Betulkah Boleh Buat Duit Sehingga Puluhan Ribu Ringgit Sebulan Bila Berniaga Di Shopee?

Jawapannya…Betul dan Boleh! Caranya dengan buat semua kerja sendiri. Kita simpan stok/produk, jual di Shopee dan pos sendiri produk itu kepada pelanggan.

Kumpul rating dan feedback banyak-banyak. Lagi banyak rating dan feedback yang bagus.. lagi tinggi reach kita dapat di shopee secara percuma.

Hanya ini sahaja cara kalau ingin serius nak dapat jualan berpuluh ribu di Shopee.

Kenapa tidak dropship? Tidak ada masalah dengan dropship. Bezanya kita tidak  boleh ‘makan’ banyak untung dengan dropship kecuali bila ada jualan yang banyak.

Untuk lebih untung, kena buat semuanya sendiri.

Ya, kita mungkin kurang modal untuk beli borong stok. Kemudian tidak ada masa pula untuk ke pejabat pos. risiko untuk barang tidak laku dan terbair berhabuk di stor mugkin ada.

Tetapi itulah ‘harga’ yang perlu kita bayar kalau ingin buat income berpuluh ribu ringgit setiap bulan di Shopee. Kena berani borong produk untuk dapatkan harga terendah dan jual di Shopee. Dan uruskan penghantaran.

Peringatan!

Jangan sesekali berani membuta tuli.

Hendak berniaga di Shopee kena ada ilmu. Jangan belasah buat begitu sahaja.

Baca dengan teliti apa yang di share di bawah ini sebelum buat apa-apa keputusan memborong produk untuk dijual di Shopee.

1 # BUAT KAJIAN PRODUK

Cari dan pilih produk yang ada permintaan tinggi. Lihat di Shopee sendiri, apa barang yang banyak terjual. Senaraikan 5-0 produk sebagai rujukan. Pilih produk yang mudah anda dapatkan dan paling murah.

2 # BELI PRODUK SECARA BORONG

Jangan terus beli banyak. Beli dalam jumlah yang kita sanggup dulu, dalam 10-15 unit. Untuk permulaan jangan fikir untung dulu. Fikir untuk menjual dulu. Bila berjaya jual, bermakna kita boleh menjual banyak lagi.

Gunakan hasil jualan permulaan itu untuk memborong lebih banyak. Biasanya bila memborong banyak, harga boleh murah lagi.

3 # BUAT SHOPEE ADS

Seller baru wajib buat iklan di Shopee untuk naikkan kedudukan praduk dalam listing. Bila sudah banyak jualan dan dapat feedback dan rating yang banyak dan bagus, bolehlah kurangkan sedikit iklan.

Biasanya bila dapat feedback yang banyak dan baik-baik, rating pula tinggi, Shopee sendiri akan war-warkan produk kita kepada pelawat Shopee itu sendiri.

Kalau mahu belajar lebih bagaimana buat bisnes di Shopee, saya sarankan PANDUAN BISNES SHOPEE.

Rujuk link ini: >>>  Belajar bagaimana cara berniaga online produk fizikal di Shopee dengan betul sehingga mampu menjana sale 4 angka seminggu!

Kita boleh pilih hendak berniaga macam mana. Kita uruskan sendiri semuanya atau kita gunakan kaedah dropship. Kita hanya promosikan produk. Urusan pembungkusan dan pengeposan biarkan pemilik produk uruskan.

Cara dropship ini memang untungnya sikit. Sikit pun duit kan?

panduan bisnes di shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge