Saya bersyukur pada ALLAH kerana DIA berikan saya kemahiran berenang. Kemahiran berenang ini memberikan keseronokan bila dulu setiap kali balik kampung, dapatlah setiap hari terjun ke sungai.
Sekolah tempat belajar dulu pun dekat juga dengan sungai. Sungai Semantan di Pahang itulah tempat ‘berkubang’. Kalau sudah berada di tebing sungai, saya dan kawan-kawan akan tetap terjun ke dalam sungai. Tidak kira walaupun air sungai ketika itu naik tinggi dan mengalir deras selepas hujan lebat.
Saya tidak ingat sejak bila saya pandai berenang dan entah siapa yang mengajar saya. Tetapi adalah normal anak kampung yang kampungnya di pinggir sungai pandai berenang. Akan dipandang pelik kalau tidak pandai berenang. Orang tidak hairan kalau anak bandar tidak pandai berenang.
Tapi kalau anak kelahiran bandar dapat terjun berenang bila berada di sungai, akan dikagumi orang.
Banyak manfaatnya bila pandai berenang. Antaranya adalah;-
1# Berenang adalah sejenis senaman. Kalau bersenam atas darat, perlukan ‘kekerasan’. Sementara berenang adalah senaman lembut. Seluruh badan disokong oleh air, jadi tiada tekanan kuat atas sendi-sendi tulang.
2# Bila bersenam, hampir keseluruhan otot utama seperti jantung , paru-paru dan sendi-sendi tulang akan ‘bekerja’ serentak. Kalau bersenam atas darat, kena fikirkan senaman untuk kaki, untuk pinggang, untuk tangan dan sebagainya. Bila berenang, tidak payah fikirkan semua itu.
3# Tubuh akan terasa berat bila berada dalam air. Jadi kita perlukan lebih tenaga untuk bergerak. Bila lebih tenaga digunakan maka lebih banyak kalori tubuh yang dapat dibakar. Walau banyak tenaga digunakan, ia kekal dalam keadaan lembut berbanding senmn atas darat.
4# Aktiviti renang dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan stress. Ini membuatkan keadaan jantung menjai normal. Keadaan jantung yang normal dapat membantu mengurangkan risiko terkena pelbagai jenis penyakit.
Banyak manfaat lain yang diperolehi bila pandai berenang. Yang utamanya, ia termasuk dalam Sunnah yang dianjurkan untuk dipelajari dan diamalkan.
Rasa berani juga hadir bila pandai berenang. Kadang-kadang keberanian yang ‘melampau’. Masih sanggup terjun dalam sungai deras selepas hujan lebat untuk mandi dan bermain. Tidak gentar bermain air banjir walau dah banyak orang lemas kerananya. Pantai yang dikibar dengan bedera merah juga kadang-kadang tidak dihiraukan.
Pandai berenang juga mendatangkan keyakinan. Seseorang itu yakin terjun dalam air untuk menyelamatkan seseorang yang lemas sedangkan dia tahu orang yang lemas itu pun sebenarnya pandai berenang.
Mudah belajar berenang bila duduk di kampung yang dekat dengan sungai. Tidak perlu bayar apa-apa pun.
Anak kelahiran bandar pun boleh belajar berenang. Tapi kena bayarlah, bukan percuma. Kecuali kalau ayah dan ibu selalu bawa balik ke kampung yang ada sungainya. Bila tiada kampung terpaksalah belajar dengan jurulatih renang di pusat-pusat renang yang ada.
Sekarang ada ebook yang boleh menjadi alternatif bagi mereka yang tidak dapat memperuntukkan masa belajar berenang di pusat renang. Isi kandungan ebook ini merangkumi info dari sesi pertama hinggalah kepada sesi yang ke-8, sama seperti apabila anda belajar berenang di kelas renang. Terdapat juga video yang memudahkan anda untuk faham.
KLIK DI SINI untuk mendapatkan ebook panduan cara berenang.
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari & Muslim). Jadi perlu belajar seperti apa yang disunnahkan.
akubiomed recently posted..Chillax with Nestle di Ben’s Bangsar Shopping Centre
banyak kelebihan sekiranya seseorang itu pandai berenang, selain sebagai aktiviti beriadah, kelebihan berenang juga dapat menyelamatkan diri dan membantu mangsa yang lemas
puteri kasih recently posted..Tarikh Baru Sesi Persekolahan 2015
banyak kelebihan kalau pandai berenang, tapi saya perlu belajar berenang juga, sebab saya tak pandai berenang.
imran recently posted..Sebab tak boleh tidur malam
saya berasal dari kampung..sudah semestinya berenang adalah kemahiran wajib kepada orang kampung macam saya..cuma sekarang anak-anak sahaja yang tak tahu berenang kerana sudah duduk di bandar..
Hanafi Abdullah recently posted..Rahsia Juara Affiliate Klikjer Terbongkar
berenang merupakan salah satu daripada aktiviti kegemaran rasulullah SAW 🙂
Ikhwan Fahmi recently posted..Komisyen Affiliate Rendah Apa Masalahnya