Bina Blog Hasil Praktik eBook Dari Bloggingsteps.com

Salam perkenalan. Alhamdulillah, berjaya juga saya memiliki ahmadyani.com. Ini yang saya idamkan sejak lama. Blog berbayar. Blog percuma akuayba.blogspot.com masih berfungsi.

Blog ini hasil amal ilmu ebook dari bloggingsteps.com, tulisan Tuan Mohd Zulfadli bin Suddin aka SmartZul, pemilik blog.smartusaha.com.

Komputer di Malaysia sudah ‘tua’, internet juga sudah ‘tua’. Tua bukan teknologi tapi tempoh penggunaannya dalam masyarakat walaupun ia belum meluas seperti yang sepatutnya. Tapi pengalaman saya dengan komputer dan internet masih peringkat ‘bayi’.

Saya benar-benar ketinggalan pasal komputer dan internet. Bukan kerana tiada akses,  cumanya sebelum ini saya tiada minat! Bila tidak berminat, benda depan mata pun tidak terusik.

Bagi orang yang baru bermesra dengan komputer dan internet, dapat menghasilkan blog dot com memang mengujakan.

Sesungguhnya tiada istilah lewat dalam berbuat sesuatu.

Tidak susah seperti yang disangka. Rasa payah dan tidak tahu dan tidak boleh hanya  mainan fikir dan perasaan sahaja. Sedangkan kalau hati benar-benar mahu, benar-benar nak buat, semua perkara akan jadi senang.

Inilah blog saya. walau pun tidak cantik sempurna seperti blog orang lain, saya bangga dengannya. Sebabnya, semuanya saya buat sendiri. Walau masih belajar tentang komputer dan internet, saya mampu mewujudkan blog ini. Guru saya hanya ebook tulisan Tuan Mohd Zulfadli.

SmartZul! Ebook tuan satu produk yang bagus.

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge