Bila Ikut 7 Langkah Ini, Sudah Boleh Bisnes Burger Dan Jana 4-5 Angka Pendapatan Bulanan!

Saya suka makan burger. Dulu hanya boleh dapat di pasar malam sahaja. Kerana bukan mudah nak dapatkan burger waktu itu.

Sekarang gerai burger ada di mana-mana sahaja. Boleh makan tanpa pergi ke pasar malam. Bukan hanya gerai, kedai makanan segera yang menjual burger tumbuh bagai cendawan.

Menunjukkan betapa rakyat Malaysia sebenarnya suka makan burger. Tetapi saya kekal sukakan burger di gerai sahaja. Sedap dan murah.

Gambar Google

Gambar Google

Memang perniagaan burger ada potensi memberikan keuntungan yang besar.

Jadi bila anda mahu masuk ke dalam perniagaan burger ini, sila ambil perhatian pada 7 langkah memulakan bisnes burger;…

Langkah #1

Tentukan konsep perniagaan. Nak berniaga di gerai tepi jalan sahaja? Atau sewa di food court? Atau buka restoran burger? Atau berniaga di pasar malam?

Sejujurnya, elok mula berniaga gerai sahaja dulu. Ia menjimatkan banyak kos. Cari laluan banyak orang dan pastikan gerai mudah dilihat orang.

Langkah #2

Kena buat kajian pemasaran sikit. Biasanya orang berniaga burger sama macam orang berniaga gerai tomyam. Mula selepas tengah hari sampai tengah malam. Tapi nak mula pagi pun apa salahnya. Ada juga yang mahu makan burger sebagai makanan tengah hari.

Jadi kenalah cari tempat yang ada orang pada waktu berniaga. Kalau tempat itu jenis ‘mati’ pada waktu malam, nanti duduk termenung saja di gerai menunggu pelanggan.

Langkah #3

Kalau yang #2 kaji kawasan berniaga, sekarang kaji pula siapa pelanggan. Kajian pelanggan ini sebenarnya berkait rapat dengan lokasi juga.

Pelanggan burger meliputi semua golongan masyarakat, namun yang ramainya adalah golongan bekerja, dipanggil pekerja berkoler biru. Jadi kalau buka gerai di kawasan rumah elit, agak-agaknya ramai atau tidak pelanggan?

Langkah #4

Buat list sumber. Sumber  modal, kekuatan, kelemahan, cabaran dan sebagainya. Buat list bertulis. Bukan hanya dicongak-congak dalam kepala.

Dari mana sumber kewangan untuk beli peralatan. Apa yang perlu dibeli dahulu, apa yang boleh beli kemudian. Di mana kedai untuk beli alatan niaga. Di mana kedai berdekaan untuk beli bahan mentah dengan harga terbaik.

Apa cabaran yang mungkin kita hadapi. Apa strategi jualan yang boleh dibuat bila ada McDonald berdekatan yang juga menjual burger. Bagaimana tindakan untuk memudahkan kerja bila kedai bahan mentah agak jauh dari tempat niaga.

Dan sebagainya.

Langkah #5

Gunakan langkah 1-4 untuk menulis rancangan perniagaan yang lebih lengkap. Walau berniaga di gerai, perlu ada juga rancangan perniagaan.

Rancangan perniagan atau kertas kerja ini adalah langkah berfikir besar untuk perniagaan masa hadapan.

Bila tidak dapat buat sendiri kertas kerja ini, upah mereka yang berkelayakan.

Yang paling penting dalam rancangan perniagaan ini adalah rancangan kewangan yang detail. Sediakan buku kira-kira tunai untuk catat duit keluar masuk sejak mula merancang lagi. Bukan sudah berniaga baru mahu buat.

Langkah #6

Buat tindakan memulakan bisnes burger anda! Daftar nama perniagaan. Minta lesen daripada majlis bandaran tempatan. Belia alat-alat untuk berniaga juga bahan mentah. Kalau buka kedai, tentulah kerjanya rumit sikit berbanding gerai.

Sebab itu untuk permulaan berniaga burger, mulakan dengan gerai tepi jalan sahaja.

Langkah #7

Mulakan langkah pemasaran (marketing). Buat hebahan online di wall facebook. Elok bina page facebook. Sertai group bisnes di facebook dan whatapps. Mungkin anda mahu bina blog khusus untuk bisnes ini.

Dan lain-lain teknik marketing yang sesuai.

Bisnes perlukan pemasaran. Pelanggan perlu dicari dan diberitahu yang anda ada menjual burger.

Bagaimana? Mudahkan untuk memulakan bisnes burger.

Jika anda rasa susah untuk memulakan perniagaan burger ini tetapi berminat dengan potensi bisnes ini, apa kata anda miliki PANDUAN LENGKAP MEMULAKAN BISNES BURGER ini.

Panduan ini bukan teori kosong, tetapi ditulis oleh secara praktikal oleh anak Jutawan Senyap yang hanya berniaga burger di pasar malam sahaja tetapi mampu menjana ribuan ringgit sebulan.

KLIK DI SINI UNTUK MEMILIKI PANDUAN PALING LENGKAP MEMULAKAN BISNES BURGER UNTUK JANA PENDAPATAN LUMAYAN 4-5 ANGKA SEBULAN

Panduan ini lengkap dari A ke Z untuk memulakan bisnes burger. Pelaburan asas untuk memiliki ilmu di dalam panduan ini bakal menjana pendapatan 4-5 angka sebulan. InShaAllah.

Share

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge