Berapa eBook Panduan Bina Blog WordPress Terjual?

Sudah berapa banyak ebook Panduan Bina Blog Worpress tulisan Tuan Mohd Zulfadli [ZulSmartusaha] dari bloggingsteps.com terjual dalam pasaran?

Panduan Bina blog
Kalau sudah terjual 1,000 salinan contohnya [saya percaya yang ianya lebih berganda dari itu] apakah sebanyak itu juga blog baru diwujudkan?

Saya rasa Tuan ZulSmartusaha tidak tahu. Dia tahu berapa ebooknya terjual tapi dia tidak tahu sebanyak itu jugakah blog baru yang terhasil. Tentulah dia berharap orang yang beli ebooknya dapat menghasilkan blog dot comnya sendiri. 1,000 ebook terjual, 1,000 juga blog baru wujud dalam internet.

Kemungkinannya tidak! Kerana tidak semua orang yang mencari itu beramal dengan ilmunya. Sebahagiannya kerana ingin memenuhi rasa ingin tahu sahaja.

Antara 2 orang ini, siapakah yang paling beruntung?
1# Orang yang beramal dengan ilmunya.
2# Orang yang ingin tahu sahaja.

Semua orang tahu apa jawabnya.

Ammar Zahar kata, dia jadi seperti dirinya sekarang kerana dia amalkan ilmu dari buku dan ebook yang dibacanya.

Saya mahu jadi seperti dia.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge