Berguru Dengan Mohd Najib Asaddok Di BengkelDropship

29hb ini, akan hadir ke BengkelDropship kelolaan Tuan Mohd Najib Asaddok. Aku mahu belajar memahami dengan lebih mendalam tentang perniagaan menggunakan medium eBay.

Mulai saat ini aku mahu ‘kosong’kan akal daripada berfikir tentang ebay dan apa-apa yang ada kaitan dengan eBay. Sepertinya, aku tida tahu apa-apa tentang eBay. Sepertinya, inilah kali pertama aku mendengar tentang eBay.

Aku tidak mahu datang berguru dengan Tuan Mohd Najib dengan perasaan yang aku ada pengetahuan tentang ebay dan datang hanya untuk belajar apa yang aku tidak tahu sahaja. Ini Bahaya!

Kerana mempunyai sikap ‘Aku Sudah Tahu’ akan ‘menutup’ apa-apa ilmu yang aku tidak tahu tentang eBay. Kerana apa yang ‘Aku Tidak Tahu’ itu terselindung di sebalik ‘Aku Sudah Tahu’. Ini amat merugikan!

Bersikap ‘Aku Sudah tahu’ juga akan mendorong untuk tidak mencatat nota semasa bengkel berlangsung. Untuk apa mencatat sedangkan perkara itu sudah diketahui! Inilah yang mahu aku hindarkan. Selalu sangat perkara ini terjadi pada diriku.

Aku mahu datang berguru dengan Tuan Mohd Najib di BengkelDropship dengan membawa ‘mangkuk yang kosong’. Bila selesai bengkel ‘mangkuk akan penuh’, InsyaAllah.

Sebenarnya, sebelum datang berguru pada 29hb nanti, aku sudah berguru dengan Tuan Mohd Najib melalui videonya. Aku mahu datang ke bengkel kerana percaya, tidak sama antara berguru dengan video (buku) dan berguru secara langsung dengan sosok tubuh guru itu.

Aku berdoa…mendapat manfaat yang besar dari BengkelDropship ini bagi mengubah corak hidupku di masa depan.

Video terbitan Tuan Mohd Najib BOLEH DIDAPATI DISINI…SILA KLIK!

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge