Musim Harumanis kembali lagi. Bermula pertengahan Mei ini negeri Perlis akan menjadi tumpuan orang ramai. Peminat Harumanis yang mencintai keenakan rasa dan aroma mempelam atau mangga jenis ini akan bertumpu ke Negeri Indera Kayangan
Tetapi awas!
Sudah ramai peminat Harumanis tertipu. Baik mereka yang datang sendiri ke Perlis atau melalui khidmat kiriman online. Ya, kini Harumanis ada dijual melalui online.
Begini bagaimana peminat dan pembeli Harumanis tertipu;
1# Penjual sementara yang hanya mementingkan keuntungan musim. Bukan penjual buah sebenar atau sepenuh masa.
2# Buah yang dihantar tidak cukup timbangan berat. Order 2kg, mungkin dapat kurang dari timbangan itu.
3# Menghantar buah yang tidak cukup matang kerana takut pelangan lari ke penjual lain. Dengan kata lain buah dipetik awal untuk cepat dijual bagi meraih untung segera.
4# Penghantaran lambat sebab tiada kebun atau stok tidak diterima.
5# Buah yang dihantar tidak manis yang sepatutnya.
6# Bukan Harumanis sebenar tapi mempelam lain yang seakan sama atau mempelam Siam.
Jabatan Pertanian Negeri Perlis memberikan nasihat berikut;
1#Jangan membeli melalui online tetapi datang terus ke negeri Perlis. Atau membeli melalui expo-expo yang diadakan oleh Jabatan Pertanian Perlis sendiri di negeri lain.
2# Beli dengan pekebun sendiri atau penjual yang diiktiraf Jabatan Pertanian Perlis dengan mendapatkan nama penjual, alamat dan lot kebun.
3# Sebelum membeli, tanya dulu kepada rakan-rakan yang pernah membuat pesanan atau mereka yang arif mengenai Harumanis.
4# Pembeli dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan Pertanian Negeri Perlis di talian: 04-938 1376/4466/2336 atau fax: 04- 938 2929
Beli harumanis original. Jangan terbeli yang Siam punya atau klon yang serupa tetapi tidak semanis dan seharum Harumanis.
Betul tu.. sekarang ni ramai peniaga yg mengambil kesempatan dgn menjual harum manis yg bukan original.. elok beli di depan mata..
anuar recently posted..Hadiah Hari Guru 2017
Saya sendiri pun sebenarnya bukan kenal sangat yang original. Yakin pada kawan saja. Kawan di Perlis kata ini Harumanis..Harumanislah.
Boleh tahan juga harganya Harum Manis ini tapi kalau yang original memang berbaloi lah harganya
Khairul Zamri recently posted..Beli Xiaomi Mi Band 2 Online
Peminat Harumanis akan sanggup bayar apa sahaja harganya walau sebiji mungkin nak cecah Rm10
Bagus beri peringatan cegini… maklumlah time musim dia, ada yang mengambil kesempatan…. tks for the info 😉
+irsah recently posted..Soho Theme – Adjust & Align Post with Header & Remove Share Icons
Mahal juga pelam harumanis ni
Agaknya sama macam makan musang king durian tu
Mesti ada sebabnya
Ibu tak sempat rasa lagi
Ibu Zaid recently posted..Kawal Diabetes Ibu Mengandung Dengan Cara Ini
mempelam yang biasa tu selalu mkan.. mempelam harumanis ni x pernah lagi mkan..
riangria recently posted..6 Kebaikan Menyertai Program Affliate Jamumall.Com
Kalau untuk makan dengan pulut, mempelam sala pun sedap. Sekarang mempelam sala di Perlis cuma RM10 untuk 3 kilo.
Untuk buat jus pun, mempelam sala terbaik. Semua jus mangga di pasaran menggunakan mempelam sala.