Di Jalan Tuanku Abd Rahman (TAR), ada 4 buah kedai buku yang besar.
Bila dikira dari segi pemilikan, boleh dikatakan hanya ada 2 kedai buku di Jalan TAR. Satunya Kedai buku Minerva yang memiliki 2 premis. 2 kedai yang lain adalah Kedai Buku Mukmin.
Akan tetapi tidak diketahui dengan sebenarnya, apakah 2 Kedai Buku Mukmin dimiliki oleh satu syarikat Pustaka Mukmin atau dimiliki oleh pengurusan yang berbeza.
Begitu juga tiada dalam pengetahuan saya, 2 Kedai Buku Minerva ini dimiliki oleh Pustaka Minerva atau diuruskan oleh 2 syarikat berlainan.
Walaupun 4 kedai ini adalah kedai buku besar yang menawarkan judul buku yang pelbagai, saya sebenarnya amat jarang mendapatkan buku di kedai-kedai ini.
Kedai buku yang saya pilih untuk selalu dikunjungi adalah Kedai Buku Pustaka Pertama. Terletak di dalam Komplek Pertama. Bersebelahan Bangunan Medan Mara/Busana Mara. Di sebelah lagi adalah Komplek Pernas SOGO.
Sepanjang saya mendapatkan buku di Pustaka Pertama, belum pernah lagi saya membayar harga tetap seperti yang tertulis pada buku. Akan ada potongan yang diberi walau membeli hanya senaskhah. Tidak payah minta diskaun pun akan diberi.
Kerana itu saya suka membeli buku di kedai ini. Saya tidak pernah dapat diskaun bila membeli buku di Pustaka Mukmin atau Pustaka Minerva meskipun kedua syarikat ini pemborong buku.
Satu lagi kedai buku yang saya suka kunjungi adalah Kedai Buku 1Malaysia. Terletak di UTC Pudu Raya. Kini dikenali sebagai Pudu Sentral.
Sudah ada diskaun tetap yang diberi bila membeli buku di Kedai Buku 1Malaysia. Tambahan sekarang ini bila kita mendaftar nama dan nombor MyKad, akan ada sedikit lagi potongan harga. Berikan nama dan nombor MyKad sebelum membayar di kaunter. Tidak pun pekerja kaunter akan bertanya, sudahkah kita mendaftar atau belum.
Bila mahu membeli buku baru untuk menambah bahan bacaan dan menambah koleksi buku dalam simpanan, tentunya saya akan pergi ke kedua kedai buku ini dahulu. Ia itu Pustaka Pertama, kemudiannya ke Kedai Buku 1Malaysia.
Setelah tiada buku yang diingini di kedua kedai ini, baharulah saya pergi ke Pustaka Minerva dan Pustaka Mukmin.
Kadang-kadang, ada juga saya membeli buku melalui online. Pilihan online saya adalah BookCafe.
Saya percaya pembaca blog ini adalah individu yang suka membaca. Beritahu saya kedai buku mana yang anda selalu kunjungi….
pustaka mukmin ni memang legend . dah lama bertapak di masjid india..
saps recently posted..SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
saya biasa pergi ke Popular book store dan MPH Bookstore di hypermarket.
Hairul Hissam recently posted..Kuiz Komen & Menang Stand Mixer Heavy Duty. Terharu Pulak Baca Komen Peserta Kuiz Nieee
biasa ke popular je. selalu dalam shopping mall, tak tahu nak pergi mana,saya pergi ke popular belek-belek buku.
spa8i recently posted..Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Online
dulu selalu ke minerva. sekarang banyak beli di pesta buku/online sejak saya pindah jauh dari KL. betul. kedai kecil macam ni bagi diskaun, tak seperti popular/mph kena jadi ahli baru dapat diskaun.