Berbaju Jalur Gemilang Tidak Patriotik!

Bila seseorang memakai baju yang diperbuat daripada Jalur Gemilang ketika hari kebangsaan, umum menganggapnya sebagai seorang yang patriotik. Si pemakainya akan bangga terutama bila tersiar dalam akhbar, lebih-lebih lagi bila dipuji oleh orang kenamaan terutamanya PM.

Pada saya tindakan ini tidak patriotik langsung, malah mungkin ianya satu penghinaan. Ada sesiapa yang tidak setuju dengan pendirian saya ini? Siapa yang marah dengan pendapat saya ini?

Saya ada sebab mengatakan ini tidak patriotik malah ia mungkin tindakan yang menghina Jalur Gemilang.

jalur gemilang

Bendera patut dimuliakan. Bukan dipuja tapi diletakkan pada kedudukan terhormat. Dan adalah penghinaan bila orang yang memakai Jalur Gemilang sebagai baju berkelakuan tidak hormat. Sepertilah orang yang memakai pakaian yang dipandang hormat, seperti pakaian orang beragama tapi berkelakuan yang tidak menepati kehendak agama. Sepertinya dia tidak menghormati agama itu sendiri.

Ia berbeza bila orang menyalut badannya dengan Jalur Gemilang bila ‘berjaya’ dalam sesuatu perkara yang dilakukannya. Bila kita lihat ahli-ahli sukan yang meraih pingat, membalut badannya dengan bendera negaranya dan berlari sekeliling padang. Sesiapapun akan bangga kerana perkara pertama yang orang itu ingat bila dia meraih kejayaan ialah negaranya.

Ia juga berbeza dengan orang yang hanya memakai Jalur Gemilang untuk tempoh singkat seperti Sudirman yang hanya memakai ketika atas pentas dan tidak memakainya selepas itu kecuali untuk bergambar sahaja.

Pada dua situasi ini, mereka tentunya tidak berbuat sesuatu yang diangap tidak hormat pada negara.

Amat berbeza dengan orang yang memakai baju dari Jalur Gemilang sehari suntuk pada hari raya atau hari kebangsaan. Dalam sehari itu entah apa yang dibuatnya. Baik kata-katanya atau kelakuannya mungkin ada yang tidak sepatutnya dia buat.

Setiap orang mesti berkelakuan sesuai dengan pakaian yang dipakainya.

Bila orang yang berkopiah atau berjubah serban berkelakuan tidak senonoh, ia dianggap menghina pakaian dan agamanya.

Bila orang yang berbaju Jalur Gemilang melakukan perbuatan yang tidak senonoh, ia seperti menghina bendera dan negaranya.

Anda ada pendapat sendiri selain pendapat saya ini?

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge