Baunya Melariskan Jualan
Setiap hari bau biskut yang dibakar menarik pelanggan masuk ke dalam kedai. Pelanggan lama sudah biasa dengan bau ini pada setiap kali Ramadhan. Pelanggan baru akan tertanya-tanya. Dan mereka teruja bila mendapat tahu biskut yang dijual di kedai ini dibuat sendiri.
Pelanggan baru yang pertama kali datang dan berasa susah untuk datang kembali selalunya akan membeli banyak. Yang berasa akan datang kembali akan membeli sebekas dua dulu untuk merasa. Pelanggan lama selalunya akan membeli pada pertengahan Ramadhan. Yang takut terlepas biskut yang digemari, akan membuat tempahan.
Bukan mudah untuk mendapatkan biskut raya yang baharu dibakar. Selalunya biskut-biskut yang dijual dalam pasaran sudah berusia 1 bulan atau lebih bila dibeli pada Ramadhan. Tapi di kedai ini biskut paling lama hanya berusia 1 minggu sebelum 1 ramadhan. Dan usianya hanya 1 bulan pada pagi syawal berbanding biskut lain yang rata-ratanya sudah berusia 2 bulan pada pagi syawal.
Mereka yang membuat tempahan dan akan ambil pada minggu terakhir Ramadhan, selalunya akan mendapat biskut yang berusia 1 atau 2 minggu sahaja pada pagi syawal.
Ini yang menjadikan kedai ini istimewa. Lagi pula harganya tidak masuk akal! Ya benar. Tidak banyak atau mungkin benar-benar sukar untuk mendapatkan harga 50 biji biskut yang dijual pada harga bawah RM20.
Kalau pun ada biskut bawah harga RM20, ia hanya keluaran mesin kilang yang boleh didapati di gedung borong dan pasaraya besar. Mustahil untuk biskut buatan tangan.
Namun sejak 20 tahun lalu, biskut buatan tangan di kedai ini boleh didapati dengan harga di bawah RM20, malah serendah RM16.
Benda murah, rasanya tentulah tidak sedap! Itu anggapan banyak orang. Sudah 20 tahun kedai ini menjual biskut buatan tangan dengan harga di bawah RM20 dan selama 20 tahun itu jugalah belum ada pelanggan yang merungut tentang rasanya.
Hendak beritahu banyak pun tiada gunanya. Lebih baik datang sendiri ke Safa Bakery & Café (dahulu dikenali sebagai Ikhwan Cake House) di lot 1-12, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Sebelah Komplek Pertama. Dekat dengan SOGO. Berhampiran pula dengan Houz Depot.
Ada dua bangunan Mara di situ. Kedai ini terletak di Medan Mara. Sebelahnya ialah Busana Menara Mara.
Datanglah ke kedai ini dan lihat sendiri aneka biskut buatan tangan yang murah.
Sudah 20 tahun kedai ini beroperasi… Dah tentu Biskut yang dihasilkan sedap, sebab boleh bertahan selama ini…
Anuar recently posted..Kempen Derma dan Shopping Untukmu Gaza
Melihat packaging produk boleh melangkah jauh.
akubiomed recently posted..Ada apa dengan jumlah entri 888
aroma yang keluar dari oven tuer yang sedap.tambahan lagi kalau tangan yang mengandun dan membakarnya
Norhayati Suaib recently posted..25 Soalan Berkaitan Khasiat Dan Kelebihan ESP Shaklee
bau biskut yang baru keluar oven tu memang boleh menarik minat pembeli 🙂
puteri kasih recently posted..Terima Kasih Penyeri Blog Julai 2014
Kalau kedai yg popular atau menjadi rebutan ramai, biskut rayanya tentu fresh dari oven dan sedap. Boleh buat dropship nie bro 😀
Hairul Hissam recently posted..Nak Menu Pencuci Mulut Utk Rumah Terbuka Paling Meleleh Setakat Ini?