitu kurma genatik yang tidak menyihatkan dan kurma dari Israel. Ini yang saya maksudkan bahaya!

Dalam nota kali ini saya catatkan beberapa fakta berkenaan kurma. Walaupun saya suka makan kurma, namun tidak banyak yang saya tahu tentang buah ini.

# Sebelum ini (tidak tahu bila dan sampai bila) kurma dikaitkan dengan agama. Makan kurma bererti mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Sebelum ini juga, kaum Cina dan India tidak berani makan kurma kerana kurma dikaitkan dengan agama Islam. Persepsi ini sudah berubah, sekarang semua kaum makan kurma kerana khasiatnya.

# Kurma dibahagikan kepada dua kategori; segar dan kering.

# Ada kira-kira 600 spesis kurma. paling terkenal dan mahal (mencapai RM100/kg ialah Ajwa. Oleh kerana Nabi Muhammad SAW suka kurma ini, maka ia dinamakan Kurma Nabi.

# Kurma Nabi cuma ada di Madinah. Ada orang China bawa balik benih ini dan cuba tanam di China. Tidak diketahui, ianya berjaya ataupun tidak.

# Proses berbuahnya kurma ialah Bunga, Putik Hijau, Merah atau kuning dan Masak perang atau gelap. Bila masak kurma menjadi lembik.

# Kurma berbunga pada musim bunga sekitar Mac dan masak menjelang musim panas pada Ogos. Pada September hingga November, semua ladang boleh menuai kurma.

# Rotab bukan kurma madu seperti tanggapan ramai orang. Rotab bukan spesis kurma, Rotab ialah semua kurma lembik sebelum menjadi kurma kering. Dengan kata lain rotab ialah kurma segar.

# Rotab popular ialah Rotab Bam Iran. Rotab kebiasaannya masih bertangkai. Rotab dalam kotak tanpa plastik biasanya dari Iran dan Tunisia. Rotab ini berkulit tebal. Rotab Saudi perlu dibalut plastik kerana agak berair.

# Kurma dikeringkan kerana ia tahan lebih lama dan mudah dieksport ke tempat lain. Kurma kering paling popular ialah Mariami dari Iran.

# Orang Melayu selalu anggap, kurma paling besar ialah yang paling berkualiti. Peladang kurma mengatakan kurma berkualiti ialah kurma yang ditanam ditempat yang siangnya panas melampau dan malamnya sejuk melampau. Kurma yang dihasilkan dari tempat sebegini, walaupun besar, kecil, kelihatan tidak molek, ia tetap dinilai berkualiti tinggi.

# Pemborong menyimpan kurma dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran

# Kurma Mabroom dan Safawi dari Saudi, Sultani dari Iran. Sultani antara kurma paling sedap.

# Cara makan kurma yang dianjurkan oleh ‘pakar’ kurma; Makan kurma dengan teh 0 suam tanpa gula. Kunyah 5 kali kemudian hirup teh 0 suam dan telan kurma dan teh 0 itu sekaligus.

# Kurma tidak boleh terkena air kerana akan rosak.

# Pesakit diabetes boleh makan kurma kecuali yang menyuntik insulin.

# Semua buah manis yang dimakan akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat kecuali buah kurma. Namun sekarang terdapat buah kurma genatik (GMO) dari USA dan Afrika Selatan yang boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

# Umat Islam dianjurkan supaya sentiasa berhati-hati agar tidak terbeli buah kurma keluaran peladang Yahudi dari Israel. Israel memandang kurma ini sebagai komoditi yang menguntungkan kerana jumlah umat Islam yang memakan kurma ini amat ramai! Bagaimana untuk mengenal buah kurma dari Israel ini?

# Prof Diraja Ungku Aziz mengamalkan makan 4 biji kurma setiap hari (buka pada ramadhan sahaja) kerana sedar kurma penuh khasiat mineral, vitamin dan serat.

Taip kurma di Google dan cari fakta yang anda mahu tentang kurma ini terutama berkenaan khasiatnya.

3 thoughts on “Bahaya Makan Kurma Ini!

  1. Umat Islam dianjurkan supaya sentiasa berhati-hati agar tidak terbeli buah kurma keluaran peladang Yahudi dari Israel. Israel memandang kurma ini sebagai komoditi yang menguntungkan kerana jumlah umat Islam yang memakan kurma ini amat ramai! Bagaimana untuk mengenal buah kurma dari Israel ini?

    ciri-cirinya bagaimana kurma yang berasal dari israel?

  2. Kini sampai masa satu kempen sedang dijalankan; Kempen memboikot barangan keluaran Iran (syiah). Al-Maklum, Kurma Yusuf Tayoob adalah keluaran Iran. Hatta, Yusuf Tayoob diboikot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge