Baru Saya Tahu Kenapa Begitu Susah Menyimpan Wang

Saya tidak malu untuk mengakui bahawa saya punya tabiat susah menyimpan wang.

Kedudukan kewangan pada tengah bulan seperti paras air banjir mencecah dagu. Gawat! Pada hujung bulan, air banjir mencapai mulut dan saya terpaksa bernafas guna hidung. Mujurlah, belum pernah ‘air banjir’ melepasi hidung. Masih boleh bernapas bila bertenang.

Sekarang baru saya tahu kenapa saya begitu susah menyimpan wang.

Semua orang gembira bila ada wang. Ada sesiapa yang tidak gembira bila dia memiliki wang? Dan gembira tentang wang ini hanya dikaitkan dengan belanja. Bila berbelanja, akan gembira.

Saya perlu ubah skrip hidup saya berkaitan dengan wang.

Kalau sebelum ini saya akan gembira bila berbelanja, skrip ini perlu diubah yang saya akan gembira bila menyimpan. Bila menyimpan, akan gembira.

Kalau sebelum ini saya selalu berkata, “saya berasa gembira apabila saya membelanjakan wang.” Maka selepas ini saya akan berkata, “saya berasa gembira apabila saya mempunyai simpanan wang.”

Saya juga tidak boleh hanya berfikir dan berkata mahu menyimpan wang. Saya perlu buktikan dengan tindakan. Saya perlu bertindak secara berdisiplin dengan menyimpan wang sekarang! Tidak ada istilah lewat untuk menyimpan wang.

Apa yang perlu dibuat?

Brian Tracy dalam bukunya No Ecuses, edisi Bahasa Melayu terbitan PTS memberi saran, pertama sekali dalam disiplin menyimpan wang ialah membuka akaun wang khusus,

1# Akaun ini dibuka khusus supaya kita bebas daripada masalah kewangan.

2# Akaun ini untuk wang masuk, bukan untuk wang keluar.

3# Wang yang keluar hanya untuk membeli aset yang memberi pulangan tinggi, bukan untuk membeli makanan, baju, tv dan seangkatan dengannya.

4# Bila ada wang lebih, simpan dalam akaun ini. Jangan habiskan dengan berlibur atau membeli barangan yang akan habis sekali guna.

Ada perkara ajaib akan berlaku

Brian Tracy juga memberitahu, bila kita menabung dengan cara ini, sesuatu yang ‘ajaib’ akan berlaku,

1# Kita akan rasa gembira bila sedar, kita ada simpanan yang bertambah dalam bank.

2# Walaupun kita hanya dapat simpan RM10 sebulan, namun bila dilakukan secara istiqamah, kita akan mempunyai perasaan yang berbeza kerana itulah bukti kepada diri sendiri, kita telah dapat mengawal diri.

3# Akaun khusus dan wang di dalamnya akan menjadi seperti magnet yang akan menarik wang dari arah yang tidak disangka-sangka. Sebelum ini wang gaji bulanan dirasakan asyik tidak cukup bagi menampung belanja bulanan. Dengan adanya akaun khusus ini, timbul kekuatan dalaman untuk berbelanja sepatutnya dan selebihnya disimpan.

4# Akan timbul banyak idea untuk menambah pendapatn bagi mengisi akaun khusus. Sebelum ini bila ada peluang menambah pendapatan, kita asyik mengelak atau bertangguh. Kini tidak lagi.

5# Kepekaan kita terhadap wang akan meningkat. Tabiat berbelanja tanpa berfikir akan berkurang. Jika sebelum ini, baju yang koyak sedikit terus dibuang dan beli yang baru. Kini akan timbul kesedaran untuk menjahitnya.

6# Dan lagi? Kita akan tahu dan alami ‘ keajaiban’ bila kita sudah memiliki akaun khusus ini.

Share

12 comments

  • selain kesukaran menyimpan wang,satu lagi masalah utama kita adalah membuat keputusan ttg kewangan. apa,bila,dimana, kenapa, haruskah nk beli.kadangkala keputusan pembelian salah menyebabkan duit habis tapi tak nampak barang…inila punca tidak boleh simpan wang.

  • Zaman sekarang lagi banyak dugaan kerana kemudahan kredit kad dan gadjet menjadi tarikan anak muda untuk berbelanja. Alat kosmetik sahaja boleh capai RM50

  • sebab tu..bukak satu akaun simpanan kat mana-mana bank..tapi jangan mintak kad. mintak buku. hoho..

  • Satu prinsip saya amalkan, simpan dahulu baru belanja sebab kalau belanja dahul baru simpan alamatnya tak simpan2 la

    • Betul tu Tuan Zaini. Itulah yang diajar oleh semua pakar kewangan. Tidak ada seorang pun yang mengajar boleh belanja dulu baru simpan…

  • Memang best buku Brian Tracy ni. Mengenai displin diri.

  • Salam, Ahmad Yani.

    Terima kasih banyak atas perkongsian yang membuka minda ini. Sejak bekerja sendiri, saya mula terapkan mantra “menyimpan lebih seronok dari berbelanja” tetapi tak dinafikan, kadang kala boleh terbalik pula mantra itu terutama bila wang di tangan tengah banyak. Cuma perlu banyak beringat dan bersabar. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian 🙂

  • itu lah. kebanyakan org kita fikir, orang yang berniaga besar saja perlu ada akaun khusus. sebenarnya silap. semua org patut ada akaun khusus sendiri. bukan saja peniaga, malah orang individu pun perlu. cuma tiada kesedaran betapa perlunya akaun sendiri yang diasingkan dari sumber aliran wang keluar yang lain. saya pun begitu dulu.. tapi wife yang banyak membantu, hehe.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge