Banyak Tulis Tidak Terbit.

Banyak cara blogger menulis di blog mereka.

 

Ada yang terus menulis di ruang post dashboard. Apa yang ada dalam kepala, itulah yang ditulis. Habis tulis terus diterbitkan.

 

Ada yang menulis di word atau notepad dahulu. Kemudian tampal di ruang post dan diterbitkan

 

Lain blogger lain cara. Setiap orang lakukan apa yang serasi dan dirasakan senang padanya.

 Saya pula tidak dapat terus menulis di ruang post dashboard. Mahu terus menaip di word atau notepad sambil memikir apa yang hendak ditulis seterusnya juga tidak boleh.

 

Sebenarnya saya tidak boleh mengadap skrin lama-lama. Berpinar mata dibuatnya. Lagi satu, saya rasa akan membazirkan bateri laptop atau letrik sahaja kalau terus menulis di situ sambil berfikir-fikir apa yang hendak ditulis seterusnya.

 

Maka kerana itu saya suka menconteng dulu atas kertas. Bukan buku tulis. Kertas sekeping. Bila tidak tahu menyambung apa hendak ditulis, kertas itu cuma dilipat dan selit dalam poket. Tidak boleh buat begitu kalau tulis dalam buku kecuali buku 555.

 

Lagi pula saya rasa membazir kalau tulis dalam buku. Ia sudah tidak berguna lagi selepas tulisan itu diterbitkan sebagai entri blog atau untuk apa tujuan pun. Lain keadaannya bila menjadi penulis terkenal seperti Datuk A Samad Said. Kertas atau buku contengan idea beliau adalah satu ‘kerja seni’ yang boleh disimpan di Arkib.

 

Kertas contengan ini buka A4 atau kertas kajang baharu. Hanya kertas yang saya ‘kutip’ di merata tempat yang sudah diguna sebelahnya tapi yang sebelah lagi masih kosong bersih. Sayang benar kalau kertas ini dibuang tanpa diguna kedua-dua belah.

 

Pelbagai ragam pula cara terbit. Ada yang terus diterbit sebaik habis ditulis. Tanpa diedit dan diperhalusi susunan Bahasa. Sesetengahnya ambil masa untuk mengedit dan memperbetulkan pengunaan ayat supaya ‘rasa sedap’ bila dibaca sebelum diterbitkan.

  Sebahagian lagi mungkin menghadapi masalah seperti yang saya selalu alami ini atau saya sahaja yang mengalami situasi ini??? Artikel sudah ditulis. Artikel sudah diedit tulisan dan susunan bahasanya tapi ‘takut’ untuk diterbitkan!

 

…bersambung…

Share

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge